Wednesday, February 10

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE

Hye semua :)

Hari ni rose nak kongsikan resepi Spagetti Bolognese..spagetti ni rose masak masa cuti raya cina baru2 ni. Kesian kat anak rose asyik cakap nak makan spagetti je..walaupun sebelum ni rose tak pernah masak spagetti. Suami rose tak suka makan spagetti tu sebab rose malas nak masak spagetti ni..heheheh


Alkisahnya Spagetti Bolognese ni memang senang sangat buat, terutamanya waktu kita malas..hehehe..kalau rose tahu dari awal lagi rose dah masak spagetti ni. Jom la belek2 resepi spagetti rose kat bawah ni...

 Spagetti Bolognese

Bahan-bahannya :

1 paket spagetti (rose guna jenama Kimball)
1 tin sos pasta tradisi prego
250g daging kisar Ramlee
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
5 batang sosej dipotong bulat
5 cendawan butang dipotong kecil (rose tak letak psl anak2 tak suka)
Air secukupnya, Garam dan Gula

Cara Masak Spageti :

Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spagetti hingga lembut, anggaran masa 7-8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap.

Cara Masak Kuah Spagetti :

1. Panaskan minyak zaitun didalam kuali. Kemudian masukkan bawang dan tumis sehingga wangi.

2. Tuangkan sos pasta tradisi prego, daging kisar dan sedikit air kacau dan masak hingga daging empuk.

3. Masukkan garam, gula, sosej dan cendawan butang. Biarkan masak dalam api perlahan selama 5 minit. Tutup api.

4. Hidangkan sos bolognese dengan spagetti yang telah dimasak tadi.

Selamat mencuba..:)

6 comments:

  1. anak sha ,zaryth tu pun suka mkn nii..suka tgk dia ngadap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dgn anak2 akak..suka makan spagetti..kalau mkn kuah yg habis dulu..huhu

      Delete
  2. feberet ika tapi ika tak pakai spageti kimball . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ros pun baru jer try spagetti kimball ni..sbb itu jer yg ada kat kedai..heheheh

      Delete
  3. wow menarik!
    ni la spegeti kegemaran anak2 aida tau.
    tetiba rasa mcm nak buat esok.
    sebab ada meatball dlm freezer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat aida...anak2 ros pun sama suka..kalau dapat mkn kuah yg dorg hbs kan dulu..😊

      Delete