Wednesday, March 16

UMUR SEMAKIN MENINGKAT

Hai sahabat rose semua !!!

Dulu, nak buat apa pun, kena pikir orang lain ok ke tak...orang lain suka ke tak...orang lain boleh terima ke tak...

Asyik pikir tentang apa yang orang lain rasa daripada apa yang diri sendiri rasa...

Bila buat sesuatu berdasarkan semua perkara diatas tu, dah pertimbangkan tentang "orang lain" dulu sebelum diri sendiri, namun tetap ada yang tak puas hati, tak suka, tak boleh terima dan berbunyi...

Aik, pelik pulak...

Rupanya, kita pikir la macam mana pun, buat la macam mana pun, berhati-hati dan berwaspada macam mana pun, kita takkan dapat memuaskan hati semua orang di sekeliling kita...

Now, kita dah tak perlu lagi kot nak fikir tentang bagaimana nak buat bagi orang lain suka dengan apa yang kita buat...

Just teruskan dengan apa yang kita buat sahaja...kita dah cukup TUA dan dah cukup DEWASA untuk buat apa saja yang KITA SUKA asalkan perkara tu BAIK untuk diri kita...

Kita perlu letak diri kita ditahap dimana kita hanya pikir tentang diri kita sudah...orang suka ke, tak suka ke, takde kena mengena dengan hidup kita, bukan masalah kita dan lantak dia...😄


Dalam hidup ni kita takkan mampu puaskan hati semua orang, so perkara paling mudah abaikan jer lah orang-orang macam ni. Takde rugi pun kita menjauhkan diri. Dah berumur ni lebih mementingkan amal ibadat sendiri untuk mengadap ilahi nanti. Semoga diriku dan ahli keluargaku sentiasa dalam lindungan dan Rahmat ALLAH S.W.T selalu....Aamiin

1 comment: