Wednesday, November 20

REVIEW MEMASAK LEBIH MUDAH DENGAN PERENCAH YOSS

 Hai sahabat rose semua....

Review kali ni rose nak bercerita pasal produk makanan iaitu perencah masakan Yoss Malaysia. Terus terang rose cakap rose bukan la seorang isteri yang pandai memasak. Kalau setakat main campak-campak tu boleh la tapi kalau nak masak makanan macam kat restoran atau gerai luar tu, rasanya lebih baik beli jer...hehe. Tapi itu la, sejak anak semua dah besar dah bekerja, tiap-tiap hari anak nak makan di rumah dan bawa bekal pergi kerja. Dulu masa anak-anak kecil rose selalu beli lauk siap kat kedai makan, balik rumah masak nasi jer. Tapi sekarang memandangkan barang semua dah naik harga, rasanya tak berbaloi beli lauk siap dah la mahal lauknya sikit pulak tu. Rose terpikir jugak, kan mudah kalau ada perencah yang dah siap dengan segala bahan asas memasak. Tak payah la rose nak berperang bagai pagi-pagi buta kat dapur sebelum pergi kerja...hehe

Sebenarnya ada jer perencah yang rose maksudkan ini. Mujur la ros terjumpa perencah Yoss ni kat tiktok, rupanya yang menjual tu rakan rose masa kerja kat Ipoh dulu. Katanya rempah yang dipanggil Perencah Yoss ni umpama penyelamat untuk kaum-kaum ibu yang nak masak dengan lebih cepat dan mudah. Pada mulanya rose sendiri pun tak percaya. Selalu beli yang ada jual di pasaraya jer. Tapi pek yang jual di pasaraya ni kecil sikit, jauh beza dengan perencah yoss ni pek besar sangat berbaloi beli. Bila rose dah cuba sendiri baru la rose akui kerja memasak di dapur lebih mudah dan cepat dengan adanya perencah yoss. Ada banyak jenis Perencah Yoss yang rose dah cuba, antaranya :

  • Perencah Asam Pedas 
  • Perencah Sambal Ikan Bilis Tempoyak 
  • Perencah Sambal Tumis Ikan Bilis 
  • Perencah Sambal Cili Hijau Ikan Bilis 
  • Perencah Cili Api Ikan Bilis 
  • Perencah Ibu Sambal 
  • Perencah Kari Thai Ayam & Daging
  • Perencah Kari Mamak Ayam & Daging
  • Perencah Istimewa Masala Kashmir 
  • Perencah Kuzi 
  • Perencah Paprik
  • Perencah Kurma Hitam
  • Perencah Tiga Rasa
  • Perencah Ikan Bakar
  • Perench Tomyam
  • Perencah Oden 
  • Perencah Mee Bandung  
  • Cili kering kisar - Organik tanpa bahan pengawet
  • Bawang merah kisar - Organik tanpa bahan pengawet
  • Bawang Putih Kisar - Organik tanpa bahan pengawet


Yang bestnya korang kalau tak nak beli pek satu satu, korang boleh beli pek combo, lebih jimat lebih berbaloi antaranya ada Combo Kisar Tumis, Combo Masam & Manis, Combo Mak Sayang, Combo Kari Express, Combo Sambal Padu, Combo Super Sambal, Combo Rindu Kampung dan Combo Super Mastercheff.



Mungkin korang akan kata "bukan ker banyak jer perencah lain yang jual kat pasaran?" Ya, memang banyak yang jual di pasaran tapi Perencah Yoss ni berbeza dari perencah yang ada di pasaran. Perencah Yoss dihasilkan oleh Yoss Malaysia sebuah syarikat kecil tempatan yang beroperasi di Kuala Lumpur. Rose bercerita mengenai produk yoss kerana rose mengenali rakan-rakan Yoss Malaysia ni.



Haa, itu la serba sedikit mengenai Perencah Yoss ni. Perencah Yoss ni baru jer lagi beroperasi pada bulan 4/2024. Kita kena support produk melayu iaitu produk bumiputera. Kalau korang nak tahu sedap atau tak produk Yoss ni korang kena cuba beli satu di beg kuning Tiktok @yossmalaysia  



Untuk pengetahuan korang semua rose paling suka perencah Kurma Hitam, Oden, Ibu Sambal dan Kari Mamak...fuhh, sedap gila..hehehe. Kalau dari dulu ada perencah ni kan bagus. Takde la penat rose nak berperang masak kat dapur sorang-sorang. Jadi, sekarang rose nak share dengan korang masakan oden, kari mamak, ibu sambal, kurma hitan dan cili kering kisar dengan menggunakan Perencah Yoss. Benda baik harus la kena sharing kan...hehe

Masakan oden ni macam biasa la resepi nya. Masukkan perencah oden, tambah sedikit air dan rose ada tambah sedikit serbuk cukup rasa. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan bahan-bahan yong tau foo. Biarkan mendidih dan perencah meresap masuk ke dalam bahan yong tau foo. Tutup api dan siap untuk di makan...senang dan mudah kan...hehe


Anak dara ros masak menggunakan Cili Kering Kisar, tak tahu rose nak cakap masakan apa ni..hehe. Sebab tengok dalam resepi tu anak rose letak lala, siput buluh, kerang dan ayam. Selalunya anak dara rose ni kalau masak siput buluh ni dia buat masak lemak cili padi. Kali ni saja dia nak cuba masak guna cili kering kisar yoss. Rasa cili dan pedas tu memang cukup rasa dan sedap sangat.


Perencah Kari Mamak Yoss!!! Tak perlu susah-susah nak tumis bawang bagai, nak cari rempah atau takut kari tak menjadi. Hanya masukkan perencah Kari Mamak, tambah ubi kentang, ayam dan santan, tunggu ubi kentang empuk dan ayam masak boleh la angkat. Haa, siap satu hidangan macam kat kedai mamak, kari mamak rose masak ni cair sikit sebab anak-anak suka yang ada kuah tak nak pekat.


Perencah Ibu Sambal Yoss pun sedap gila. Rose masak sambal telur paling kaw dengan sentuhan ibu Sambal Yoss!!! Tak payah renyah, tumis jer terus padu. Mula-mula goreng telur dulu lepas tu tumis bawang besar sampai naik bau baru letak ibu sambal, kalau rasa pekat boleh tambah sedikit air kacau2 sekejap, letak telur dan angkat. Siap untuk dihidang, masakan simple mudah dan sedapnya rasa luar biasa.


Perencah Kurma Hitam Yoss peberet rose dan anak-anak. Sangat mudah nak masak kurma hitam yoss ni. Rose masak menggunakan ayam sebab time tu tak ada daging. Tak perlu tumis apa-apa, masukkan perencah kurma hitam dan tambah air sedikit, lepas tu boleh letak ayam, bawang dan biarkan mendidih sehingga masak. Mudahkan korang, tak perlu bahan tambahan, cukup gunakan perencah yoss untuk rasa sempurna dan memikat selera.


Haa, mudahkan korang kalau guna perencah yoss ni. Tak perlu masa yang lama dan tak perlu nak menyediakan banyak bahan-bahan. Sesuai untuk mereka yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk memasak. Tahun depan kita nak masuk bulan puasa, tak lama dah tu. Pastikan korang ada stok Perencah Yoss kat rumah. Senang nak masak untuk sahur dan berbuka nanti, jimat masa korang dan rose jugak..hehe

Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah Yoss Malaysia ni korang boleh tekan link :
Hubungi/whatsapp: 013-2718073 (Myl)

No comments:

Post a Comment