Thursday, July 30

AIR DETOX DAN VITAMIN C POWDER BY NISHA BEAUTY

Hye semua :)

Siapa selalu minum air detox???



Air detox elok untuk mengurangkan berat badan, bukan setakat itu je, air detox juga mengikis lemak dalam badan kita. Lagi pun lemon boleh meningkatkan metabolisma badan kita. Jadi, dengan membuang lemak dalam badan, dapat mengurangkan risiko kolestrol yang berlebihan. Sebelum ni kolestrol rose agak tinggi, selepas amal air detox ni, alhamdulillah kadar kolestrol dalam badan rose dah turun dengan banyak sekali. Jadi untuk kesan yang lebih baik rose campurkan air detox ni bersama-sama dengan Produk Pure Vitamin C by Nisha Beauty.

Vitamin C Powder by Nisha Beauty

Produk Vitamin C ni adalah 100% Pure Vitamin C tanpa campuran bahan2 lain.

Fungsinya :
- Mencerahkan kulit wajah dan badan
- Memudarkan parut jerawat dan badan
- Menutup liang pori di wajah
- Mengurangkan kulit berminyak
- Merawat kulit yang bermasalah.
- Merawat kulit kering
- Merawat tumit merekah
- Merawat kulit kusam
- Merawat eye bag
- Merawat resdung dan alergi
- Menguatkan kuku
- Menguatkan rambut yang rapuh

Cara kegunaan :
1.Campurkan ke dalam air masak dan minum
2.Campurkan ke dalam air jus
3.Campurkan dgn setitis air dan sapu ke kawasan yang 
bermasalah.
4.Campurkan ke dalam air suam untuk merawat selsema.

Sukatan :
Suku Sudu Teh untuk 1 gelas air.

Waktu Pengambilan :
Setiap pagi sebelum sarapan

- Sesuai untuk lelaki dan perempuan
- Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
- Sesuai untuk ibu mengandung, menyusu dan dalam pantang.

Syarat nak minum Pure Vitamin C :

- mesti campurkan dalam minuman 
- 1 scoop setiap hari diambil waktu pagi atau sebelum tidur 
semasa perut kosong.
Rasa Masam.
- Disarankan ambil bersama jus, minuman yogurt, ribena, sunquick atau bancuh dalam air kosong.
Jika bancuh bersama air kosong, rasanya seakan-akan air limau.
- Tidak sarankan anda ambil bersama minuman coklat atau milo untuk elakkan rasa kurang enak (masam).
Boleh dibancuh dalam air sejuk dan suam.
Elakkan air panas yer!!
Elakkan minuman yang mengandungi caffein!
Lebihkan pengambilan air kosong.

Harga :
RM30 SM/RM40 SS

Berat :
1 Botol 20gram 
(Kegunaan 3 hingga 4 minggu)

Jom cantik dengan cara mudah..Pure Vitamin C by Nisha Beauty ni banyak kelebihannya. Jangan lupa mixkan Vitamin C anda di dalam minuman Orange Juice, Air Sirap, Air Asam Boii atau Air detox yer....
Nak lagi best mixkan Vitamin C anda ke dalam produk Skincare & Lotion badan.

Untuk mendapatkan produk Pure Vitamin C by Nisha Beauty ni anda boleh whatsapp 019-5267122 (Kak Nisha) atau terus pm di SINI yer :)

Wednesday, July 22

SALAM AIDILFITRI

Hye semua :)

Raya pertama dan kedua pun dah berlalu dan hari ini sudah syawal ke 6, baru sempat update entry Selamat Hari Raya. Masa syawal pertama hingga syawal ke 5 tak sempat langsung rose nak buka laptop, apatah lagi nak menaipnya.
Raya pertama sibuk di rumah makmentua lepas tu beraya pulak ke rumah saudara mara belah mentua, sampai ler ke malam. Raya kedua dah bersiap-siap nak bertolak ke kampung rose di Taiping Perak pulak. Disana lagi ler tak sempat nak menaip apa-apa. Mak saudara siap pesan lagi, hari raya untuk berjumpa sanak saudara bukan masa untuk main tel atau laptop yer..:)


Dikesempatan ini, rose bagi pihak diri rose dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...maafkan segala salah silap, terlanjur kata, terkasar bahasa atau terguris hati dengan penulisan rose diblog ini. 
Mohon diampunkan segala dosa...


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Maaf Zahir & Batin
Daripada Rose Sekeluarga


Friday, July 10

ASAL USUL KANSER DI RAHIM

Hye semua!

Entry kali ni rose nak sharing untuk para wanita mengenai 
asal usul kanser rahim.


ASAL USUL KANSER DI RAHIM !!!

Sharing untuk para wanita (Jika lelaki yang membaca tolong di foward kepada kenalan wanita di sekitar anda)

1. Jangan Minum air ais, air bergas dan air kelapa ketika Haid.

2. Jangan mencuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala ( kena angin kepala ), ini sangat berbahaya dan kesan ini boleh di rasakan saat muda dan masa tua.

3. Jangan makan mentimun semasa sedang haid kerana getah yang ada pada mentimun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.

4. Selain itu semasa sedang haid, Tubuh tidak boleh terhantuk , terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah , rahim boleh terluka. 

Penyelidikan membuktikan , minum ais semasa haid boleh
menyebabkan darah haid tersisa / terlekat di dinding rahim , selepas 5-10 tahun boleh menyebabkan “kanser rahim.

“KETUMBUHAN & KANSER RAHIM”.
Tolong sebarkan info ini kepada semua wanita baik ibu, isteri, anak2 kita, mahupun teman wanita, sebagai keperihatinan kita terhadap semua yang bergelar wanita.

Sekadar peringatan bersama :)

Wallahu'alam

Thursday, July 9

SEGMEN : DUIT RAYA SEINDAH SYAWAL BY NIEYL

Hye semua!

Jom kita join segmen ni, simple jer :)



Selamat Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir & Batin
Mohon ampun diatas segala kesilapan ini.


SEGMEN : SAYA NAK DESIGN HEADER BLOG/FACEBOOK RAYA

Hye semua!




KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Hye semua!


Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. 

Wednesday, July 8

VALLEY VIEW HOTEL, TELUK BATIK

Hye semua :)

Entry bulan lepas rose dah terdelete dalam tel, terpaksa le tulis semula..huhu. Cerita ni masa cuti sekolah bulan lepas. Bawa anak jalan-jalan ke Teluk Batik, Lumut. Mula-mula cadang nak lepak di hotel Marina Island Resort tapi malangnya hotel tu dah fully booked.  


Sebelum sampai ke Teluk Batik, ada hotel kat situ, so rose sajes kat suami rose suruh tanya kalau-kalau ada bilik kosong lagi. Kalau ada yang dekat lagi bagus tak payah nak cari hotel kat Lumut dah. Alhamdulillah, Valley View Hotel ni banyak lagi bilik kosong. Tapi memandangkan waktu tu peak season so harga pun mahal la sikit. Kalau ikut harga biasa tak ler mahal mana pun.


Di hotel tu ada bilik standard, standrad twin, family twin queen, deluxe king, family twin, family twin king dan family suite. Memandangkan kami lima beranak, so rose ambil bilik yang besar sikit, bilik family twin king. Lagi pun tak susah cari hotel ni, sape yang jalan-jalan ke Teluk Batik sure korang akan jumpa hotel ni. Hotel ni dekat sangat dengan simpang ke Teluk Batik dan berhadapan dengan flat kuaters TLDM.  

Ini lobby hotel Valley View tu, hotel ni 3 tingkat ada 40 bilik semuanya.

Koridor menuju ke bilik rose.

Ini le no bilik rose, ditingkat 2

Biliknya pun sangat selesa.

Cantik dindingnya, wallpaper batu bata lagi.  

Interior dalam bilik pun cantik dan selesa.

Ada TV LCD 32 inci lagi...

Yang penting ada aircond, tidur lena sampai pagi.

Kemasan bilik airnya cantik, warna black, white dan grey lagi.

Heater pun ada..


Bagi keseluruhan hotel ni memang selesa, bersih dan cantik. Harganya pun berpatutan. Harga bilik Family Twin King yang rose duduk ni pun cuma rm125 semlam je, murahkan? Memang tak rugi kalau duduk kat hotel ni tau!


Kalau ada sape-sape yang berhajat nak ke Teluk Batik / Lumut boleh la duduk kat Hotel Valley View ni. Nak pergi Teluk Batik pun dekat, nak pergi Lumut pun dekat, kira tengah-tengah le. Kat hotel tu klu nak makan pun senang sebab kiri dan kanan ada kedai makan, tak payah nak pergi jauh-jauh dah.


Valley View Hotel
No.17 (Tkt Atas), 18 & 19 Taman Batik Puteri 1,
Jalan Batik Puteri 1, 32200 Lumut,
Perak Darul Ridzuan.
No.Tel : 05-6838744  Fax : 05-6833744

Tuesday, July 7

SEGMEN JOM RAYA 2015 BY SWEET ROSE

Hye semua :)

Salam Ramadhan semua...
Selalunya rose asyik join segmen orang lain jer, kali ni terasa teringin lak nak anjurkan satu Segmen yang simple untuk pertama kalinya :) 

Klik banner

Klik sini untuk join

Yang dah follow blog dan like page rose tq so much :)

1. Create 1 entry bertajuk Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose.

2. Copy paste banner di atas dalam entry anda dan backlink kan ke entry ini.

3. Follow Blog Sweet Rose 

4. Like Page FB Rose Fesyen

5. Publish page dan tinggalkan link entry anda di ruangan komen di bawah ya.  

Tarikh Tutup : 31 Julai 2015 (berakhir pada 11.59pm)

Blog terpilih akan mendapat Fridge Magnet Selamat Hari Raya by Sweet Rose, manakala rose akan memilih 10-15 orang untuk dimasukkan dalam bloglist rose. Pemilihan pemenang melalui random.org dan 15 pemenang akan dipilih.

Jemput semua join dan memeriahkan segmen ini
Terima Kasih pada yang sudi join yer :)


Friday, July 3

PERBANYAKKAN SELAWAT

Hye semua :)

Salam 16 Ramadhan

Alhamdulillah, kita semua dah hampir menuju ke 10 malam terakhir.


Sama-sama ler kita perbanyakkan Selawat pada hari Jumaat.

Di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawatmu akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).


Wednesday, July 1

CARILAH HATIMU SEBELUM IA HILANG

Hye semua :)

Carilah HatiMu Sebelum Ia Hilang


Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran, Jika kau tidak temui..
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat, Jika kau tidak temui..
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, Jika kau tidak temui juga..Berdoalah kepada Allah MINTA HATI yang baru!

Sekadar renungan bersama..
Selamat menunaikan ibadah puasa :)

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah