Hye semua :)
Balik keja petang semalam buka tudung terus ke dapur nak try resepi baru yang rose dapat dari fb Asmaliza Fifie Ahshari..resepi yang tengah viral sekarang ni. Tak sabar nak try resepi yang hanya menggunakan microwave bukan oven. Mula-mula rasa macam tak percaya je buat kek guna microwave, yang rose tahu microwave ni untuk panaskan lauk je. Apa-apa pun kita try dulu, mana tau kan kot2 menjadi. Jom kita tengok resepi dan cara-cara membuatnya...
Minutes Milo Cake
1. Masukkan 4 sudu besar milo.
2. Masukkkan 4 sudu gula kastor.
3. Masukkan 4 sudu besar tepung gandum.
4. Masukkan 4 sudu besar susu segar.
5. Masukkan 4 sudu besar minyak masak.
6. Masukkan sebiji telur.
7. Masukkan sedikit baking powder. Kemudian masukkan bahan2 optional yang anda gemar dalam kek anda. Rose letak choc chip je.
8. Gaulkan kesemua bahan tadi menggunakan sudu hingga sebati dan masukkan dalam bekas yang kecil sikit.
9. Boleh taburkan apa saja atas kek tu. Rose tabur nestum je..itu je yang ada kat rumah pun..heheheh
10. Masukkan kek yang sudah siap tadi ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
11. Then siap pun..:)
Boleh di makan begitu sahaja..heheheh
Alhamdulillah..kek milo comel rose menjadi jugak, anak2 pun suka sangat..lain kali boleh try lagi :)