Wednesday, June 11

RESEPI KEK BUTTER

Selamat petang semua..

Petang ni pulak rose nak share resepi kek butter dengan korang semua..
Asyik makan je rose ni kan..bila le nak kurus kalau macam ni...


KEK BUTTER

Bahan-bahannya :

250gm Butter
2 cawan tepung kek Bluekey
3 biji telur (gred A)
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar susu pekat manis

Cara-caranya :

1. Masukkan butter bersama gula kastor, pukul sampai sebati dan kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang
3. Masukkan esen vanilla dan baking powder
4. Masukkan tepung bluekey sedikit demi sedikit, pukul sampai sebati dan 
masukkan susu pekat manis.
5. Alaskan dengan kertas minyak atau griskan dengan butter dan taburkan 
sikit tepung kedalam acuan loyang.
6. Bakar dalam suhu 180'c selama 50 minit.
Kek siap dibakar.

Mudah dan senangkan...Selamat mencuba ^_^

4 comments:

  1. Sedaapnyaa kek butter! nyumm nyumm. nanti bleh cuba.hee.thanks kongsi resipi :D

    ReplyDelete
  2. Suami sy suka.kek jnis mcm.nih

    ReplyDelete
  3. Anak2 yg suka sgt kek butter ni..tiap2 mnggu mesti kena buat ^_^

    ReplyDelete