Monday, July 7

RESEPI AYAM MASAK KUNYIT BERKUAH

Hye semua...

Ayam Masak Kunyit Berkuah


Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 batang serai diketuk
4 cili hidup dikisar
1 sudu makan kunyit serbuk
2 keping kecil asam gelugor
4 biji ubi kentang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 potong halia
Minyak Masak
Sedikit Air
Garam
Gula

Cara-caranya :

1. Ayam yang telah dipotong,buang kulit dan dicuci,gaul dgn serbuk kunyit dan garam ketepikan dan goreng separuh masak. 
2. Panaskan minyak masak. Kemudian tumiskan bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau. 
3. Kemudian masukkan serai dan cili hidup gaul rata. 
4. Masukkan kunyit serbuk,asam Gelugor dan gaul rata. 
5. Masukkan ubi kentang dan air mengikut banyak kuah yang kita mahu,biar sampai ubi kentang empuk. 
6. Kemudian masukkan ayam dan gaul lagi sampai kuah keluar minyak. 
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. 
8. Siap dan boleh diangkat.

Selamat mencuba ^_^

7 comments:

  1. Ok syira..nanti akak singgah ye..tapi akak tak pandai nk join giveaway ni...

    ReplyDelete
  2. Saya dah cuba resepi ayam masak kunyit berkuah ni.. sedap sangat..tqvm for resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jugak sudi mencuba resepi dari saya :)

      Delete
  3. Saya dah cuba resepi ayam masak kunyit berkuah ni. Sedap sangat. Tqvm for resepi.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih..cuba dulu resepi ni baru bleh ckp sedap..heheheh

      Delete
  5. Kalau tak payah goreng boleh tak?

    ReplyDelete