Saturday, September 20

JANGAN TERLALU LAMA DI TANDAS ATAU BILIK MANDI

Hye dan selamat malam semua..:)

Sedikit info yang ingin rose kongsikan bersama2..info ini rose dapat dari whatsapp hubby rose. Mungkin ada diantara kita sudah tahu dan mungkin jugak tidak tahu..jadi,mulai malam ini jom kita ambil tahu..hehehe..Siapa suka mandi sambil menyanyi? meh sini baca...,

Awas!!..Jangan lama-lama di Tandas atau Bilik Mandi...


Dalam sebuah hadis,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi.    
     
"Ya Allah..adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi..maka berilah pula aku tempat tinggal..!!" Kata Iblis..Allah berfirman,"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas..(HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas..Godaan iblis macam-macam dan aneka warna..contohnya menggoda manusia supaya:

1. Berlama-lama di dalam bilik mandi
2. Bernyanyi atau berkata-kata
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa hp mendengarkan muzik, ber'facebook'
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri
5. Membiarkan baju yang kotor t'gntung di dalm bilik mandi
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang
8. Mengoret-oret dinding bilik mandi
9. Merencanakan kejahatan

Maka, berhati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas. Dan tips yang rose rasa paling elok dan baik adalah mandi, buang air atau lain2 sewajarnya saja..

Friday, September 19

CARA ELAK MAKSIAT

Hye dan salam jumaat buat semua ^_^

Semoga kita semua terhindar daripada melakukan perkara yang 
dilarang oleh Allah...


Ambillah peluang kita setiap hari untuk menjadi MUSLIM yang lebih baik 
daripada semalam..:)

Thursday, September 18

CARA MEMANJANGKAN HAYAT BATERI HANDPHONE

Hye dan selamat pagi semua...

Sedikit perkongsian yang rose dapat dari anak saudara rose mengenai cara2 memanjangkan hayat bateri handphone kita. Maklum la..kadang2 rose ikut dan je nak cas handphone ni..rupa2nya tak elok kalau cas handphone tengah on..lagi pun rose tak pernah off handphone bila tengah cas..sekarang baru la tahu cara2nya..heheheh....

Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handphone


1. Off handphone ketika mengecas.
Pastikan handphone anda dalam keadaan off semasa mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban dalam proses kimia dalam bateri.

2. Elakkan cas handphone di dalam kereta.
Komponen bateri handphone mudah rosak jikaselalu menggunakan pengecas di dalam kereta. Hal ini demikian kerana arus elektrik di dalam kereta tidak stabil dan ini memberikan kesan buruk kepada bateri handphone.

3. Habiskan bateri(empty) sebelum dicas.
Untuk mengelakkan “memory effect” pastikan
bateri handphone betul-betul habis sebelum ia dicas semula.

4. Elakkan haba.
Haba yang tinggi menyebabkan bateri mudah rosak. Paling berbahaya adalah bateri juga mungkin akan meletup akibat haba yang terlampau tinggi.

5. Sentiasa mengawal
Mengecas terlalu lama boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan menggelembung. Jadi, elakkan mengecas handphone terlalu lama atau “over charge”.

6. Pastikan bateri penuh sewaktu pertama kali dicas.
Tempoh mengecas bateri handphone untuk kali pertama adalah berbeza-beza mengikut jenis bateri. Selalunya untuk kali pertama mengecas handphone baru dibeli adalah selama 3 jam. Untuk bateri jenis Ni-Mh dan Ni-Cd ia memerlukan masa selama 8 jam untuk dicas kali pertama.

7. Jangan guna handphone semasa sedang dicas.
Menggunakan handphone ketika mengecas adalah sangat-sangat berbahaya dan boleh mengundang kecelakaan.Bateri akan mudah menjadi panas jika digunakan sewaktu mengecas. Selain itu, ini boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan meletup.

Semoga berguna untuk kita semua..:)

Tuesday, September 16

SALAM 1 MALAYSIA

Hye semua..:)

Selamat Menyambut Hari Malaysia...


Saya sayang Malaysia ^_^

Contest Blog Comel By : Sheda Ucu

Hye semua ^_^

(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama



Monday, September 15

5 PERKARA YANG PERLU KITA RENUNGKAN

Hye..selamat pagi semua..:)


Sekadar renungan dan peringatan bersama ^_^

Saturday, September 13

BUAH-BUAHAN ELOK DIAMBIL SEMASA PERUT KOSONG

Hye dan selamat petang semua..

Rose dapat perkongsian ini dari seseorang dan rose rasa patut dikongsi bersama2 dengan korang semua...sebelum kita makan nasi atau makan makanan berat elok la kita amalkan makan buah-buahan semasa perut kosong.

Jom kita baca sedikit perkongsian ini...

Dr Stephen Mak merawat pesakit kanser terminal dengan cara "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih. Sebelum ini dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit pesakitnya. Beliau percaya pada penyembuhan semulajadi dalam badan terhadap penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.

Terima kasih kerana e-mel pasal buah-buahan dan jus. Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga akhir2 ini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%. Pesakit kanser tidak patut meninggal dunia. Penawar untuk kanser sudah dijumpai. Ia terpulang    anda percaya atau tidak. Saya berasa amat terkilan untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.
- Dr Stephen Mak -

MAKAN BUAH ...

Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan hanya hulur ke dalam mulut kita. Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila harus makan.

Apakah cara yang betul makan buah-buahan?

IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN!

BUAH harus dimakan ATAS PERUT KOSONG

Jika anda makan buah-buahan seperti itu, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain. 

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING.

Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah-buahan. Kepingan buah-buahan sudah bersedia untuk pergi lurus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia dihalang daripada berbuat demikian.

Sementara itu seluruh pemakanan tadi merosak  dan menapai dan bertukar kepada asid. Ketika buah bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus hadam, jisim keseluruhan makanan mula merosak.....

Oleh itu, sila makan buah-buahan anda pada perut kosong atau sebelum makan anda! Anda telah mendengar orang mengadu setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung atas, apabila saya makan pisang saya rasa seperti berjalan ke tandas, dan lain-lain,  benar-benar semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan pada perut kosong. Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang merosak dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan berasap!

Keputihan rambut, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini TIDAK akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan ketika perut kosong.

Tidak ada perkara buah-buahan, seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini. Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal. Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum  jus buah sahaja, BUKAN dari tin. Jangan sekali minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang dimasak kerana anda tidak mendapat nutrien sama sekali. Anda hanya dapat merasa. Memasak memusnahkan semua vitamin.

Tetapi makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika anda perlu minum jus, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya. Anda boleh puasa atas buah 3 hari untuk membersihkan badan anda. Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan di seluruh
3 hari dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan! 

KIWI: Kecik tetapi besar. Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.

APPLE: Satu epal sehari menjauhkan doktor dari kita? Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan flavonoid & yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung & strok.

STRAWBERRY: Buah pelindung. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, saluran darah tersumbat-radikal bebas. 

OREN: perubatan termanis. Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauh selsema, kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang dan juga mengurangkan risiko kanser kolon. 

SemanGKa: Penghilang dahaga tersejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutation, yang membantu meningkatkan sistem imun kita. Ia juga merupakan sumber utama lycopene oksidan melawan kanser. Nutrien lain yang terdapat dalam tembikai adalah vitamin C & Kalium. 

JAMBU & Pokok Betik: anugerah Top untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi .. Jambu Batu ini juga kaya dengan serat, yang membantu mengelakkan sembelit. Betik kaya dengan karotena, ini adalah baik untuk mata anda. 

Minum air sejuk selepas makan = Kanser! Anda boleh percaya ini? Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Ia adalah baik untuk mempunyai cawan minuman sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Sangat tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Ia adalah lebih bijak untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Nota penting tentang serangan jantung .....

Serangan jantung PROSEDUR ': (INI BUKAN jenaka!)

Wanita perlu tahu yang petanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Anda boleh tidak pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Enam puluh peratus daripada orang-orang yang   serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun. Sakit pada dagu boleh menyedar kamu dari tidur yang lena.

Mari kita berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup insha Allah. 

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata: jika semua orang yang mendapat mail ini menghantar kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyelamatkan  sekurang-kurangnya satu nyawa.

Petikan dan sumber dari,
Datin Dr Marzelina Ahmad Marzuki
Senior Consultant
Damansara Specialist Hospital

Friday, September 12

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT

Hye semua..:)

Sedikit perkongsian mengenai rahsia sujud dalam solat..


Rahsia sujud dalam solat

- bersujud boleh MENGELAK penyakit pening atau migrain

- bersujud boleh MELEGAKAN sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

- bersujud boleh MENGIBANGI lingkungan bahagian belakang tubuh, MERINGANKAN bahagian pelvis, memberi dorongan supaya mudah tidur, dapat MENGGERAKKAN otot bahu, dada, leher, perut serta punggung dan otot lebih kuat dan elastik supaya dapat memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.

- bersujud boleh MENAMBAHKAN kekuatan aliran darah ke otak yang boleh menggelakkan pening kepala dan migrain, MENYEGARKAN otak serta menajamkan akal fikiran.

Semoga bermanfaat untuk kita semua..:)




PERBEZAAN MAHRAM BAGI WANITA DAN LELAKI

Salam jumaat buat semua..:)

Sekadar Renungan Bersama..

MAHRAM Seorang Wanita


Apa itu Mahram?

Boleh sentuh dan pegang 
Boleh buka aurat yang sedikit
Tidak batal wuduk bila bersentuh
Haram kahwin selamanya

Mahram sebab kahwin

1. Bapa mentua
2. Bapa tiri
3. Anak tiri
4. Menantu

MAHRAM Seorang Lelaki


Apa itu Mahram?

Boleh sentuh dan pegang
Boleh buka aurat yang sedikit
Tidak batal wuduk bila bersentuh
Haram kahwin selamanya

Mahram sebab kahwin

1. Ibu mentua
2. Ibu tiri
3. Anak tiri
4. Menantu

Thursday, September 11

THE HEALING DAN DISCOVERING THE POWER OF THE WATER

Hye dan selamat pagi semua ^_^

Mari kongsi ilmu.

Dalam Buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” (By: Dr. Masaru Emoto) disimpulkan bahawa :

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah  selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau.

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah  terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih).


Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat untuk kita semua..:)

Wednesday, September 10

PUNCA SEBENAR PEDIH ULU HATI

Hye dan selamat petang semua..:)

Sedikit perkongsian mengenai Pedih Ulu Hati yang rose dapat dari blog seorang doktor tapi ros tak sempat nak copy link blog tu..rose ambil perkongsian ini untuk diri rose sendiri kerana rose selalu mengalami sakit pedih ulu hati..boleh dikatakan kerap jugak rose alami sakit ini..

jom kita sama2 baca..


Kebanyakan kita pernah atau kerapkali mengalami pedih ulu hati (heartburn) jika tersilap makan sebelum tidur. Selalunya kita akan terjaga dari tidur kerana berasa sangat pedih di kawasan jantung, sehinggalah kita mengambil sedikit makanan dan ubat, barulah terasa lega.

Namun begitu, perlu diingat bahawa bukan semua kesakitan seperti tanda (simptom) pedih ulu hati ini disebabkan oleh pedih ulu hati semata-mata. Terdapat beberapa penyakit lain yang lebih serius menunjukkan simptom yang sama dengan simptom pedih ulu hati ini, oleh itu jangan diambil mudah atau ringan saja jika kita mendapat simptom ini. Segeralah buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyakit sebenar yang dihidapi. Rawatan awal lebih baik sebelum ia menjadi lebih serius.

Di antara penyakit lain yang menunjukkan simptom hampir menyerupai simptom pedih ulu hati ini ialah:

* Sakit jantung (Angina) – terasa sakit dada yang disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke jantung.

* Batu hempedu (gallstone) – terasa sakit di bahagian tengah atau sebelah kanan-atas abdomen, apabila batu menyumbat duktus hempedu.

* Ulser perut – terasa sakit di bahagian atas abdomen dan dada, disebabkan oleh keradangan bakteria di lapisan perut dan ia boleh dirawat dengan mengambil antibiotik.

* Hiatal hernia (pedih ulu hati) – terasa sakit di bahagian atas perut hingga membawa ke diafram dan kaviti dada, kerana makanan dan asid perut ditolak ke dalam esofagus menyebabkan terasa pedih ulu hati.

* Kanser esofagus – terasa sakit di bahagian esofagus, namun ini jarang terjadi.

* Gastroparesis – terasa sakit di perut kerana kerosakan saraf di salur penghadaman yang disebabkan diabetes yang tidak terkawal. Ini menyebabkan pergerakan makanan jadi perlahan semasa melalui perut. Kesakitan ini boleh dikurangkan dengan mengambil makanan yang sedikit dan jangan mengambil makanan berlemak dan berfiber.

* Radang esofagus (Esophagitis) – terasa sakit/pedih ulu hati disebabkan kerap terjadi refluks asid ke esofagus. Perlu ambil ubat untuk mengurangkan keradangan ini.

* Pleuritis atau Costochondritis – Pleuritis ialah radang di lapisan kaviti peparu dan dada menyebabkan terasa pedih ulu hati di bahagian dada terutamanya semasa menarik nafas panjang dan bergerak. Radang ini disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Costochondritis pula ialah radang di rawan yang menyambungkan tulang rusuk ke tulang dada (sternum) yang menyebabkan terasa sakit di sepanjang sternum (tulang dada). Kesakitannya boleh dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit.

* Kebimbangan/kerisauan (Anxiety) – Ini juga boleh menyebabkan terasa pedih ulu hati. Ia boleh dikurangkan dengan cara mengurangkan rasa kebimbangan dan kerisauan dengan menyelesaikan masalah yang berkaitan sedapat mungkin, bertenang, senaman, terapi, berdoa, berzikir, dsb.

Ringkasnya, jika terasa pedih ulu hati, perlulah dikenalpasti punca sebenarnya dengan segera supaya ia boleh dirawat pada peringkat awal lagi, terutamanya jika ia disebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius.

Sunday, September 7

SELALU LAH BERSYUKUR

Hye dan selamat pagi semua ^_^


Hidup mengajar kita untuk selalu bersyukur setiap saat, mengambil hikmah dalam setiap kejadian dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik...terima kasih Allah..:)

Friday, September 5

JANGAN SESEKALI MENINGGI SUARA DAN MENJERIT MARAH PADA ANAK-ANAK

Hye semua..:)

JANGAN SESEKALI MENINGGI SUARA DAN MENJERIT MARAH PADA ANAK-ANAK... 
(Untuk Rujukan dan peringatan kita bersama terutama Para Ibu Bapa Sekalian)

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik (termasuk le rose jugak yang suka marah) huhuhu...jom kita baca..


1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Thursday, September 4

15 SEBAB PENYEKAT BERKAT

Hye semua ^_^

Renungan dan peringatan bersama..:)

Sedarkah kita akan perkara seperti ini?
Terlalu banyak menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi menyebabkan rezeki yang diperolehi dari gaji bulanan menjadi syubahah.
Mungkin ada perkara yang kita lakukan tanpa kita sedar. Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan semoga kita jua akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya..Amin.


Mulakan hari kita dengan kebaikan dan berakhir dengan kesenangan.

Jom kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan kalam BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM..agar segala tindakan dan usaha kita diberi oleh-NYA Keberkatan dan Keselamatan..Amiin.

Wednesday, September 3

KURANGKAN 5 MAKANAN PUTIH

Hye dan selamat pagi semua..:)

Sedikit perkongsian ilmu yang ingin rose kongsikan dengan semua orang.

Kurangkan 5 makanan putih


1. Nasi - nasi akan diproses menjadi gula. Gula berlebihan adalah punca penyakit diabetis yg akan membawa kpd darah tinggi, lemah jantung dan sakit buah pinggang. Makan nasi sekali sahaja sehari sudah memadai. Sebagai alternatif pilihlah beras perang atau "unpolished rice".

2. Tepung - tepung dihasilkan daripada gandum yang juga akan diproses menjadi gula. Pilih tepung atta sebagai ganti kerana tepung atta dihasilkan daripada kekacang bukan gandum.

3. Susu pekat manis - susu pekat manis adalah "ibu" gula. Dihasilkan daripada isirong kelapa sawit bukannya susu yang sebenar pun. Pilihan terbaik ialah susu kambing asli, jika tak dapat yang segar yang tepung pun bagus. Susu kambing kaya dengan antibodi dan mudah dihadam. Pastikan ia betul asli tiada campuran lain.

4. Gula putih - gantikan dengan madu asli organik, gula melaka, gula perang atau stevia. Apapun tambahkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan/minuman.

5. Garam - pilih garam bukit atau garam laut dan elakkan menambahkan garam ke dalam masakan ketika ia masih panas kerana ia akan memusnahkan khasiat garam itu.

Tambahan:

* Menurut kajian yang dijalankan oleh IJN, individu yang mengambil teh tarik dan roti canai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berisiko menghidap penyakit jantung pada usia 30 tahun.
* Air kelapa sangat baik untuk diminum kerana ia bersifat alkali, dapat meneutralkan asid di dalam perut. Elakkan air berkarbonat kerana kandungan gulanya sangat tinggi!
* Makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda juga amat baik untuk dijadikan menu harian inshaAllah..

Umat Islam WAJIB jaga kesihatan kerana tubuh badan ini adalah amanah dan ia hanya dipinjamkan kepada kita oleh Allah s.w.t.

pesanan dari :
Dr Hasni Mohammed
CEO Sek Islam Adni

Tuesday, September 2

12 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Selamat pagi semua..:)


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki, anugerah serta pemberian yang engkau berikan" (Doa Nabi Musa)

Monday, September 1

RESEPI BISKUT CHEESECAKE

Hye semua..:)

Cheesekut cake..semalam punye cerita..hehehe..semalam 31 ogos 2014 harijadi rose ingat nak buat cheese kek sendiri..nak buat sekali untuk adik ipar yang ada kat umah mak untuk sambut harijadi rose..baru je nak sediakan barang2 kek anak2 dh siap cakap tak suka makan cheese kek..anak2 suruh rose buat kek batik untuk harijadi rose..huhu..kek batik tu bila2 pun bleh buat. Tapi untuk tidak hampakan permintaan anak2,rose gantikan kek batik dengan cheesekut kek..lebih kurang macam kek batik le jugak..huhu..jadi le..
Jom tengok resepi CheeseKut Cake yang rose buat untuk kali keduanya..

Resepi Cheesekut Cake

Bahan-bahannya : 

250g cream Cheese 
1/2 tin susu pekat
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers (original)
Susu Full Cream (untuk dicelup)
Nestum (untuk ditabur)


Putar cream cheese bersama susu pekat manis.

bila dah kembang /sebati masukkan 4 sudu susu full cream - tujuan masukkan full cream ni adalah untuk mencairkan sedikit campuran cream cheese tadi..tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat.


masukkan sedikit susu full cream/low fat kedalam bekas lain - sedikit saja untuk celup biskut.


Celup biskut satu persatu kedalam susu full cream dan susun kedalam bekas atau loyang.


Sapu cream cheese kat atas biskut, sapu rata..tak perlu tebal sangat.


Taburkan nestum diatas cream cheese (seperti dlm gambar diatas)

Dan ulang lagi layer sampai habis.
Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 di bawah.

Dah siap masuk dlm peti sejuk.


Inilah hasil Cheesekut Cake yang dah siap dipotong..

Selamat mencuba ^_^