Thursday, October 2

SERANGAN ASMA DATANG LAGI...

Hye semua ^_^

Lama sungguh rose tak tulis diary dalam blog sweet rose nie..kalau tulis kat buku agaknya berhelai2 dah page kosong. Semua ni sebab anak2 yang tak berapa sihat,kat ofis pulak keja pun banyak dalam minggu ni,terutama surat2 untuk direkod dan dipos..tu yang buat out terus mood nak menulis nie..mood yang ada pun nak cari petua untuk hilangkan sakit asma anak rose je. Bermacam2 cara rose berubat untuk hilangkan asma anak dara rose nie..tapi masih jugak tak hilang. 

Dah 6 kali anak dara rose kena tahan wad di hospital Ipoh..kali terakhir anak dara rose masuk hospital dan kena tahan di wad PICU,masa tu hanya Allah saje yang tahu perasaan rose,macam2 bermain di fikiran rose. Baru2 ni 29.9.2014 serangan asma anak dara rose datang lagi..kali nie sesak nafasnya agak kuat sampai guna pam sendiri pun tak berapa nak jalan,terpaksa rose bawa pergi klinik 1 Malaysia untuk dapatkan oksigen. Doktor lak cakap nafas anak rose terlalu laju kena bawa pg wad kecemasan tapi anak rose cakap kat doktor MA tu dah tak penat tapi batuk je,rose pun cakap ok la..ibu masuk keja balik dan hantar umah opah..anak rose pun ok je. 

Tapi bila balik keja mak rose cakap anak rose masih penat dan nafas pun kuat lagi. Mula2 memang dia cakap tak nak pg wad kecemasan sebab dia risau dia kena tahan wad..jenuh pujuk dia baru dia nak pg wad kecemasan tue. Bila dah sampai wad kecemasan apa lagi rose lak yang kena marah dengan doktor sebab bawa anak lambat ke hospital. Doktor cakap oksigen nya kurang,bahaya boleh bawa maut..huhuhu..doktor terus bagi oksigen,ambil darah dan x-ray baru tahu yang anak dara rose kena jangkitan kuman kat paru2 tu yang menyebabkan dia sesak nafas teruk dan kurang oksigen..terus anak dara rose kena masuk wad. Dari tak nak masuk wad kena le jugak duduk wad selama 2 hari..sabar je la anak ibu Nur Alya Nabilah,yang pasti cepat sembuh dan sihat.


Syukur Alhamdulillah..1.10.2014 anak dara rose dibenarkan keluar wad petang semalam. Yang pasti selepas ni kena jaga makan minum dan jugak kesihatan ye anak ibu Nur Alya Nabilah..ibu mendoakan semoga asma nabilah akan pulih dan baik terus..amin.

Doakan mudah2an anak rose Nur Alya Nabilah akan sembuh dari penyakit Asma buat selama-lamanya..amin.

Terima Kasih buat semua..:) 

8 comments:

  1. salams rose, semoga anak rose cepat sihat....amin..

    ReplyDelete
  2. alhmdullilah dah boleh keluar
    semoga anak kak ros cepat2 sembuh ye

    ReplyDelete
  3. Berapa lama Kena pakai topeng oksigen tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai sampai gas tu kering dan asap dah takde...selalunya dalam 30 minit mcm tu la..bila dah hbs kena pakai lagi...sampai penat asma tu dh takde bunyi...

      Delete
  4. Kesiannn... Sampai kena pakai oksigen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la terpaksa...pakai gas untuk bagi penafasan...klu tak dada dia ketat tak bleh nak bernafas...

      Delete