Wednesday, September 30

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER

Hye semua :)

Jom blogger kita join segmen Jom Tambah Follower ni..rose pun join dan nak tambah follower jugak..heheheh
sape2 nak join klik jer banner di bawah ni...


Jumlah followers : 322 jer..heheheh

Monday, September 28

RESEPI KEK MARBLE SUSU

Hye semua :)

Petang isnin ni rose nak share resepi kek marble susu dari pelakon Sheila Rusly. Kek marble susu ni rose buat sebelum raya haji baru2 ni. Atas permintaan anak2 nak makan. Resepi kek sheila rusly ni memang sedap sangat..chewahhh puji sendiri..heheheh..yang tak bestnya tiap kali rose buat kek, bentuknya mesti tak berapa cantikkan..tapi isi dalamnya gebu dan sedap..heheheh


Kek Marble Susu

Bahan-bahannya :

3 biji telur
1 cawan buttercup
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya :

1. Pukul buttercup bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder (kaup balik jer).
6. Bahagikan pada 2 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati.
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa. 
9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 160'c atau sehingga masak.


Beginilah rupa kek marble susu rose bila dipotong.
Ok..siap untuk di makan :)

RESEPI RENDANG AYAM

Hye semua :)

Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula

Bahan yang dikisar bersama:-

10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai ( dihiris halus)
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya :

1. Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
3. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat, air, kulit kayu manis, bunga lawang, garam dan gula.
4. Buka api dan masak hingga kering dan naik minyaknya.
5. Hiris daun kunyit nipis2 dan masukkan dalam kuali, gaul sebati.


Dah siap pun :)
Boleh dimakan bersama ketupat palas, lemang atau nasi impit.

Sunday, September 27

KEK BUTTER PELANGI

Hye semua :)

Resepi yang mudah dibuat dan senang didapati jugak bahan-bahannya murah dan sedap dimakan..betul tak korang..tapi kek pelangi yang rose buat ni tak berapa nak pelangi sangat, macam tak jadi je..heheheh.


Bahan-bahannya :

250 gram mentega
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis
Pewarna rose (ikut suka warna apa)

Cara-cara membuatnya :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan susu, kacau rata.
3. Ayak tepung naik sendiri kemudian masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan pewarna rose pada dua bahagian berasingan.
5. Lumurkan mentega pada bekas kek agar kek tidak melekat nanti.
6. Masukkan dua senduk adunan secara berselang-seli sehingga penuh tempat kek.
7. Panaskan oven pada suhu 160'c selama lima minit kemudian masukkan adunan.
8. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. 


Siap untuk dimakan :)

Friday, September 25

SALAM JUMAAT

Hye...

Salam jumaat semua :)


Moga dipermudahkan urusan kita hari ini,
dibukakan pintu-pintu rezeki dan 
segala pintu kebaikan buat kita semua...
Amin.

Thursday, September 24

KHASIAT SEBIJI TELUR

Hye semua :)

Ramai yang mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?


Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit. Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.

Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia. Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur. Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.

Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. - Sumber dari Utusan Melayu (M) Bhd.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Hye semua :)

Selamat Hari Raya AIDILADHA
Selamat menunaikan ibadah korban

Yang jauh itu Waktu Yang dekat itu Mati
Yang besar itu Nafsu Yang berat itu Amanah
Yang mudah itu Berbuat Dosa Yang panjang itu Amal Soleh
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN 
SALAM AIDILADHA..MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dikesempatan ini rose ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan kekurangan diri ini. Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t.


Tuesday, September 22

PRODUK SKINCARE TERBARU AMEENA KSK III

Hye semua :)


Inginkan skincare yang betul efektif? Kesan cepat dan selamat. Jangan pening-pening, cubalah Ameena KSK III - Menjadikan kulit anda kelihatan muda daripada usia sebenar. Produk 3 dalam 1 Rahsia Keistimewaan Pertama Kali Di Malaysia.



BIOMIST / SKINTOX / COLLESHINES

✔ Memberikan kulit lembap, tidak berminyak, tidak kering, cantik dan sihat .
✔ Memberikan Kulit lebih Bergetah dan menggebukan .
✔ Menjadikan kulit bersinar nafas baru secara semulajadi.
✔ Menghilangkan kulit kusam & kulit yang tidak bermaya. 
✔ Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
✔ Menghilangkan sel kulit mati.
✔ Mengecutkan jerawat dengan pantas 
✔ Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
✔ Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan.
✔ Mengecilkan pori-pori yang terbuka luas 
✔ Menstabilkan tekanan darah.
✔ Menstabilkan hormon lelaki dan wanita.
✔ Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
✔ Bertindak sebagai Anti-Bodi dalam badan.
✔ Memberikan tenaga serta merta.
✔ Memberikan tidur yang nyenyak. 
✔ Melawaskan pembuangan membuang toksin dalam badan.
✔ Meningkatkan kadar metabolisme badan.


Ameena KSK lll adalah merupakan produk gabungan formula Negara Jepun dan Malaysia , ia bertaraf antarabangsa. Kandungan bahan adalah unik berkualiti serta semulajadi yang mengabungkan ramuan amat sesuai untuk setiap golongan wanita mahupun lelaki untuk lapisan umur 25 tahun ke atas. Keistimewa tersendiri bagi dalaman dan luar khas untuk kulit wajah menjadi lebih lembap , bergetah , licin, lembut, bersih dan gebu serta berseri.




Terdapat 3 produk di dalam satu Pek - 
AMEENA KSK lll

Biomist
Sejenis botol cecair pakai semburan halus cepat meresap ke dalam kulit muka yang mempunyai kelebihan anti penuaan menghilangkan garis garis halus, memberi kulit tegang dan lembut dalam masa 3 minit dengan pantas.

Skintox 
Sejenis cecair yang mudah diminum dan dihadam.Mempunyai 7 sachet dalam 1 kotak untuk penggunaan selama 7 hari. Hanya koyak dan minum, tidak perlu bancuh atau kunyah. Fokus utama adalah mengeluarkan toksin bakteria dalam kulit badan , ia juga merawat dari dalam badan mampu membuang kuman( ulat resdung ). Kelebihan kesan yang agak cepat dan pengguna perlu perbanyakan minum air masak.

Colleshines
Sejenis cecair yang mudah diminum dan dihadam. Normal mempunyai 7 sachet dalam 1 kotak untuk penggunaan selama 7 hari.
#Extra Eklusif* dengan tambahan 6 sachet lagi. Ia amat sesuai bagi mereka yang menginginkan penjagaan luaran dan dalaman dalam masa SINGKAT.
Fokus utama adalah untuk menganjalkan kulit dari dalam lebih bergetah, putih dan bagi mengawal kesihatan tubuh badan. Ia yang diperbuat dari stem sel epal, stevia, madu, kolagen ikan rumpai laut yang berkualiti tinggi.

Step by Step We Focus

Ameena KSK lll Skintox 

Skintox bakal dilancarkan sebagai pakej KSK lll,

Focus utama Skintox Ameena adalah menyahkan bakteria pada wajah kulit. Membersihkan dari dalaman. Nasihat kami Anda perlu membersih bahagian dalam kulit terlebih dahulu. Bagi cegah bakteria pada kulit dan menghalang ia merebak pada kulit

Ameena KSK lll Colleshines 

Selepas 7 hari anda menyahkan diri, Toksid kulit dengan skintox .
Anda perlu menambah collegen dalam kulit tubuh anda.
Pada setiap tahun collegen pada tubuh badan manusia akan berkurangan sebanyak 2%. Colleshines membantu menambahkan keanjalan kelembapan kulit menjadi kulit kembali muda. Kehilangan Collegen yang banyak akan membuat wajah menjadi lemah dan kulit cepat kusam dan tidak bermaya.

Ameena Biomist
Energy Cystal Skin Activator

Mengawal PH pada kulit wajah, merata tona kulit, tona tak sekata disebabkan asid PH terlalu tidak seimbang. Ini terjadi Kerana ia menambahkan tebal minyak pada wajah. Parut lama sukar hilang.
Apabila anda telah mula mengunakan kedua diatas.

Ameena KSK III Biomist 

Teknologi Jepun cepat bertindak menambah
Keanjalan kulit. Lebih lembab dan licin dari luaran. Ia sebagai Energy Crystal Skin Activator, membantu menegangkan kembali kulit semula.

Kulit anda akan kembali Licin, Anjal, 
Firmly, Glowing .



Luar Biasa KSK III Ameena.
Puan Yana dah dapat perubahan yang amat ketara.
Usia kulit Puan Yana jadi muda tidak seperti Usia sekarang.
Wajah Puan Yana jadi Mulus Licin Halus, Bergetah dan Berseri. 
Tiada masalah pada kulit muka.
 Formula baru ditemui.

Bagi sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan Produk Ameena KSK III sebelum pelancarannya, bolehlah hubungi di talian :

Telegram/Whatsapp
KSK III Ameena ke
018-4680613 (Puan Rose)
Facebook : Ameena Official

Semua wanita inginkan kulit wajah mulus, licin, halus, bergetah dan berseri seperti kulit wajah Puan Yana kan..rose sendiri pun tak sabar menunggu pelancaran produk Ameena KSK III ini. Semoga adanya Ameena KSK III ini boleh mencantikkan lagi semua wanita yang ada di luar sana, insyaAllah :)

Monday, September 21

10 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH EPAL MERAH

Hye semua :)

Petang ni rose nak story pasal kebaikan buah epal merah..Selalu kita dengar kebaikan buah epal hijau je kan..jom kita baca :)

10 Khasiat dan Kebaikan Buah Epal Merah


1) Baik untuk kesihatan
Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit
Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

3) Risiko kanser rendah
Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.

4) Mengandungi serat yang tinggi 
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan
Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser
Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

7) Membantu proses mengawal berat badan.
Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.

8) Bebas kolestrol dan lemak
kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

Tak kira epal merah atau epal hijau..masing2 ada kebaikannya. Nampaknya lepas ni rose kena le makan sebiji epal sehari untuk kesihatan badan dan diet yang sihat..:)

Thursday, September 17

RESEPI KEK BUTTER SUSU

Hye semua :)

Salam sayang semua...cewahhh! sayang la sangatkan..heheheh. Nak story pasal cuti 1 malaysia semalam, boring duduk rumah tak tahu nak buat apa. Lagi pun anak2 cakap dah lama ibu tak buat kek, so disebabkan permintaan anak2 nak makan kek boleh la buat tapi setakat kek butter susu je la..bahan2 itu je yang ada..:) 

Resepi Kek Butter Susu


Bahan-bahannya :

250g buttercup
2 cawan tepung bluekey
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-caranya :

1. Masukkan buttercup bersama gula kastor, pukul sampai sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung bluekey sedikit demi sedikit, pukul sampai sebati dan masukkan susu pekat manis dan pukul sampai kembang.
5. Alaskan dengan kertas minyak atau griskan dengan butter dan taburkan sikit tepung ke dalam acuan loyang.
6. Bakar dalam suhu 180'c selama 50 minit.


Nampak gebu sedappp...memang layan je makan kek butter susu ni :)

Wednesday, September 16

SELAMAT HARI MALAYSIA !!!

Hye semua :)

Selamat Hari Malaysia! Selamat bercuti buat semua warga Malaysia. Rose sayang Malaysia dan rose sangat bertuah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Semoga Malaysia menjadi negara yang lebih aman.



Selamat Hari Malaysia !!
16hb September 2015

Tuesday, September 15

PETUA UBAT SEMULAJADI DIRUMAH

Hye semua :)

Kata orang perubatan semulajadi ini bagus untuk dijadikan ubat dan khasiatnya pun sangat baik untuk kesihatan dalaman kita. 

Manfaat Kesihatan Buah Pelaga


Sifat detoksifikasi buah pelaga, membantu dalam pembersihan dalaman badan. Ia memberikan kelegaan pencernaan yang cepat dan membantu untuk menghilangkan loya dan muntah.

Cara-caranya :

Rendam di dalam air panas selama beberapa minit dan di minum sebagai teh panas.

Menyembuhkan Sakit Kepala Dengan Kayu Manis


Kayu manis adalah ubat semulajadi yang berkesan menghilangkan sakit kepala dan melegakan migrain. Cuba minum teh kayu manis jika anda mengalami sakit kepala yang kronik.

Bawang Putih Untuk Jangkitan Telinga


Ekstrak bawang putih membunuh bakteria dan kulat. Kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih boleh mengurangkan sakit jangkitan telinga. Anda perlu menggunakan minyak bawang putih sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan 3 titisan yang banyak untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Penawar Untuk Selsema, Batuk Dan Sakit Tekak


Campurkan dua sudu teh madu dan dua sudu teh jus halia.
Ramuan ini dapat membantu meludah keluar mukus dan melegakan sakit tekak.

Penawar Untuk Kelemumur


Campuran kapur barus dan minyak kelapa sangat bagus untuk merawat kelemumur dan menyejutkan kulit kepala anda.

Cara-caranya :

Campurkan sedikit kapur barus dalam minyak kelapa. Simpan di dalam botol dan gunakannya pada setiap malam sebelum tidur.

 Selamat mencuba :)

Petua dari imuslimshop.com

Monday, September 14

DIAM ITU TIDAK PERNAH SALAH

Hye semua :)


Minggu lepas rose ada terbaca satu kisah dalam internet tapi rose terlupa blog siapa dan kata-kata itu sungguh indah ayatnya, “Diam itu adalah emas, diam itu adalah ibadah yang tanpa bersusah payah, diam itu adalah perhiasan bibir tanpa berhias dengan pemerah, diam itu adalah kehebatan tanpa kerajaan, benteng tanpa pagar, kekayaan tanpa meminta kepada orang, istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal, penutup segala aib“…Subhanallah, indahnya diam itu…

Mungkin disebabkan kita sebenarnya tidak sedar langsung yang kita pernah guriskan hati orang lain, tanpa kita sedar atau tidak. Tapi kita juga harus ingat, manusia ini adakalanya, mereka sangat sensitif..terlalu sensitif. Kadangkalanya mereka tidak kisah. 

Tapi kadangkala bila kita berdiam diri di anggap sombong pula, walau hakikatnya tidak mahu lidah sendiri menjadi pedang menghiris perasaan orang lain, tanpa kita sedari akan ada insan lain yang terluka dengan kata-kata kita, sedar-sedar sudah terhiris dan terlantar kepedihan. Bukan semua diam itu bererti sombong tetapi kadang kala diam itu lebih baik jika tiada kata-kata yang baik...Sungguh lidah ini memang tak bertulang, setiap yang dikatakan akan menguris hati seseorang. 


Semakin banyak kita bicara semakin banyak salahnya, maka diam itu tidak pernah salah, jadi mulai sekarang ada baiknya kita belajar menjadi pendengar dan bukan pembicara, seperti kata orang "Setan itu mencari sahabat-sahabatnya dan ALLAH melindungi kekasih-kekasihNYA" salah satu agar dicintai ALLAH dan menjadi kekasih ALLAH adalah dengan menjadi ahli zikir dan sifat dari para ahli zikir itu, "diamnya zikir, bicaranya dakwah"…

Wallahu'alam

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

Hye semua :)

Keluar rumah je pagi tadi terus terhidu bau asap. Ya Allah, keadaan jerebu makin teruk..rose dengan suami pergi keja naik motor. Nak tak nak terpaksa le redah jugak. Kita semua kena jaga kesihatan dan kena hadkan aktiviti di luar. Kena banykkan minum air kosong untuk menggelakkan macam2 penyakit. Rose juga risau dengan anak dara rose yang ada asma tu..harap2 dia disekolah ok la.

Gambar jerebu dari tingkat atas ofis rose...

Rose kongsi sekali lagi pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia 
berkenaan :

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

 1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

 Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

 2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.

           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong.

           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media masa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA       JEREBU 


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Status
Tahap Pencemaran
Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan

0-50

Baik

Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100

Sederhana

Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200

Tidak sihat

Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300

Sangat tidak menyihatkan

Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai
dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400







Berbahaya








Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.







  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

401-500

Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas

Darurat

Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
  • Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media masa.

Semoga bermanfaat buat kita semua :)