Thursday, February 18

RESEPI OVERNIGHT OATS SEDAP

Hye semua!

Hari ni rose nak berkongsi Resepi Overnight Oats yang paling sedap dan mudah disediakan. Rasanya dah lama famous overnight oats ni..rose jer yang baru nak buat. Sebenarnya rose memang tak suka makan oats ni tapi sebab rose ada niat nak mengurangkan jumlah kolestrol rose sampai ke tahap tak payah makan ubat hospital dah..jadi excited juga la nak cuba buat. Tapi itulah..bila makan oats dengan susu jer memang rasa tak sedap langsung..tapi bila buat overnight oats ni baru selera nak makan..heheheh

Bila overnight oats ni jadi trending, rose pun apa lagi..nak cuba la juga. Kali pertama rose jumpa resepi oats ni memang selera dan sedap...dan ini resepi overnight oats buat kali ke lima yang rose buat..heheheh


Bahan-bahannya :

1/2 cawan Oats
1/2 cawan susu rendah lemak low fat milk
2 sudu yogurt greek
1 sudu kecil madu
Kismis atau Kurma
Buah-buahan (rose letak epal hijau)
Jar /botol kaca (rose guna botol spagetti je, cuci bagi bersih)


Cara-caranya :

1. Masukkan 1/2 cawan oats
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan susu rendak lemak (bergantung banyak mana oats tu)
3. Masukkan 2 sudu yogurt (kalau tak berapa suka boleh letak 1 sudu yogurt)
4. Biarkan semalaman didalam peti ais..esoknya boleh lah dicampurkan dengan buah-buahan segar seperti pisang, epal atau strawberry atau pun boleh campurkan dengan buah kurma atau kismis dan 1 sudu madu.
5. Siap dah sarapan pagi rose...


Seriusly...Yummehhhh
Kalau sarapan pagi overnight oats ni memang akan kenyang sampai ke tengahari..heheheh

4 comments:

  1. Replies
    1. Kalau untuk kurus tu kak ros tak tahu la ika..kak ros makan pun sebab nak kurangkan kolestrol kak ros jer..:)

      Delete
  2. wow. sedap.
    just tu la, aida x brape minat makan oat.
    tak tau plak kalau yg ni sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan oat dgn susu jer ros pun tak lalu aida..ini sbb dh letak yogurt,susu, buah mmg ler sedap..heheheh

      Delete