Wednesday, February 26

KENDURI KAHWIN

selamat malam semua...



Mata masih tak ngantuk..jadi boring2 Sweet Rose update le gambar kahwin anak puan Norkiah ni..kenduri kahwin anaknya tahun lepas 14.12.2013..tak sempat nak update..sibuk sgt masa tu..pn Norkiah ni dulu pegawai di jakoa tempat Sweet Rose bekerja skrg ni..Pn Norkiah ni adalah pegawai yang paling BAIK..suka tolong orang..terlalu banyak jasa dia kat jakoa ni..tapi sedih sbb dia minta tukar ke jabatan lain...dan skrg pun puan Norkiah dah bersara..
Terima Kasih Pn Norkiah..jasa dn kebaikan Mu tetap dalam IngatanKu...


Selamat pengantin baru moga kekal hingga ke Jannah :)


Sunday, February 23

RESEPI COKLAT MUFFIN CAKE

Selamat petang semua...

Hari tu dah cuba guna resepi vanilla Muffin cake...hari ni kita cuba guna resepi untuk Muffin coklat lak...resepi ni jugak saya ambil dalam internet..punye la banyak resepi dalam internet ni..tak tau nak guna yang mana satu...last2 saya terjumpa resepi Muffin coklat yang saya rasa paling senang sekali...so jom kita cuba resepi yang agak sempoi nih...

Bahan-bahan :

11/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan susu segar
1 biji telur - pukul sikit
1/3 cawan minyak atau butter yang dicairkan
1 sudu esen vanila

Cara-cara :

1. Campurkan tepung,gula,serbuk koko,soda bikarbonat,baking powder dan garam. 
2. Ayakkan dan ketepikan. 
3. Dalam bekas lain,campurkan susu,telur,esen vanila dan minyak, kacau rata.
4. Masukkan campuran tepung tadi dan kacau rata. 
5. Sudu kan ke dalam Muffin cup 
6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 200'c.







Selamat mencuba...





Saturday, February 22

RESEPI WAFFER RANGGUP

Selamat petang semua...

Selak punya selak punya la ada banyak versi resepi..ada yang rangup..ada yang perasa limau..coklat dan macam2 la..tapi tak pe kita try dulu resepi mana2..lepas tu baru tahu sedap ke tidak.

Untuk kali pertama ni..Sweet Rose cuba resepi dari blog seseorang...ok kita tengok bahan- bahannya...

Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering ( saya guna Instant Yeast je)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu segar (guna brand Dutch Lady Full Cream Milk)
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
3 sudu besar mentega yang dicairkan (tapi saya guna 1/2 cawan minyak je)
1/2 cawan air panas/suam

Cara-cara :

1. Campurkan tepung gandum,yis kering,gula,garam,minyak,telur,
esen vanila dan susu segar. 
2. Gaulkan kesemuanya dan pukul kan secara perlahan-lahan. 
3. Kemudian,masukkan air panas/suam secara sedikit demi sedikit. 
4. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. 
5. Dan inilah hasil yang saya buat...






Selamat mencuba..

Sunday, February 16

RESEPI VANILLA MUFFIN CAKE

Selamat petang semua..

Vanilla Muffin Cake

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar baking powder
1 cawan susu full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam
3 biji telur
1/2 cawan butter cairkan

Cara-caranya :

1. Ayak tepung,baking powder dan garam
2. Dalam bekas berasingan,satukan susu,telur,gula,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yang dicairkan. 
3. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit kedalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. 
4. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama
5. Sudu kan kedalam acuan Muffin 3/4 penuh.
6. Panaskan oven dalam 180'c dan bakar selama 25 minit.



Selamat mencuba..:)

Saturday, February 8

RESEPI VANILA SPONGE CAKE

Selamat petang semua..

Jom kita cuba resepi Vanila Span Cake pulak...

Bahan-bahan 

6 biji telur
150gm gula castor
1 sudu Esen Vanila
100gm tepung naik sendiri
20gm tepung jagung
80gm mentega (cairkan)
Cara-cara 

1. Masukkan tepung naik sendiri & tepung jagung (kedua-duanya diayak bersama) putar/pukul (jangan pukul terlalu lama,nanti kek akan jadi berat dan 

akan jadi bengkang pula)
2. Putar telur,gula dan esen vanila hingga gebu dan lembut (pekat)
3. Masukkan mentega cair dan putar
4. Tuangkan adunan kedalam loyang bulat 9" yang telah dialas kertas minyak
5. Bakar selama 40 minit pada suhu 180'c (apabila kek sudah masak, ianya akan bangkit apabila ditekan dengan jari)



Selamat Mencuba..:)

Tuesday, February 4

INGATLAH KEPADA IBU

Hye semua :)

Sedihnya hati ku bila terbaca sajak IBU ini...Siapalah Kita..Tanpa Mereka..yang terlalu banyak berkorban membesarkan kita...Hargailah Ibu Kita..Selagi DIA Masih Bernyawa...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. (tapi mak aku kata stakat jenguk mak pun dh cukup...)

Berderai air mata ku...


ingatlah pengorbanan ibuuuuu….



Saturday, February 1

KENDURI KAHWIN 1.2.2014


selamat malam semua...
Gambar ini diambil masa di majlis kenduri kahwin adik kawan suami di Dewan Serbaguna Kg Sg Tapah Manjoi..pengantin perempuannya berasal dari Pulau Pinang..cantik muka pengantin perempuan tu..anak mami..pengantin lelaki tu adik kawan suami..masa masuk dewan tu ada kereta Nissan GTR..anak teruna Sweet Rose suka sangat dengan kereta macam tu..jadi Sweet Rose pun ambil le gambar anak depan kereta Nissan GTR tu..bergaya sekejap depan kereta milik orang...huhuhu..nak beli memang tak mampu le...





" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah