Saturday, November 29

SHAWL IRDINA LONG SHAWL

Hye semua :)

Shawl Irdina ( Long Shawl )

Measurement :
panjang 1.8 meter
Lebar : 0.65meter
Material : shiffon crepe


Warna : Black


Warna : Light Pink


Warna : Purple Terung


Warna : Brick Brown


Warna : Egg Yellow


Warna : Green Kusam


Warna : Mint Green

Dapatkan koleksi Tudung Shawl Irdina ( Long Shawl ) pada harga RM45.00
Postage : RM7 SM / RM10 SS

KOLEKSI CLARA BLOUSE BATCH

Hye semua :)

Clara Blouse Batch 3.0

Size M

Bahu 14.5
Dada 38
Punggung 40
Labuh baju 31
Labuh tgn 22


Size L

Bahu 15
Dada 39
Punggung 40
Labuh baju 31
Labuh tgn 22"


Size XL

Bahu 15
Dada 42
Punggung 43
Labuh baju 31"
Labuh tgn 22"


Ada butang didepan
Getah ditangan





Material : Cotton

Dapatkan koleksi Clara Blouse Batch 3.0 dengan harga RM65.00
Postage : RM9 sm / RM12 ss

KOLEKSI JUBAH SITI ZULAIKHA

Hye semua :)

JUBAH dengan Kombinasi Color yang menarik.

Cutting  Princess Cut  ( Kembang Kebawah ) yang menawan.

Jubah 'Nursing' atau 'Breast Feeding ' friendly bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.

Material Kain Lavenzi Cotton  yang berkualiti TINGGI , Tidak Panas, Tidak Mudah Renyuk.

Kain yang lembut dan "flow" yang cantik dengan tampak kain yang 'Terjatuh' kemas. Hampir Tidak Perlu di Gosok.

Kainnya TIDAK  licin dan TIDAK  jarang.
Pilihan yang tepat untuk koleksi Jubah Elegant anda.

Berleher bulat...berzip di bahagian DEPAN jubah. (12 INCI )

Ada "caft" dan satu butang di bahagian pergelangan tangan.

Kombinasi 2 color yang padan dan menawan si pemakai.

Produk dibawah Koleksi Jubah Siti ZULAIKHA (JSZ)






Dapatkan Koleksi Jubah Siti ZULAIKHAH (JSZ) ini pada harga RM169 (SM) / 
RM174 (SS) - include postage.

Perhatian : Warna pakaian mungkin/akan berbeza sedikit dari gambar yang sebenar kerana faktor pencahayaan.

Friday, November 28

COCOA COLLAGEN POWER PLUS

Hye semua !

Cocoa collagen Power Plus


Kopi Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Harga Pasaran : RM 59.90
Harga Promosi : RM 50.00
Kuantiti : 30 Sachet (3 kotak)
Berat : 750gm / set

Bahan-bahan : Ekstrak Kopi Arabica Brasil, Serbuk Koko, Gula Perang, Dextrose Monohydrate, Oligo Saccharide, Krimer Bukan Tenusu, Marine Collagen, Lobata, Kacip Fatimah.


Penyediaan :-
1 sachet untuk setiap cawan minuman. 1 kali sehari.


Marine Collagen
Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

Kacip Fatimah
Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

Lobata
Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.

Krimer Bukan Tenusu
Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

Dextrose Monohydrate
Melambatkan proses penuaan.

Oligo Saccharide
Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

MANUSIA HARI INI SUKA BERSANGKA-SANGKA

Hye semua !

Selamat tengahari dan salam Jumaat buat semua :)

Manusia hari ini suka bersangka-sangka...
Ada sangkaan BAIK...dan ada sangkaan BURUK...


- Orang beribadah disangka riak
- Orang yang relax disangka malas
- Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
- Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
- Orang makan banyak disangka pelahap
- Orang makan sikit disangka diet
- Orang baik disangka buruk

~ Orang buruk disangka baik
~ Orang senyum disangka mengejek
~ Orang masam disangka merajuk
~ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
~ Orang diam disangka menyendiri
~ Orang menawan disangka pakai susuk
~ Orang nampak ceria disangka membela

Mudah-mudahan kita semua terhindar dari sikap suka bersangka-sangka sesama manusia...samada sangkaan BAIK atau BURUK...sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri sendiri...

Wallahu'alam 

Thursday, November 20

TIP CERIAKAN HIDUP

Hye semua :)

Tip Ceriakan Hidup


Sentiasa bergaul dengan orang keliling. Namun pastikan teman-teman kita itu jenis yang ceria dan berfikiran positif.

Sering bersedekah dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Jangan terlalu mengambil tahu hal orang lain dan jangan sesekali menyebar fitnah.

Hormati hubungan kekeluargaan.

Sesekali raikan teman sama ada di rumah mahu pun di luar. Asyik terperap di rumah boleh mencetus rasa bosan dan mengusir rasa gembira.

Aktifkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan ataupun sukan.

Sentiasa bersifat pemaaf dan elakkan daripada berdendam.

Belajar sesuatu yang baru.

Belajar untuk menggembirakan diri sendiri dan juga orang lain.

Wallahu'alam 



BELAJAR BAGAIMANA UNTUK BERTENANG

Hye semua :)

Belajar bagaimana cara untuk bertenang.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak tiga kali. Ini benar-benar dapat membantu kita tenang bukan sahaja minda tetapi juga membuat badan lebih rehat.

Mengelamunlah mengenai seseorang atau apa sahaja yang boleh membuat kita rasa tenang dan gembira.

Banyakkan senyum dan ketawa. Tertawa dapat mengurangkan ketegangan dan meningkatkan rasa tenang.

Dengarkan irama indah dan lembut. Lagu-lagu seperti itu dikatakan dapat mendamaikan jiwa yang sedang bergolak.

Nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Rajin-rajinlah membaca al-quran.


Wallahu'alam

Wednesday, November 19

KURSUS PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENAMPILAN DIRI WANITA

Hye semua :)

Kursus penjagaan kesihatan dan penampilan diri wanita orang asli negeri perak pada 10hb hingga 12hb November 2014 di Hotel Symphony Ipoh Perak. Kursusnya dah lama berlalu, hari ni baru teringat nak upload gambar dan update status, ingat balik kursus hari tu nk update le terus tapi sibuk macam2 benda nak kena buat..bila dah lama paham2 je la, terus terlupa. Jom kita layan sekejap foto2 program kursus yang rose hadir dan sedikit pendedahan mengenai orang asli.


Kursus Penjagaan Kesihatan dan penampilan Diri Wanita Orang Asli Negeri Perak ini disertai seramai 100 orang peserta dari 5 buah daerah iaitu Batang padang, Kinta, Perak Tengah / Hilir Perak, Hulu perak dan Kuala Kangsar. Penglibatan peserta dalam kursus ini adalah dari pelbagai peringkat umur. Kursus ini juga mendapat kerjasama dari agengi-agensi luar iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan seperti pap smear, payudara dan lain2 lagi. Agensi berkaitan kerjaya iaitu La Joise Sdn.Bhd turut serta hadir bagi memberi ceramah dalam soal penjagaan dan penampilan diri. 


Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli khusus golongan wanita dalam penjagaan kesihatan sebagai tunggak utama dan penting dalam hidup seharian.

Majoriti masyarakat orang asli masih kurang pengetahuan mengenai penjagaan dari spek kesihatan. Justeru itu, pihak jabatan ini menitikkan soal kesihatan bagi mengurangkan kadar penyakit yang sering menghantui kaum wanita pada zaman ini.

Sasaran utama kursus ini adalah golongan wanita yang telah berkahwin sebagai ibu untuk memberi pendedahan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran tempat tinggal. Bagi golongan belia pula ianya merupakan satu titik permulaan dalam penjagaan kesihatan.

Ucapan dari wakil peserta orang asli

Ucapan oleh YB.Dato' Hajjah Rusnah 

Ucapan oleh Timbalan Pengarah JAKOA Perak
Puan Tijah Bt Hassan

Pengacara majlis Puan Noorliza bt Masdar
merdu suaranya..suka dengar :)

Urusetia Program Cik Milah Bah Boi dan Cik Norizan
korang memang best :)

Bersama urusetia program dari Ipoh dan Daerah.

Urusetia yang comel2 belaka :)

Menunggu kehadiran YB Dato' Hajjah Rusnah :)

Hamper dan sijil untuk peserta yang hadir.

Buku program untuk tetamu VIP.

Hamper dan sijil untuk lima daerah.

Sebelum majlis selesai kami bergambar dulu di tingkat 10..
tinggi tu..hehehe...

Pink lagi :)

Bersama rakan ofis dan rakan sebilik :)

Ceramah oleh LPPKN mengenai khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan.

Urusetia Milah bersama CEO La'Joise Sdn. Bhd

CEO La'Joise turut memberi ceramah dalam soal penjagaan 
dan penampilan diri..sebelum aktiviti bersolek dan berdandan dimulakan.

Grooming dan penampilan diri...kita tengok peserta mana bertuah yang akan 
di solek dan di dandan oleh La'Joisela...

Inilah peserta yang bertuah tu :)

Sebelum dan selepas...

Tu diaaa...dah comel dah..

Before and after...selepas di mekapkan :)

Puan Tijah bersama salah seorang peserta orang asli yang kebetulan hari 
lahirnya sama tarikh program.

Inilah kek harijadi nya..coklat lagi :)

Selesai sudah Program Kursus Penjagaan Kesihatan Dan Penampilan Diri Wanita Orang Asli Tahun 2014 di Hotel Symphony Ipoh Perak selama 3 hari 2 malam. Bermacam-macam pengalaman yang rose dapat dari kursus ini. Terima kasih pada semua urusetia..korang memang best..kalau ada rezeki kita jumpa lagi dilain kursus ye..itu pun kalau Cik Milah sudi ajak kita lagi la..hehehe... 

Tuesday, November 18

TERIMA KASIH ALLAH

Hye...selamat petang semua :)


Ya Allah..
Ada saatnya aku bahagia,
ada ketikanya aku terluka,
nafasku yang sederhana ini, lelah seketika.
Tetapi Kau masih dakapku dengan cintaMu.
Indah, semangat berulang semula.
Walau air mata mengalir hiba.
Di sisiku, Kau tetap ada..
Terima Kasih Allah.

Monday, November 17

MANISNYA BERSAHABAT JIKA KITA TAHU MENGHARGAINYA !

Hye semua :)

Sedikit perkongsian yang ingin rose ceritakan, mengenai seorang teman yang terlalu percaya pada sahabatnya sehingga sahabatnya sendiri memburukkan dirinya dibelakang. Bukan untuk mengaibkan sesiapa pun tapi sekadar ingat mengingati sesama kita supaya jadilah seorang sahabat yang baik, seorang sahabat yang boleh menjaga aib kita kerana sebaik-baik kawan adalah kawan yang simpan aib kita.


Dia rakan baikku. Sama-sama berkongsi cerita, gelak tawa, menangis dan rasa sedih serta gembira. Bagi diriku dia adalah satu-satunya rakan yang boleh dipercayai. Rahsia aku adalah rahsianya jugak. Tapi sayangnya, dalam diam dia menyebarkan fitnah dan menikam aku dari belakang. Sudahnya, habis rahsia aku diceritakan pada orang lain malah ada yang mempercayai sehingga ada yang membenci dan memandang serong pada diri ku.

Kadangkala aku sendiri pun tidak sedar dengan kehadiran rakan seperti ini. Mana taknya, didepan aku bukan main baik lagi, kononnya akulah sahabat sejatinya, sahabat karibnya, sahabat yang paling banyak mendengar luahan hatinya dan sahabatnya dunia akhirat. Dalam diri, langsung tidak menghargai apa yang telah aku lakukan. Selepas ini aku kena lebih berhati2 dengan sahabat seperti ini. Selepas ini juga aku harus berfikir sebelum berkongsi rahsia dengan rakan baik, supaya rahsia aku tidak bocor dan tidak mudah untuk dia mencanang sana sini. Kerana hati manusia kita tidak tahu.

Rasa sakit hati apabila kawan atau orang yang kita percaya tikam kita dari belakang dan sakitnya itu terkesan sampai bila-bila, kalau ikut hati yang tengah marah ni aku takkan memaafkan orang yang buat macam tu kat aku..suka mencanang kisah aku pada orang lain..sedangkan aku tidak suka memburukkan hal peribadi dia pada orang lain. Aku percaya kat dia 100% sampai aku sanggup cerita kisah hidup aku kat dia, tapi sayang belakang aku dia bercerita balik kisah aku pada orang lain. Rasa sedih sangat2..tapi silap aku jugak kerana terlalu percaya 100% pada rakan sendiri tanpa usul periksa mengenai dirinya. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang diri dia macam tu, kerana dia terlalu baik dengan aku. Dah banyak kali orang pesan pada aku jangan terlalu percaya pada dia, berhati2 kalau nak bersembang, tapi masa tu aku tak percaya dengan kata2 orang lain kerana aku percaya dia seorang yang baik.

Jadi selepas ni aku kena lebih berhati-hati dalam memilih kawan supaya aku tidak ditikam dari belakang lagi. Kerana aku percaya sahabat yang 'depan lain belakang lain' ini memang ada di mana-mana.  Semoga kita boleh menjadi teman atau sahabat sebaiknya :)


Sahabat...

Hargailah bila bersahabat,
Sayangilah bila bersama,
Maafkanlah bila terluka,
Rinduilah bila berjauhan,
Fahamilah bila keliru,
Nasihatilah bila terleka dan,
Tegurlah bila tersilap.

...manisnya bersahabat jika kita tahu menilai dan menghargainya..:)

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah