Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Monday, September 14

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

Hye semua :)

Keluar rumah je pagi tadi terus terhidu bau asap. Ya Allah, keadaan jerebu makin teruk..rose dengan suami pergi keja naik motor. Nak tak nak terpaksa le redah jugak. Kita semua kena jaga kesihatan dan kena hadkan aktiviti di luar. Kena banykkan minum air kosong untuk menggelakkan macam2 penyakit. Rose juga risau dengan anak dara rose yang ada asma tu..harap2 dia disekolah ok la.

Gambar jerebu dari tingkat atas ofis rose...

Rose kongsi sekali lagi pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia 
berkenaan :

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

 1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

 Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

 2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.

           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong.

           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media masa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA       JEREBU 


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Status
Tahap Pencemaran
Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan

0-50

Baik

Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100

Sederhana

Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200

Tidak sihat

Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300

Sangat tidak menyihatkan

Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai
dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400







Berbahaya








Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.







  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

401-500

Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas

Darurat

Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
  • Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media masa.

Semoga bermanfaat buat kita semua :)


Wednesday, January 7

PILIHLAH MAKANAN ENAK TETAPI BERKHASIAT

Hye semua !

Antara sebab yang sering dijadikan alasan mengapa banyak antara kita yang tidak menggemari makanan yang dikategorikan sebagai sihat ini kerana kita merasakan makanan tersebut tidak sesedap makanan yang kurang sihat.

Sebenarnya banyak yang salah dengan persepsi sedap atau tidak makanan berkhasiat ini kerana tidak semestinya sesuatu yang baik untuk kita mempunyai rasa yang jelik. Andai semua makanan berkhasiat yang kita makan rasanya tidak menyelerakan, besar kemungkinan kita tidak membuat pemilihan yang betul. Malahan ada banyak cara yang boleh kita jadikan makanan sihat sebagai suatu yang enak dan menyelerakan. Disini ada beberapa cara yang boleh kita ambil kira.


Cuba Alternatif Baru

Industri pemakanan sihat dan berkhasiat telah banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan kesedaran mengenai hal ini semakin meningkat, banyak produk-produk baru yang sihat dan berkhasiat boleh didapati dengan mudah. Lain kali apabila kita ke kedai atau pasaraya,lihat disekeliling dan kita pasti akan dapati banyak pilihan yang ada. Malahan ada banyak makanan yang suatu ketika dahulu dilabelkan sebagai kurang sihat kini diperkaya dan menjadi lebih sihat untuk dinikmati. Cuba produk-produk makanan tersebut dan kita pasti berasa terkesima dengan rasanya.

Sediakan Makanan Kita Sendiri

Dewasa ini terdapat banyak produk makanan yang sedia dimasak,misalnya makanan dingin beku,makanan di pek mahupun yang sedia dimasak untuk kita nikmati pada bila-bila masa. Namun harus diingat bahawa mudah tidak semestinya sihat dan banyak makanan yang dipasarkan sebagai makanan sihat mempunyai rasa yang kurang menyelerakan.

Sebenarnya lebih mudah dan sedap jika kita menyediakan sendiri makanan kita. Andai tidak punya masa, jalan paling mudah ialah dengan memasak beberapa jenis makanan pada hari kita tidak sibuk dan menyimpannya dalam pendingin beku. Dengan cara ini ia bukan sahaja memudahkan kita tetapi juga mempunyai makanan sihat yang enak dan mengikut cita rasa kita.

Tambahkan Rempah Ratus

Cara terbaik untuk menambah rasa tanpa menambah terlalu banyak lemak, kalori ataupun serbuk perasa ialah dengan menggunakan rempah ratus.
Ingatlah, garam bukannya satu-satu bahan perasa yang boleh ditambahkan pada makanan. Cubalah lain-lain perasa atau rempah ratus sehingga kita temui satu yang paling sesuai dengan selera kita.

Lebihkan Buah-Buahan

Apabila kita terasa ingin makan sesuatu yang manis seperti gula-gula ataupun coklat, makanlah buah-buahan kerana ia bukan sahaja berupaya mengatasi keinginan tersebut. Pada masa akan datang, andai kita tidak mahu makan nasi ataupun mi ketika makan tengah hari, kunyahlah sebiji buah, contohnya epal. Untuk makan malam pula jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut, makanan sampingan ataupun bahan yang ditambahkan pada menu utama.

Buah-buahan memberikan kita banyak vitamin dan mineral dan ia memenuhi keinginan kita pada benda-benda manis seperti gula-gula dan lain-lain. Selain itu, andai ada mesin membuat jus, buatlah jus daripada pelbagai sayur-sayuran dan tambahkan keenakannya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Dengan cara ini kita bukan sahaja mendapat kebaikan buah-buahan, tetapi juga sayur-sayuran. 

Makan Snek Yang Berkhasiat

Menyimpan stok snek berkhasiat sama ada dirumah, dalam tas tangan mahupun di pejabat (bagi yang masih bekerja) adalah satu idea yang baik, ia bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberikan kita nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Kini yakin bahawa kita mempunyai banyak pilihan makanan sihat dan berkhasiat dengan rasa yang lebih enak dan menyelerakan..Jadi lain kali apabila kita berbelanja di pasaraya, lupakanlah makanan segera yang tidak sihat, tetapi penuhkan troli dengan pelbagai pilihan sihat yang menguntungkan. Selain itu ingatlah bahawa makan bukan sahaja untuk kenyang, tetapi juga membuat kita lebih kreatif!

Wallahu'alam

PENJAGAAN KUKU TANGAN DAN KUKU KAKI

Hye semua !

Kuku perlu dijaga dengan baik supaya tidak menjadi tempat berkumpulnya bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Sedikit perkongsian dan penjagaan kuku tangan dan kuku kaki.

Panduan Penjagaan Kuku Tangan


- Potong kuku dalam keadaan kuku lembap. Seelok-eloknya selepas mandi atau basuh tangan dahulu sebelum proses memotong kuku.

- Potong kuku mengikut bentuk tetapi jangan terlalu pendek bimbang menyakitkan.

- Mengikis hujung kuku yang baru dipotong dapat membuatkan kuku tidak bergeriji.

- Mengurut jari-jemari anda perlahan-lahan sebelum tidur juga boleh diamalkan unuk membuatkan bahagian ini lebih selesa.

- sapukan losen untuk membuatkan kuku lebih lembut dan juga bahagaian seluruh tapak tangan.

Panduan Penjagaan Kuku Kaki


- Kuku kaki lebih keras dan besar berbanding kuku tangan. Justeru beli sepit kuku lain yang khas untuk kuku kaki anda.

- Biasakan rendam dulu kaki dalam air hangat sebelum memotong kuku kaki supaya kuku lebih lembut untuk memudahkan proses pemotongan.

- Jangan potong kuku terlalu pendek terutama pada bahagian tepi bagi mengelakkan kesan kuku cengkam.

- Selepas memotong kuku, kikis bahagian hujung kuku tersebut untuk mengelakkan kesan bergeriji.

Untuk Kuku Lebih Sihat

Potong kuku seminggu sekali.
Pastikan kaki dan kuku sentiasa kering untuk elak masalah kaki berbau.
Makan makanan berkhasiat seperti ikan tuna dan beras perang untuk 
kuku lebih kuat.
Jangan gigit kuku kerana menjadikan kuku kelihatan hodoh.

Selamat menjaga kuku tangan dan kuku kaki :)

Tuesday, January 6

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN YANG KITA AMBIL


Hye semua !

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI

Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....

Sumber dari : FB Anggun Mempersona

Tuesday, December 16

TEH SEMBUHKAN LUKA

Hye semua :)

Teh bukan sekadar enak diminum. Sebaliknya, ia juga boleh digunakan untuk merawat dan menyembuhkan luka di samping menghilangkan kesan terbakar akibat pancaran matahari pada kulit.


Cara-caranya :

Hanya tampalkan kapas yang telah dibasahkan dengan air rebusan teh hijau atau hitam diatas luka selama lima minit.

Manakala kulit yang terbakar akibat sinaran matahari pula boleh dihilangkan dengan menampal kapas yang dibasahi air teh selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kulit terasa dingin..mudah je kan.

Selamat mencuba :)


7 PERKARA JANGAN DILAKUKAN SELEPAS MAKAN

Hye semua :)

Apakah tabiat yang sering anda lakukan selepas makan? Apa yang kita lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita. Jika anda sering mengamalkan perkara dibawah, cuba hentikan dari sekarang.


1. Makan Buah
Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini salah kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan, akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan. 

2. Minum Teh
Asid yang terkandung didalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Seterusnya makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.

3. Mandi
Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan,kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

4. Banyak Berjalan
Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5. Tidur
Sikap anda yang gemar terus tidur sebaik sahaja makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarak kan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

6. Merokok
Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7. Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.

- Petikan dari Keluarga Harmoni -


Thursday, December 11

SAFI - FEMININE HYGIENE FOAM WASH

Hye semua !

Hari ni rose nak share sikit dengan korang pasal kebaikan Buih Pembersih Peribadi Wanita Dengan Ekstrak Manjakani - Selamat dan suci untuk digunakan. Pertama kali menggunakannya memang terasa best sangat2...rasa berangin dan sejuk je..hehehe..jom kita baca kebaikan pembersih peribadi wanita keluaran SAFI ini...


Untuk keharmonian, keselesaan & kesejahteraan keintiman.
Diilham berasakan penggunaan secara tradisional yang telah lama terbukti sejak berzaman lamanya, kini Rangkaian Buih Pembersih Peribadi Wanita SAFI menggabungkan kebaikan tradisi berserta rumusan saintifik untuk menghasilkan bahan pembersih yang amat sesuai untuk wanita. Ia diperkaya dengan ekstrak bahan2 semulajadi seperti Manjakani, Aloe Vera dan Kacip FATIMAH yang telah lama dipercayai untuk penjagaan peribadi wanita. formulasi ya dapat membersihkan secara lembut di samping memastikan bahawa keseimbangan semulajadi bahagian intim kekal pada tahap ph 3.5, lantas memberikan anda kesegaran yang berpanjangan setiap hari.

Kandungan Vitamin E pula membekalkan antioksidan yang berupaya melindungi sel2 kulit. Selain itu, pengguna juga dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat semulajadi yang terkandung didalamnya. Pelbagai isu bahagian intim wanita dapat diatasi dengan berkesan sekiranya kita sentiasa peka terhadap bahan pembersih yang digunakan.

Rangkaian Buih Pembersih Peribadi Wanita SAFI ini merupakan rumusan tanpa sabun yang amat lembut dan berkesan dalam memberikan rasa yang selesa sepanjang hari. Ia selamat digunakan sekerap mana yang perlu. Ia juga disyorkan untuk kegunaan ketika kedatangan haid, sebelum dan selepas bulan madu serta sewaktu tempoh pantang bersalin.

Rangkaian Buih Pembersih Peribadi Wanita SAFI adalah jawapan anda untuk kesegaran sepanjang hari.

Kebaikan Manjakani

- Untuk merapatkan keharmonian keintiman.
- Kaya dengan tanin, asid tanik, kalsium, besi, karbohidrat 
- Membantu mencegah ketidakselesaan 

Kebaikan Aloe Vera

- Untuk menggalakkan keselesaan keintiman
- Kaya dengan Vitamin A,C,E,B12,Folic Acid dan Choline
- Mengandungi 20 jenis asid amino
- Sesuai untuk kulit sensitif

Kebaikan Kacip Fatimah

- untuk mengeratkan kesejahteraan keintiman
- Membantu mengekalkan kebersihan bahagian intim
- Menyediakan bahagian intim dengan lapisan pelindung semulajadi
- Membantu mengatasi rasa ketidakselesaan untuk kebebasan berpanjangan




Friday, December 5

RAPATKAN DIRI DENGAN OREN

Hye semua !

Oren sangat padat dengan vitamin C, mengandungi kalsium, potasium juga vitamin A dan secara praktis tidak mengandungi sodium. Oren ialah sumber yang baik untuk serat diet dan selaput putihnya kaya dengan pektin yang dapat membantu mengurangkan kolesterol darah. Sebaik-baiknya setiap orang harus makan sebiji oren sehari.


Oren juga merupakan sumber asid folik ketika anak2 tidak mengambil sayuran hijau yang mencukupi.

Ulasan oren mengandungi lebih banyak vitamin C dibandingkan dengan bahagian lain buah itu. Tanpa ulasan, sebiji oren berukuran sedang menyediakan kira2 66 mg vitamin C, 100 peratus daripada keperluan diet tetap seorang dewasa.

Oren harus disimpan didalam peti sejuk untuk mengawetkan vitamin C yang dikandungnya.

Sunday, November 9

ADAKAH KESUNYIAN ITU PENYAKIT

Hye semua :)

Benarkah bahawa kesunyian itu boleh menjadi penyebab kita ditimpa penyakit. Bunyinya agak kelakar kan..Namun realitinya memang amat menyakitkan. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka yang sering berasa kesunyian walaupun sedang dikelilingi oleh teman dan keluarga selalunya memiliki tahap kesihatan yang rendah. Dan keadaan ini lebih jelas terlihat pada golongan berusia.

Menurut kajian tersebut rasa sunyi akan menyebabkan stres, mengakibatkan hilang sistem pertahanan tubuh akan menjadi rendah sehingga menyebabkan diri mudah diserang penyakit.

Lalu apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini..antaranya adalah dengan memastikan diri sentiasa aktif, rapat dengan keluarga atau kawan2 dan yang utama dekatkan diri dengan Allah.


Sekadar perkongsian dan renungan :)

Wallahu'alam 

Thursday, October 23

KHASIAT ULAM

Hye semua :)

Ketahui kepelbagaian Khasiat Ulam 


Ulam adalah antara hidangan yang biasa dimakan terutama masyarakat melayu dalam pengambilan makanan harian. Ulam boleh didapati disekitar kawasan rumah namun khasiatnya amat tinggi sekali. Pelbagai bahagian tumbuhan boleh dijadikan ulam seperti pucuk,daun,umbut,buah mahupun bunga.

Ulam boleh dimakan secara mentah atau dicelur menggunakan air panas. Bagi menabah keenakan ulam,biasanya ulam dimakan dengan menggunakan pencicah seperti sambal belacan,cencaluk atau budu. Ulam yang dimakan begitu sahaja lebih menyihatkan kerana pencicah selalunya mengandungi banyak garam.

Selain ulam yang disebutkan di atas,ada juga sayur yang dijadikan sebagai ulam seperti terung,kacang bendi,timun,kubis dan kacang panjang. Terung dan kacang bendi selalunya dicelur dahulu sebelum dimakan. Manakala kacang panjang dan timun akan dimakan mentah sahaja.

Ulam yang dianggap makanan kampung dan kini ditanam secara komersial kerana permintaan yang tinggi oleh masyarakat awam termasuklah di restoran mewah. Memakan ulam memang dapat meningkatkan kesihatan kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Malah ada juga nasi ulam atau dikenali juga nasi kerabu yang mengandungi pelbagai sayuran didalamnya.

Kebaikan Ulam Daripada Seratnya

Ulam mengandungi banyak galian seperti mineral dan vitamin. Justeru memakan ulam secara mentah sebenarnya lebih elok kerana dapat mengekalkan kandungan khasiat didalamnya. Merebus atau mecelur ulam boleh menghilangkan sedikit sebanyak khasiat ulam tersebut. Mencelur atau merebus ulam boleh memusnahkan khasiat seperti kalium,fosforus,zat besi,natrium dan kalium dalam ulam disebabkan oleh haba. Antara ulam yang mempunyai kandungan khasiat tinggi seperti kalsium,fosforus dan zat besi ialah daun kaduk.

Kebaikan paling utama dalam khasiat ulam ialah kandungan seratnya yang tinggi. Serat ini membantu sistem penghadaman manusia kerana boleh membantu memudahkan pelancaran sistem pembuangan air besar.

Kebaikan Ulam Untuk Kesihatan

Ulam juga termasuk dalam golongan herba yang diakui kebaikannya kepada kesihatan manusia dan ulam berasaskan tumbuhan semulajadi. Apatah lagi ulam dimakan mentah dan segala kandungan khasiatnya kekal tidak terusik. 

Daun pegaga dikatakan boleh membantu meningkatkan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Selain itu boleh juga membantu sistem peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan sangat bagus dimakan kerana boleh membantu mengurangkan risiko masalah kerapuhan tulang terutama bagi kalangan wanita.

Selain itu jering juga elok dimakan kerana mengandungi sebatian alkaloid pelawas yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Secara tidak langsung,jering boleh membantu seseorang yang mempunyai masalah pembuangan air kecil terutama kalangan lelaki. 

Bagi pesakit kencing manis, memakan jering dalam jumlah sedikit tetapi berterusan boleh membantu mengurangkan sedikit masalah kencing manis. Hal ini disebabkan oleh khasiat jering yang dapat meneutralkan kendungan gula dalam badan seseorang.

Lepas ni kena banyak makan ulam le nampaknya..rose sendiri pun kurang suka makan ulam..rose hanya suka makan kacang bendi je..hikhikhik..

Thursday, October 2

KEBAIKAN BUAH AVOKADO

Hye semua...

Kebaikan buah Avokado


Buah Avakado atau nama saintifiknya ‘persea Americana’ mempunyai pelbagai khasiat yang mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit.

Masalah kesihatan seperti sakit jantung, penglihatan dan kanser dapat dijauhi dengan amalan memakan buah ini. Jika mahu,kita boleh buat jus tetapi pastikan ianya segar ya!

6  khasiat yang dijamin oleh buah avocado.

Mengawal tekanan darah

Avokado dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi  kerana buah ini mengandungi potassium yang dapat menstabilkan tekanan darah.

Kesihatan mata

Sumber karotenoid dan phytonutrient yang terkandung dalam buah ini membantu melindungi mata anda. Ambil dua biji setiap seminggu.

Anti- kanser

Banyak kajian telah membuktikan bahawa buah Avakoda mampu menghalang pertumbuhan sel sel pra kanser. Ini disebabkan kandungan folat, vitamin C dan E serta antioksidan yang terdapat dalam buah ini dapat membunuh sel-sel kanser terutama sel kanser payu dara. 

Kulit yang cerah dan sihat

Kalau anda perasan, banyak kosmetik di pasaran mempunyai bahan yang diambil daripada buah Avokado. Ini kerana Avokado membersihkan kulit anda dan memberi keserian secara semula jadi. Buatlah mask muka menggunakan buah ini, mesti anda dapat lihat perubahannya! Masalah kulit seperti kemerahan juga dapat diatasi.  

Kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mencegah penyakit jantung. Ini kerana Vitamin B6 dan asid folik dapat mengawal tahap homocysteine, yang merupakan punca utama sakit jantung. Tambahan, vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu dalam avokado dapat mengekalkan jantung yang sihat sepanjang masa.

Hindari sengal tulang

Avokado yang mengandungi protein,zat besi,fostorus,kalsium,sodium potassium,vitamin A dan niasin merupakan sejenis buah yang boleh membantu mengatasi masalah sengal tulang. Avokado berasal dari Negara beriklim separuh tropika. Sebiji avocado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi yang membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutama di bahagian leher,siku,pergelangan tangan dan sebagainya sekali gus menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Tuesday, July 1

10 TIPS MUDAH UNTUK TANGANI STRES

Hye semua..:)

10 Tips Mudah Untuk Tangani Stres


1. Bertenang dapat membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres diperingkat permulaan.

2. Bernafas melalui abdomen adalah cara penafasan terbaik. Caranya dengan menarik nafas dengan lebih perlahan,panjang dan lebih dalam.

3. Berkata kepada diri,'relakslah' sekiranya berhadapan dengan masalah. Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

4. Perbanyakkan beribadat seperti berzikir dan berdoa kerana amalan tersebut dapat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

5. Berkongsi perasaan atau masalah dengan seseorang. Jangan pendam sesuatu masalah,sebaliknya kongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.

6. Berurut juga antara cara yang berkesan melegakan stres. Dalam keadaan itu,otot-otot dileher,kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut juga boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

7. Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran. Membaca al-quran juga dapat menenangkan hati dan jiwa kita yang tengah kusut dan stres.

8. Aktiviti riadah seperti berkelah,berenang,mendaki bukit atau gunung,berkhemah dan melakukan aktiviti yang disukai dapat menangani masalah ini.

9. Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin. Ia akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

10. Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Semoga kita semua dapat mengelakkan diri dari terjadinya perkara tersebut dan kita haruslah bijak menanganinya.

Wallahu'alam



Saturday, June 14

JOM DIET - KEBAIKAN BUAH LEMON

Selamat malam semua ^_^
Kata orang minum air lemon diwaktu pagi mempunyai banyak manfaatnya. Secara umumnya kita akan mendapatkan secawan kopi atau teh pada waktu pagi. Jadi kenapa tidak kita menggantikan secawan kopi atau teh dengan air lemon panas atau suam. Jom kita baca khasiat buah lemon ini..:)


Khasiat Buah Lemon

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan

Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 


Keseimbangan PH

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 


Membantu masalah mengurangkan berat badan

Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 


Masalah penghadaman

Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 


Pembersihan air kencing

Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.


Asyik kongsi petua kuruskan badan je rose ni. Badan sendiri pun dah makin berisi..lemak makin berkumpul kat peha ni..huhu...ntah bila le rose nak diet ni..puasa pun dah hampir dekat ni..harap2 bulan puasa nanti dapat le kuruskan badan sikit..hehehe...



" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah