Thursday, December 9

FAMILY DAY DI TELUK BATIK, LUMUT

 Hai sahabat rose semua !!!

Kali ini belah rose pulak buat family day. Pada 13.11.2021 family belah mak rose mengadakan trip Family Day PakWanChik. Pada hari tersebut saudara mara, adik beradik rose saja yang bertolak awal tengahari ke Teluk Batik. Rose, suami dan anak2 saja yang bertolak lambat pada jam 3 petang sebab suami ros ada games badminton dan rose pun sibuk buat kek untuk di bawa ke Teluk Batik. 



Rose saudara mara dan adik beradik menginap di Chalet yang terletak betul-betul dekat Teluk Batik. Chalet lain semua dah penuh terpaksa jugak ambik chalet yang ada ini. Chalet yang rose menginap ini ada 2 bilik tidur, 1 bilik air dan ada ruang tamu, ada aircond di setiap bilik dan ada kipas di ruang tamu. Tapi rose tak puas hati duduk kat chalet sini sebab ruang tamu kosong dengan takde kerusi apa pun.  Sinki air pun melimpah bila buka air. Air aircond bilik no 2 pun sama bocor air keluar sampai basah tilam. Nasib menginap 2 hari 1 malam ja. Rose rasa mungkin sebab PKP lama tu sebab banyak kerosakan.




Dipendekkan cerita, masa sampai tu rose, suami dan anak2 terus ke pantai jumpa saudara mara dan adik beradik yang dah lama lepak kat pantai. Siap depa pasang khemah awal2 lagi, ye la rose sampai kat pantai pun dah jam 6 petang. Sampai ja suami terus mandi, rose memang tak la nak mandi kat pantai tu...fobia dah pernah lemas suatu ketika dulu...hehehe.



Waktu malam lepas solat isyak baru rose dan family keluar jumpa saudara mara untuk bbq depan pantai. Cadang mula-mula nak buat bbq depan chalet ja tapi pakcik rose seorang ni beria-ria nak buat bbq depan pantai jugak, kita orang ikutkan je la. Memang penat sikit la sebab nak angkut meja, kerusi, barang-barang bbq dan makanan semua. Kalau chalet buka ja pintu terus nampak pantai ok la jugak, ini nak kena jalan jauh jugak la ke pantai tu. Tapi takpa la, penat-penat pun happy berkumpul ramai-ramai dan siap ada karoke lagi.


Selesai bbq kami mengemas dan kami semua balik ke chalet masing-masing. Balik tidur tak sabar nak tunggu esok pagi naik bot pusing pulau, selfie dengan saudara mara semua...hehehe.


Ahad 14.11.2021 kami semua mengemas barang-barang dan letak dalam kereta  siap-siap, sebab check out jam 12 tghri. Risau tengah seronok kat pantai dengan aktiviti dan naik bot nanti tak sempat nak kemas barang pulak. OK..Selesai bab mengemas, kami terus ke pantai untuk sarapan pagi.


Lepas tu kami sewa bot ramai-ramai pusing pulau situ. Bot yang rose sewa ni kira 1 kepala rm7 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak. Tak silap ros dulu-dulu kalau nak sewa satu bot tu RM70 ja tapi sekarang kira satu kepala, lagi untung kira macam tu, pandai depa kan...hehehe. 



Selesai naik bot kita orang buat aktiviti pertukaran hadiah dari setiap keluaraga dan goodies untuk kanak-kanak. Tak perlu risau sebab semua keluarga akan dapat 1 hadiah, cuma besar kecil je la....hehehe



Selesai program semua, kami sesama ahli keluarga bergambar sebelum balik. Mula-mula bergambar dengan keluarga masing-masing dulu dan akhir sekali baru bergambar kenangan ramai-ramai dengan semua keluarga.

Terima kasih pada saudara mara dan adik beradik semua kerana menjayakan family day keluarga besar PakWanChik. Ada rezeki tahun depan kita berjumpa lagi di tempat lain pulak.


Kat mana pun kita pergi, keluarga, adik beradik dan saudara mara tetap yang pertama dalam hidup kita. Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah...Aamiin


Chalet Impian Teluk Batik
Lot 1, Kawasan Peranginan,
Pantai Teluk Batik,
32200 Lumut Perak.
017-4034314


Tuesday, December 7

FAMILY DAY & MAJLIS ANAK SAUDARA DI HOMESTAY&CHALET D'ASIA, BOTA PERAK

 Hai sahabat rose semua !!!

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun tiada family day belah suami (seingat rose last family day belah suami di rumah Perak, Penang pada 8.5.2005) akhirnya tahun ni berkumpul lagi untuk family day sekali majlis kenal suai dua orang anak saudara yang baru mendirikan rumahtangga pada tarikh 17.9.2021 iaitu hakim bersama isteri dan zarith bersama suami. Family day kali ni diadakan di Homestay & Chalet D'Asia, Bota.

Memandangkan adik beradik belah suami ramai, semua dah ada family dan anak-anak jadi kawasan chalet tu abg ipar book semua, tak bercampur dengan org luar. Chalet situ ada 3 chalet kayu, 4 chalet batu dan 1 dom. Bilik chalet ni nak kata besar tak besar sangat tapi selesa la untuk duduk 1 family dalam 5 orang. Dom pulak ada 3 katil queen dan 3 katil bujang. Surau jugak ada disediakan.

Yang bestnya chalet disini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jugak disediakan tempat untuk BBQ dan dapur untuk memasak. 

Kolam renang dewasa dan kanak-kanak

Tempat untuk BBQ

Tempat memasak dan makan 

Dapat hadiah daripada abg long ayah pengantin lelaki

Bergambar kenangan bersama pengantin baru hakim & zarith

Bergambar kenangan bersama adik ipar dan biras2

Akhir sekali sebelum balik kami semua bergambar dulu 😍

Korang nak suasana kampung yang ada dusun buah boleh la datang bercuti di Homestay&Chalet D'Asia ni. Sebab kalau musim berbuah memang best giler sebab boleh makan buah. Pool di situ pun best besar, ada untuk dewasa dan kanak2. Kalau korang kaki pancing jangan risau, Sg Perak kat sebelah saje. Korang boleh pancing sebab bot pun ada disediakan kalau korang nak guna.


Homestay & Chalet D'Asia
Jalan Kampung Tanjung,
Gelugor 32600 Bota Kanan, 
Perak Darul Ridzuan.
013-2284915

Thursday, December 2

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI & YUSOF

 Hai semua!!!!

Story ni dah lama, tahun lepas tapi baru ada masa nak update nya. Jodoh pertemuan ajal maut semua sudah tertulis. Selamat pengantin baru sahabatku Siti Rafeah & Yusof Puteh. 


Dari mula rose pertemukan mereka berdua akhirnya ke jinjang pelamin jugak. Rose kenalkan siti dengan yusof pada akhir bulan 30/9/2020 di kedai makan Tok Mat Tambun. Perkenalan mereka berdua tak lama sebulan saja dan mereka berdua masing2 setuju untuk disatukan pada tarikh 31.10.2020 di Pejabat Agama Ipoh. Rose dan suami menemani mereka berdua dari malam, awal pagi nikah hingga ke Majlis Kenduri Kahwin di Beruas.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat korang berdua Semoga Jodoh Berkekalan Hingga ke Jannah...Aamiin


Thursday, January 7

KEDAI MAKAN TOK MAT TAMBUN, SUNWAY CITY

Hai semua!!!!

Kisah kali ni mengenai sahabat yg rose dah anggap seperti adik sendiri, dia lebih muda dari rose. Siti ni ibu tunggal dan mempunyai empat orang cahaya mata. Arwah suami siti dah 3 tahun meninggal sakit jantung. Sahabat baik suami rose en.yusof minta kami cari kan jodoh untuk menggantikan tempat arwah isteri dia, arwah isteri dia meninggal sakit kanser.


Pada awalnya rose tak berani jugak nak jodoh2 kan orang. Risau jadi apa2 nanti kami dipersalahkan. Tapi dah lama kenal dgn kawan suami ni dari tahun 1997 lagi. Suami ros pulak berkawan dari tahun 1994, itu yg buat rose yakin nak satukan mereka berdua.

Perkenalan pertama rose temukan mereka berdua di kedai makan Tok Mat Tambun.  Kawan suami rose namanya En.Yusof Puteh Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negeri Perak dan sahabat rose, Siti Rafeah pulak kerja di Politeknik sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Dulu Siti ni satu ofis dgn rose di JAKOA. Mula2 Siti segan jugak nak berjumpa. Rose kata tak perlu la segan, rose dgn suami kan ada sekali.

Alhamdulillah, pertemuan pertama mereka berdua seperti dah lama kenal. Siti ni cepat mesra dengan orang. Selepas ni pandai-pandai la mereka berdua buat temujanji untuk mengenali diri masing2. Hari pertama mereka keluar en.yusof terus bawa siti berjumpa adik beradik en.yusof. Alhamdulillah keluarga belah en.yusof berkenan dgn siti. Keluarga belah siti pun sama berkenan dgn en.yusof. Rupanya en.yusof ni pun kampung di Beruas jugak. Ramai yg en.yusof kenal, katanya Man bapa saudara siti ni satu sekolah dengan en.yusof dan ramai la geng2 sekolah en.yusof kenal. Katanya arwah mak en.yusof pun kenal dengan opah siti...tu yang buat jodoh mereka lagi dekat...tapi kalau rose tak kenalkan mereka berdua, mereka berdua pun mungkin tak tahu yg mereka ni satu kampung...tak gitu...hehehe

Cantik jugak Kedai Makan Tok Man Tambun Sunway City ni, tak pernah lagi sampai sini. Makanan dan harga di sini pun boleh tahan. Ros order nasi goreng kampung, teh ais dan kentang goreng je. Tak tak tahu nak makan apa.

Cerita yang rose share ini sekadar untuk tatapan diri sendiri dan untuk kenang kenangan bila dah tua2 nanti...hehehe. Semoga jodoh mereka berdua berkekalan hingga ke Jannah...Aamiin



Kedai Makan Tok Mat Sunway City
No.1,10, Jalan Sci 1/2,
Sunway City, 31150 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
No. Tel : 016-5503169

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah