Friday, January 30

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

Hye semua!

Jom sokong GA Papaglamz...


1. Pemenang Top Comentator bakal memenangi  Sustained Released Vitamin C yang berharga RM 92.50 (Nak tahu khasiat vitamin C KLIK DISINI) + RM 10.00 Top up - Pemenang dikira untuk blogger yang memberi komen paling banyak di blog ini sepanjang giveaway berlangsung dari 16 January 2015 hingga 28 February 2015

2. Pemenang Sagu Hati x 3 (RM 10.00 Top up)

Cara nak sertai :

1. Follow Blog Papaglamz.com 
    
2. Like Facebook page Papaglamz

3. Follow Instagram Papaglamz - Jika ada

Buat entry mengenai giveaway ini di blog, lekat banner yang ala-ala Night Dinner punye Red Carpet tu kuat-kuat dalam entri dan backlink ke entri ni.

Lepas dah publish entry give away, share kan link entry tersebut di ruangan komen di bawah entry ini. Share sekali nama Facebook anda dan Instagram (jika ada).

Contoh :

Hai Papaglamz, saya dah join!!!
[link entry blog]
Facebook : [nama facebook anda]
Instagram : [nama instagram anda]

Senarai peserta akan di update dari masa ke semasa dalam entri ni. Boleh la kita sama-sama CATWALK di blog kawan-kawan sampai PITAM. Hehehehehe.

SEMOGA BERJAYA SEMUA....!!!


Thursday, January 29

ANDAI SUAMI TAHU...

Hye semua :)

Dah lama rasanya rose tak update status kat sini..kesibukan sampai tak ada masa nak tulis apa2..lagi pun macam2 benda nak kena buat..nak uruskan anak2..urusan keja kat ofis..keja rumah lagi..nampak sangat sibuknya..hehehe..rose cuma ada tips yang nak dikongsikan bersama tapi bukan dari rose ye..tips ini rose copy dari fb Wanita Idaman..rasa macam best lak ayat2nya..jom kita baca..:)   


Andai suami tahu...betapa sayangnya isteri kepada mereka.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. 

Wallahu'alam

Petikan dari FB : Wanita Idaman

Sunday, January 25

HARUM MALAM PRODUK DARI SECRET LEGACY

Hye semua !

Kali ni rose nak story sikit pasal Produk Harum Malam by Secret Legacy...


Harum Malam adalah supplemen dalaman yang mewangikan tubuh sepanjang masa. Membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk aktiviti seharian. Jika anda mengalami masalah seperti :-
- Masalah keputihan
- Miss V berbau dan berair
- Gatal-gatal dibahagian V
- Masalah senggugut
- Bau period
- Masalah bau badan
- Masalah kerap kencing
- Masalah vagina longgar

Jika jawapan anda YA bagi salah satu pertanyaan diatas bermakna anda perlukan pertolongan!

Kini dalam seawal 7 hari dari sekarang, supliment Harum Malam akan lenyapkan permasalahan anda. Saya faham ramai wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, alat sulit berbau dan ada kalanya menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Harum Malam ni apa ye?


HARUM MALAM merupakan suppliment tambahan khusus buat wanita, untuk kekal sihat bertenaga dan merawat masalah dalaman seperti keputihan, gatal-gatal, mengetatkan bahagian sulit, menghilangkan hanyir haid dan membasmi bau badan yang tidak disenangi. Boleh diamalkan setiap hari termasuk ketika period, dalam pantang dan menyusui bayi.

Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh. Hasilnya tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan.

Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat mencegah masalah  dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.

Ramuan : Ekstrak Ros, Sirih, BuahTin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica.

HARUM MALAM juga boleh diamalkan bagi mereka yang sudah berkahwin tetapi anak dara juga boleh mengamalkan tanpa was-was.

Cara penggunaan Harum Malam

Minum 2 kali sehari 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur. Badan pasti berbau wangi dan yang paling bagus side effect bagi produk ini adalah ia dapat merapatkan organ intim wanita.


Kebaikan Dan Keistimewaan Harum Malam

- Mengatasi masalah keputihan 
- Mengatasi masalah Miss V berbau
- Menagatasi masalah gatal-gatal pada Miss V 
- Meningkat keinginan hubungan intim
- Mempercepatkan Rangsangan Hubungan Intim
- Mengatasi masalah Bahagian Intim Kering
- Membantu Mengetatkan dan Menganjalkan Bahagian V
- Membantu Membunuh Bakteria dalam Saluran Kencing
- Mengatasi masalah Kencing Tak Lawas
- Menyihatkan Rahim
- Mengurangkan Tekanan Stress

Cara Mengenalpasti HARUM MALAM yang ORIGINAL ataupun TIRUAN


Pastikan beli yang ORIGINAL ye!

Harga :
RM 33.00 Semenanjung
RM 39.00 Sabah & Sarawak

Isipadu : 250 ml
Berat : 580 gram 

Facebook : Legacy Secret Trading / www.legacysecret.com


Wednesday, January 21

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen #3

Hye semua!


Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada follower blog XDramaQueen sahaja.
2. Like fanpage Ayuni Rafilah di Facebook.
4. Copy paste banner dan buat entri tentang lucky draw ini.
5. Letak entri anda di ruang komen.

Pemenang akan dipilih melalui random.org. Nombor bertuah akan memenangi:

Hadiah pertama:
Bekas minuman + dua peket jus delima tajaan Pamoga Vida Beauty

Hadiah kedua:
Bedak talkum Far Away tajaan Avon

Hadiah ketiga:
Gincu Pop Love Lipstick tajaan Avon

Hadiah saguhati:
Sabun Que Putih tajaan Pamoga Vida Beauty

Tarikh tutup: 31 Januari 2015


Tuesday, January 20

KEBAIKAN MINYAK BUNGA MATAHARI

Hye semua!

- sumber google -

Bunga Matahari atau nama saintifik Helianthus annuus Linn, tanaman ini sudah dimanfaatkan sejak dulu oleh Bangsa Yunani dan Romawi kuno sebagai bahan untuk perawatan dan juga kecantikan kulit.
Kandungan vitamin E pada minyak biji bunga matahari dapat membantu melindungi kesihatan kulit dan dapat menghalang kemasukkan racun kedalam tubuh, selain itu kandungan vitamin E juga mampu mempertahankan sel kulit supaya tetap muda dan akan melindungi kulit dari kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh kesan buruk dari sinar UV.
Minyak Bunga Matahari juga memainkan peranan penting untuk membantu proses mencairkan sel-sel lemak di dalam kulit.

Saturday, January 17

7 KEBAIKAN BUAH PISANG

Hye semua !

7 Kebaikan Pisang


1. Pisang membantu mengatasi kemurungan, tanpa tryptophan yang tinggi akan bertukar kepada serotonin, suatu keadaan yang bagus untuk neurotransmitter dalam otak.

2. Makan dua pisang sebelum senaman berat adalah pembekal tenaga yang bagus dan mengekalkan gula dalam darah anda.

3. Melindungi daripada kekejangan otot semasa latihan dan kejang kaki waktu malam.

4. Mengatasi kehilangan kalsium ketika membuang air kecil dan membina tulang yang kuat.

5. Memperbaiki mood dan mengurangkan gejala-gejala PMS dengan mengawal selia gula darah dan melegakan tekanan.

6. Pisang mengurangkan bengkak, melindungi daripada penyakit kencing, membantu penurunan berat badan, menguatkan sistem saraf dan membantu pembentukan sel-sel darah putih. Ini semua disebabkan oleh tahap vitamin B-6 yang tinggi dalam pisang.

7. Menguatkan darah dan melegakan anemia dengan zat besi yang ada dalam buah pisang.

- Petua dari secret Legacy -


Wednesday, January 14

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

Hye semua !

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% dariapda keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

Terlebih Makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

Mengambil Gula Berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia jugak boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Menghidu Udara Yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

Tidur Yang Berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

Tidur Dengan Menutup Muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

Tidak Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Wallahu'alam


Friday, January 9

SEGMEN MAMA MENCARI BLOGLIST

Hye semua !



Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!


Thursday, January 8

GIVEAWAY LESTARI 2015

Hye semua !

Giveaway Lestari 2015,
Klik Banner  untuk join

Syarat-syarat :

1) Follow Blog KasihLestariAbadi dan LestariMall
2) Follow IG KasihLestariAbadi dan LestariMall
3) Klik Satu dan Dua
3) Buat tajuk " Giveaway Lestari 2015"
4) Buat entri dengan copy banner di atas dan link kan ke entry ini.
5) Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen di bawah.

Tarikh Tamat : 31 Jan 2015
Senarai Peserta : 1 Feb 2015
Senarai Pemenang : 5 Feb 2015

Hadiah :
1 top referral x 1 Magnet Vietnam + RM10 topup
8 x Magnet Vietnam

Pemenang dipilih secara random.org

MUSIM SEJUK BAKAL MELANDA MALAYSIA - PAKAR GEOGRAFI

Hye semua !

Malaysia Dijangka Alami Musim Sejuk

Musim Sejuk Bakal Melanda Malaysia - Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh terutama di negeri-negeri pantai timur yang baru sahaja menghadapi bencana bajir dalam sejarah Negara disember lalu.

keratan kosmo!

"Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut. 

"Justeru adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim Monsun itu berakhir pada Mac nanti," ujar Shaharuddin Ahmad yang dipetik dari akhbar KOSMO!


Wednesday, January 7

PILIHLAH MAKANAN ENAK TETAPI BERKHASIAT

Hye semua !

Antara sebab yang sering dijadikan alasan mengapa banyak antara kita yang tidak menggemari makanan yang dikategorikan sebagai sihat ini kerana kita merasakan makanan tersebut tidak sesedap makanan yang kurang sihat.

Sebenarnya banyak yang salah dengan persepsi sedap atau tidak makanan berkhasiat ini kerana tidak semestinya sesuatu yang baik untuk kita mempunyai rasa yang jelik. Andai semua makanan berkhasiat yang kita makan rasanya tidak menyelerakan, besar kemungkinan kita tidak membuat pemilihan yang betul. Malahan ada banyak cara yang boleh kita jadikan makanan sihat sebagai suatu yang enak dan menyelerakan. Disini ada beberapa cara yang boleh kita ambil kira.


Cuba Alternatif Baru

Industri pemakanan sihat dan berkhasiat telah banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan kesedaran mengenai hal ini semakin meningkat, banyak produk-produk baru yang sihat dan berkhasiat boleh didapati dengan mudah. Lain kali apabila kita ke kedai atau pasaraya,lihat disekeliling dan kita pasti akan dapati banyak pilihan yang ada. Malahan ada banyak makanan yang suatu ketika dahulu dilabelkan sebagai kurang sihat kini diperkaya dan menjadi lebih sihat untuk dinikmati. Cuba produk-produk makanan tersebut dan kita pasti berasa terkesima dengan rasanya.

Sediakan Makanan Kita Sendiri

Dewasa ini terdapat banyak produk makanan yang sedia dimasak,misalnya makanan dingin beku,makanan di pek mahupun yang sedia dimasak untuk kita nikmati pada bila-bila masa. Namun harus diingat bahawa mudah tidak semestinya sihat dan banyak makanan yang dipasarkan sebagai makanan sihat mempunyai rasa yang kurang menyelerakan.

Sebenarnya lebih mudah dan sedap jika kita menyediakan sendiri makanan kita. Andai tidak punya masa, jalan paling mudah ialah dengan memasak beberapa jenis makanan pada hari kita tidak sibuk dan menyimpannya dalam pendingin beku. Dengan cara ini ia bukan sahaja memudahkan kita tetapi juga mempunyai makanan sihat yang enak dan mengikut cita rasa kita.

Tambahkan Rempah Ratus

Cara terbaik untuk menambah rasa tanpa menambah terlalu banyak lemak, kalori ataupun serbuk perasa ialah dengan menggunakan rempah ratus.
Ingatlah, garam bukannya satu-satu bahan perasa yang boleh ditambahkan pada makanan. Cubalah lain-lain perasa atau rempah ratus sehingga kita temui satu yang paling sesuai dengan selera kita.

Lebihkan Buah-Buahan

Apabila kita terasa ingin makan sesuatu yang manis seperti gula-gula ataupun coklat, makanlah buah-buahan kerana ia bukan sahaja berupaya mengatasi keinginan tersebut. Pada masa akan datang, andai kita tidak mahu makan nasi ataupun mi ketika makan tengah hari, kunyahlah sebiji buah, contohnya epal. Untuk makan malam pula jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut, makanan sampingan ataupun bahan yang ditambahkan pada menu utama.

Buah-buahan memberikan kita banyak vitamin dan mineral dan ia memenuhi keinginan kita pada benda-benda manis seperti gula-gula dan lain-lain. Selain itu, andai ada mesin membuat jus, buatlah jus daripada pelbagai sayur-sayuran dan tambahkan keenakannya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Dengan cara ini kita bukan sahaja mendapat kebaikan buah-buahan, tetapi juga sayur-sayuran. 

Makan Snek Yang Berkhasiat

Menyimpan stok snek berkhasiat sama ada dirumah, dalam tas tangan mahupun di pejabat (bagi yang masih bekerja) adalah satu idea yang baik, ia bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberikan kita nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Kini yakin bahawa kita mempunyai banyak pilihan makanan sihat dan berkhasiat dengan rasa yang lebih enak dan menyelerakan..Jadi lain kali apabila kita berbelanja di pasaraya, lupakanlah makanan segera yang tidak sihat, tetapi penuhkan troli dengan pelbagai pilihan sihat yang menguntungkan. Selain itu ingatlah bahawa makan bukan sahaja untuk kenyang, tetapi juga membuat kita lebih kreatif!

Wallahu'alam

PENJAGAAN KUKU TANGAN DAN KUKU KAKI

Hye semua !

Kuku perlu dijaga dengan baik supaya tidak menjadi tempat berkumpulnya bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Sedikit perkongsian dan penjagaan kuku tangan dan kuku kaki.

Panduan Penjagaan Kuku Tangan


- Potong kuku dalam keadaan kuku lembap. Seelok-eloknya selepas mandi atau basuh tangan dahulu sebelum proses memotong kuku.

- Potong kuku mengikut bentuk tetapi jangan terlalu pendek bimbang menyakitkan.

- Mengikis hujung kuku yang baru dipotong dapat membuatkan kuku tidak bergeriji.

- Mengurut jari-jemari anda perlahan-lahan sebelum tidur juga boleh diamalkan unuk membuatkan bahagian ini lebih selesa.

- sapukan losen untuk membuatkan kuku lebih lembut dan juga bahagaian seluruh tapak tangan.

Panduan Penjagaan Kuku Kaki


- Kuku kaki lebih keras dan besar berbanding kuku tangan. Justeru beli sepit kuku lain yang khas untuk kuku kaki anda.

- Biasakan rendam dulu kaki dalam air hangat sebelum memotong kuku kaki supaya kuku lebih lembut untuk memudahkan proses pemotongan.

- Jangan potong kuku terlalu pendek terutama pada bahagian tepi bagi mengelakkan kesan kuku cengkam.

- Selepas memotong kuku, kikis bahagian hujung kuku tersebut untuk mengelakkan kesan bergeriji.

Untuk Kuku Lebih Sihat

Potong kuku seminggu sekali.
Pastikan kaki dan kuku sentiasa kering untuk elak masalah kaki berbau.
Makan makanan berkhasiat seperti ikan tuna dan beras perang untuk 
kuku lebih kuat.
Jangan gigit kuku kerana menjadikan kuku kelihatan hodoh.

Selamat menjaga kuku tangan dan kuku kaki :)

Tuesday, January 6

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN YANG KITA AMBIL


Hye semua !

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI

Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....

Sumber dari : FB Anggun Mempersona

Saturday, January 3

SALAM MAULIDUR RASUL

Hye semua !




Semoga kita lebih menghayati, memahami dan mencontohi segala sikap baginda saw...serta beroleh keberkatan sempena hari mulia ini..Jom perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.

Thursday, January 1

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Hye..selamat malam semua !

Masa lalu adalah sejarah, 
Hari esok adalah harapan.
Selamat Tinggal 2014
Yang penuh dgn suka dan duka.
Selamat Datang Tahun Baru 2015
Semoga hadirmu membawa kebahagian yang berpanjangan.


Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua..mohon maaf andai ada salah dan silap yang rose lakukan selama ini :)

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah