Wednesday, December 30

FAMILY DAY DI LUBUK TIMAH HOT SPRING, SIMPANG PULAI

Hye semua :)

Cerita rose masa cuti hari krismas jumaat lepas. Masa ini seronok sebab cuti agak panjang dari hari khamis (cuti Maulidur Rasul) hingga ahad. Kebetulan semua adik beradik rose balik bercuti dirumah mak Ipoh Perak.


Mula-mula adik rose cadang nak sewa homestay di Chepor..kat situ pun ada tempat perkelahan. Memandangkan adik-adik yang lain tak berapa setuju nak berkelah disitu jadi cadangan berubah la pulak. Last-last adik rose cadangkan kami semua berkelah di Lubuk Timah Hot Spring, katanya ada kolam air panas, kalau sejuk mandi air sungai boleh mandi kolam air panas pulak. Rose pernah ke sini suatu ketika dulu, lama sangat dah. Rasanya dah 10 tahun yang lepas kot..heheheh


Masa ketika dulu Lubuk Timah ni hanya dikelilingi hutan, tiada kemudahan awam yang disediakan. Air sungainya sangat sejuk dan jernih. Yang best dan menjadi tarikan dikawasan Lubuk Timah ni adalah kolam air panasnya. Seronok dapat rendam kaki dan badan sekali. Tapi bila sampai sini tak dapat pun nak rendam kaki, orang ramai sangat.




Bila rose pergi kali ni, banyak sangat perubahannya. Kawasan ini telah dinaiktaraf, memang cantik sangat. Disediakan kemudahan awam yang sangat lengkap seperti surau, gerai makan, pondok, tandas dan kawasan parking yang luas. Tapi, masa rose sampai sini tandas je masih lagi dalam pembinaan, tak siap sepenuhnya. Jenuh lah tandas lelaki dan perempuan bercampur.


Disebabkan kawasan lubuk timah ni dah dinaiktarafkan, masuk ke kawasan ni pun dah dikenakan bayaran. Dulu-dulu 10 tahun yang lepas free je masuk sini. Sekarang dewasa rm3 seorang manakala kanak-kanak rm1.50 seorang. Tapi ok la jugak masih murah lagi. Bayaran dikenakan masa kereta nak masuk ke kawasan parking.


Sewa pondok kat sini cuma rm20 sehari. Ada kipas dan plug elektrik..boleh la nak masak nasi ke nak masak tomyam ke atau nak caj tel ke atau apa-apa aje la..heheheh. Yang pondok rose dapat ni siap ada tanah kiri kanan, lapang lagi bolehlah bentang tikar untuk duduk lepak ke letak barang-barang ke. Kawasan pondok yang rose lepak ni ada berpagar. Kalau ada budak kecil tak risau sangat. Setiap pondok dilengkapkan dengan tong sampah besar. Jadi takde le sisa makanan terbiar lama, nanti bau busuk pulakkan. Sangat berbaloi kalau dikenakan bayaran rm20 untuk satu pondok dan keselesaannya.




Masa rose dan adik-adik sampai disini, masyaallah orang punya la ramai..sampai takde tempat rose nak duduk. Nasib baik masa datang tu suami rose nampak pondok tu kosong takde orang duduk lagi, cepat-cepat suami suruh rose dan anak2 duduk dulu sementara yang lain angkat barang. Pondok tu tak boleh nak booking, kata orang yang jaga kat situ ikut nasib sape yang datang dulu.




Kalau nak buat BBQ pun senang di pondok yang kami duduk ni, sebab dah disediakan tempat bakar. Adik rose yang sorang ni senang dia guna pembakar elektrik jer. Cuma adik rose yang sorang lagi ni je bakar guna cara lama.



Alhamdulillah..kami semua dah selesai mandi..sementara menunggu suami masing-masing tengah syok mandi kami selfie dulu..jap lagi nak kemas barang pulak. Sekali sekala buat family day macam ni best jugakkan :)

Wednesday, December 23

SEGMEN BLOGLIST AZHAFIZAH.COM JAN & FEB 2016

Hye semua :)

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

http://www.azhafizah.com/


Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Hye semua :)


Semoga kita lebih menghayati, memahami dan mencontohi segala sikap baginda saw...serta beroleh keberkatan sempena hari mulia ini..
Jom perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.

Tuesday, December 22

REVIEW MAKEUP SIMPLE BY ELLYN FAZLLYN

Hye semua :)

Hari ni rose nak review pasal makeup la pulak. Sabtu yang lepas baru2 ni ada kenduri di rumah mak saudara rose di Ipoh. Kebetulan kazen rose ellyn yang pandai makeup pun datang jugak. Dah lama kazen rose janji nak makeup wajah rose tapi tak berkesempatan sebab dia di Kuala Lumpur, rose di Ipoh. Bila dia balik kampung di Taiping rose pulak tak dapat balik. So, bila dah berpeluang jumpa ni apa lagi..lepas je selesai kenduri kami pun terus le bermekap..heheheh 

Sebenarnya kazen rose ni ada buat biz makeup di Insta makeupbuddies_eze dan jugak di facebook ELLYN FAZLLYN..sebelum ni kazen rose dah mekap wajah kazen rose Ieda Mohamad yang tinggal di Taiping, masa tu rose tak dapat nak join sekali kerana suami rose ada keja. 


Gambar sebelum dan selepas makeup :)

Done makeup simple wajah rose by Ellyn Fazllyn...no eyelashes...sweet2 jea...


Serius cantik sangat2 kazen rose makeup..macam tak percaya jer wajah rose berubah jadi camni. Maklum la, sebelum ni rose tak pernah bermekap. Last makeup pun masa tahun 2000, tu pun masa kahwin jer. 



Sapa2 yang nak mekap simple camni atau bertunang, kahwin dan apa saja majlis boleh pm laju2 kazen tersayangku Ellyn Fazllyn yer. Jom booking makeup dengan kazen rose..insyaallah kazen rose akan bagi harga kasih sayang jea..yang pasti kualiti gerenti :)




Ini ler kazen rose Ellyn Fazllyn yang mekap wajah rose sampai jadi camni, terasa cam muda 10 taun la pulak..heheheh

Kalau nak makeup cenggini leh pm kazen rose ELLYN FAZLLYN atau whatsapp 016-3381255/016-2912864 untuk booking dan appointment...
Makeup by makeupbuddies_eze
  

Wednesday, December 9

4 TEKNIK CARA SAIDINA UMAR MENDIDIK ANAK

Hye semua :)

Sedikit Perkongsian Ilmu yang ingin rose kongsikan bersama..


4 Teknik Cara Saidina Umar Mendidik Anak.

1. Anak 7 Tahun KeBawah

Anggap mereka seperti BUNGA...iaitu sentiasa dibelai, dimanja, disayangi walaupun mereka melakukan kesalahan...anggap kesalahan itu dilakukan kerana mereka belum mengerti dan paham apa2.

2. Anak Dari 8 Tahun Hingga 14 Tahun

Jadikan mereka sebagai HAMBA iaitu mengarah mereka melakukan kerja. Tujuan agar anak tersebut pandai berdikari dan pandai melakukan kerja tanpa disuruh..memberi pengetahuan dan pengalaman.

3. Anak Dari 15 Tahun Hingga 21 Tahun

Jadikan mereka sebagai MUSUH iaitu jangan mudah memberi kepercayaan kepada apa yang mereka cakap. Agar ibubapa harus selidik dahulu apa yang mereka nyatakan..anak2 zaman sekarang terdedah dengan pelbagai cabaran it dan teknologi serta pergaulan bebas.

4. Anak Dari 22 Tahun Keatas

Jadikan mereka sebagai SAHABAT iaitu selalu bercakap serta berkongsi pandangan dan menerima pandangan mereka selagi tidak salah dari segi agama. Agar anak2 tersebut merasakan dekat dengan ibubapa mereka melebihi kawasan2nya dan tidak takut untuk menceritakan perihal dan masalah yang mereka hadapi.

Semoga bermanfaat buat kita semua :) 

Tuesday, December 8

REVIEW MINUMAN TAMAR COCOA LAZAT

Hye semua :)

Petang nie rose nak share sikit pasal Tamar Cocoa pulak laa..
Tamar Cocoa..Koko pracampuran ekstrak kurma...masyaAllah lazatnya :)


Pasal Tamar Cocoa ni, sebenarnya dah lama berada dipasaran..rasanya tak ramai orang yang tahu..mungkin sebab tak ramai yang pernah minum. Rose sendiri pun baru cuba minum..masyaAllah lazat dan sedap sungguh! Bila minum tamar cocoa ni rasanya lain sangat! Rasanya lebih kurang milo la jugak..cuma ada campuran kurma..makanan sunnah tu! Tapi yang pasti rasanya lagi sedap dari milo..heheheh


Korang semua pernah dengar tak apa itu "TAMAR COCOA" ?

Ianya adalah Gabungan gula halus, krimer tanpa tenusu dan estrak Tamar (Kurma) serta serbuk koko yang lazat dan berkhasiat.

Khasiat Kurma Dan Koko

- Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.

- Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.

- Kaya dengan khasiat protin serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

- Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.

- Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.

- Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.

- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

- koko melambatkan proses penuaan.


Tamar Cocoa ni ada 2 jenis, jenis pek 900g dan 20 sachet. Rose beli yang jenis pek family 900g tu, harganya sama je dengan sachet tu. Rose tak beli yang jenis sachet tu sebab kat rumah nanti nak bancuh untuk anak2 jugak.
Jenis sachet ni lebih sesuai untuk kita yang bekerja atau nak pergi travel.. lagi senang dan mudahkan...heheheh

Anak2 rose pun suka minum air tamar cocoa ni, tambah lagi sedap kalau di campur dengan susu pekat manis, anak2 rose kalau minum suka letak ais batu, tu sebab kena tambah susu pekat manis supaya bila letak ais batu nanti takde le air tamar cocoa ni rasa tawar je…kannn


Selain minuman Tamar Cocoa ni, Al-Haddad jugak ada mengeluarkan produk lain seperti Minyak Wangi, Minyak Zaitun, Cecair Pencuci Naseem, Sabun Susu Kambing, Pencuci Serbuk Real Clean, Madu Minda As-Shifa, Ubat Gigi Nazif, Kismis Penenang & Pelembut Hati, Kopi Arabica Tongkat Ali & Ginseng, Kopi Arabica Manjakani & Kacip Fatimah, Khasiat Minyak Kelapa Dara, Natural Hair Cream, Goat Milk Classic dan macam2 lagi. 

Kalau korang nak tengok semua produk Al-Haddad boleh layari http://www.alhaddadmarketing.com/ macam2 barang ada jual...yang pasti kita support produk Malaysia..support produk Islam kita :)


" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (1) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah