Monday, June 29

MARINA WATER PARK, LUMUT

Hye semua :)

Pada 9hb 6 2015 cuti persekolahan, rose dan suami bawa anak-anak berehat-rehat dan mandi-mandi di Marina Water Park, Lumut. Sebenarnya rose tak sempat nak update, sibuk dengan keja dan urusan anak-anak dirumah. Sebelum ke sini kami check in dulu di Valley View Hotel.  


Marina Water Park ni dekat dengan jalan nak ke teluk batik.


Masa kami datang dah pkul 5 lebih, kebetulan hari tu hari selasa orang pun tak ramai, anak-anak seronok je mandi. Klu tak sebelum ni datang hari minggu orang memang ramai, smpai anak-anak jadi segan nak mandi, kali ni mandi sungguh le sampai suruh naik pun tak nak.


Taman Tema nya boleh tahan cantik, cuma air kolamnya nampak macam kotor. Sebelum ni datang air kolamnya ok jernih takde le nampak hijau jer.






Aktiviti kesukaan anak-anak :)




Indah sungguh ciptaan Allah..
rasa tenangnya bila tengok permandangan laut.


Marina Cove Resort
Jalan Teluk batik,
32200 Lumut,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-6836666


Tuesday, June 23

MARINA ISLAND PANGKOR RESORT & HOTEL

Hye semua...

Dah lama rose tak jenguk dan menulis apa-apa entry dalam blog sweet rose. Cerita ni masa cuti sekolah 2 minggu lepas, rose dan family bercuti ke Teluk Batik, Lumut. Kami bercadang nak bermalam di Marina Island Resort tapi hotel tu dah fully booked. Mula-mula ingat nak booking dulu tapi suami cakap tak payah, mungkin ada kekosongan lagi tu. Tapi malangnya memang semua tempat fully booked. Rasa nak nangis jer bila dengar hotel tu dah penuh. Tapi suami cakap takpa kita cari hotel lain pulak.

Sebelum kami keluar dari Marina Island Resort ni, rose sempat jugak la ambil gambar untuk kenangan, tempatnya memang cantik dan menarik..tapi sayang bilik semua dah penuh.

Marina Island Resort 

Apartment Marina Island.

 Lobby Hotel.

Kenangan di lobby Marina Island.

Pandangan hotel dari belakang.

Kolam renang sebelah kiri.

Kolam renang sebelah kanan.

Pemandangan ke laut.

Selfie dulu sebelum keluar dari Marina Island Resort.:)


Marina Island Pangkor Resort & Hotel
KM1 Teluk Muroh,
32200 Lumut,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-6805888


Monday, June 22

CAWANGAN KAISON DI SERI MANJUNG PERAK

Hye semua :)

Cerita pasal wallpaper kaison. Sebelum ni gila ja nak mengecat umah. Sekarang pulak tengah gila nak pasang wallpaper. Idea ni datang semenjak rose masuk group deco rumahku syurgaku dan group wallpaper Seri Manjung. Best group ni, diorang rajin share cara-cara deco rumah, lagi pun seronok tengok rumah diorang cantik-cantik habaq hang..hehehe, jadi dari situ jugak la datang idea rose nak menghias rumah dan pasang wallpaper.  

Kaison Aeon Seri Manjung Perak

Kebetulan bila rose baru join group ni, ramai pulak yang share pasang wallpaper murah beli kat kaison. Wallpaper kaison memang murah, harganya cuma RM19.90 je untuk 45cm x 10meter. Selalu rose baca dan dengar je rakan-rakan group becerita pasal wallpaper kaison ni, terkilan jugak sebab kaison belum ada lagi kat kawasan Ipoh Perak ni. Nak pg beli sampai ke KL tak pg la kan jauh sangat. Rose cuba google kat internet, kot-kot ada terjumpa kaison dikawasan Perak ni. Last-last terjumpa jugak blog http://notashalimar.blogspot.com/2014/08/cawangan-kaison-malaysia.html Terima kasih sha sebab sudi share pasal cawangan kaison ni, kalau tak sampai sekarang la akak tak tau yang kaison ada cawangan kat perak.

Gila habaq hang, rambang mata nak pilih.

Bila dah dapat tau kaison ada kat Perak ni, rose pun apa lagi ajak le suami dan anak-anak bercuti di Teluk Batik, kebetulan anak-anak pun cuti sekolah. Sambil jalan-jalan kesana bleh la ajak suami singgah Aeon Seri Manjung, mula-mula suami tak nak jugak singgah, katanya Aeon kat Ipoh pun ada..huhu. Punya la rose tak sabaq nak menerjah kaison kat aeon manjung, dalam perjalanan tu jugak rose suruh suami rose singgah dulu. Klu ikut suami rose nak singgah masa balik nanti, tapi sebab rose dah tak sabaq sangat nak tengok wallpaper tu, kami singgah la jugak masa perjalanan kesana.  

RM19.90 - 45cm x 10meter

Puas hati jugak dapat tengok sendiri corak wallpaper yang cantik-cantik ni, agak lama jugak la rose nak memilihnya. Macam biasa la, tak tahu nak pilih yang mana sebab semuanya cantik-cantik. Rose tengah fikir nak pilih yang bunga-bunga atau corak-corak, sebab dalam pikiran hanya pikir nak warna ala-ala pink yang jadi pilihan. Misi nak pasang wallpaper ni kat dinding ruang belajar dan bilik tidur utama.


Akhirnya ini la pilihan wallpaper murah dari Kaison yang sempat rose beli dalam 6 roll, 3 roll warna pink dan 3 roll warna kuning corak bunga rose..cantik tak korang?? hehehe...

Macam-macam bunga ada dijual disini,semua cantik-cantik.

Bunga siap dalam pasu kecil pun ada,comel kan.

Semua carpet cantik-cantik.

Bakul sampah pun comel-comel.

Gambar hiasan dinding pun cantik dan murah ja.

Bermacam bentuk,saiz,warna dan corak jam dengan harga yang berpatutan. 

Cermin dinding yang paling rose suka tengok,cantik.

Cantik,tempat letak bunga agaknya.

Pasu bunga kaca,comel.

Kotak comel untuk menyimpan barang beranika corak.

Bekas comel gambar kartun.

Anak patung comel.

Macam-macam corak beg ada disini,cantik.

Wallpaper murah dari kaison ni memang senang gila nak pasang. Sebab wallpaper ni dah ada pelekat, boleh terus tampal, tak perlu nak bancuh gam. Simple dan mudah sangat. Rose sendiri ja yang pasang, gigih memanjat habaq hang..heheheh, sehari dah boleh siap pasang, tak payah minta tolong suami.


Untuk ruang belajar ni rose hanya guna 2 roll saja. Yang lebih 1 roll lagi rose tampal kat dinding belakang katil bilik tidur rose. 


Untuk bilik tidur ni rose cuma guna 3 roll tapi rose pasang sebelah ja, sebab cat dinding dah berconteng, macam-macam anak lukis..huhu, sebelah lagi rose tak pasang sebab cat masih elok lagi. Belakang katil pulak rose pasang wallpaper pink yang lebih 1 roll tu. Lega rasanya bila dinding dah nampak cantik dan bersih, kalau tak sakit mata tengok lukisan anak-anak conteng.


Rose ada jugak beli wallpaper kat mr diy. Kalau kat mr diy murah sikit, cuma 1 roll rm8.90 untuk 5meter dan 1 roll rm3.50 bagi 2meter. Tapi kat mr diy tak banyak pilihan corak. Wallpaper yang rose beli kat mr diy ni rose buat tampal kat pintu cabinet dapur ja. Nak bagi nampak meriah sikit, maklum la dah 10 tahun tak tukaq. Kita bagi seri sikit pintu ni..hahaha..seri sangat la kan.    


Kaison Aeon Seri Manjung
Lot G-02, Ground Floor, Aeon Seri Manjung,
Pusat Perniagaan Manjung Point 3,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.


Wednesday, June 17

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN BERSAMA MISYA

Hye semua


Tarikh tutup penyertaan 3 Julai 2015 jam 12.00 tengah malam.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Blogwalking!


Monday, June 8

PANDUAN SUAMI ISTERI BAHAGIA

Hye semua !

Panduan Dan Tips Suami Isteri Bahagia


1. Cium tangan suami dan cium dahi isteri serta berpelukan amat digalakkan setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Memandang pasangan dengan senyuman dan mesra akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I Love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumahtangga hinggalah isu semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan berkongsi gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan dan jijik untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Selesai buatlah surprise seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu.

14. Senda gurau dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkeja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu dan sebaiknya memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang terbaik dalam rumahtangga kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Belajar menerima kelemahan dan kekurangan suami atau isteri dan sentiasa melihat kelebihan suami atau isteri.

" Jika amalan-amalan diatas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. Kita hendaklah yakin, setiap jodoh yang ALLAH berikan adalah yang terbaik untuk diri kita dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."

Wallahu'alam


" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah