Monday, June 22

CAWANGAN KAISON DI SERI MANJUNG PERAK

Hye semua :)

Cerita pasal wallpaper kaison. Sebelum ni gila ja nak mengecat umah. Sekarang pulak tengah gila nak pasang wallpaper. Idea ni datang semenjak rose masuk group deco rumahku syurgaku dan group wallpaper Seri Manjung. Best group ni, diorang rajin share cara-cara deco rumah, lagi pun seronok tengok rumah diorang cantik-cantik habaq hang..hehehe, jadi dari situ jugak la datang idea rose nak menghias rumah dan pasang wallpaper.  

Kaison Aeon Seri Manjung Perak

Kebetulan bila rose baru join group ni, ramai pulak yang share pasang wallpaper murah beli kat kaison. Wallpaper kaison memang murah, harganya cuma RM19.90 je untuk 45cm x 10meter. Selalu rose baca dan dengar je rakan-rakan group becerita pasal wallpaper kaison ni, terkilan jugak sebab kaison belum ada lagi kat kawasan Ipoh Perak ni. Nak pg beli sampai ke KL tak pg la kan jauh sangat. Rose cuba google kat internet, kot-kot ada terjumpa kaison dikawasan Perak ni. Last-last terjumpa jugak blog http://notashalimar.blogspot.com/2014/08/cawangan-kaison-malaysia.html Terima kasih sha sebab sudi share pasal cawangan kaison ni, kalau tak sampai sekarang la akak tak tau yang kaison ada cawangan kat perak.

Gila habaq hang, rambang mata nak pilih.

Bila dah dapat tau kaison ada kat Perak ni, rose pun apa lagi ajak le suami dan anak-anak bercuti di Teluk Batik, kebetulan anak-anak pun cuti sekolah. Sambil jalan-jalan kesana bleh la ajak suami singgah Aeon Seri Manjung, mula-mula suami tak nak jugak singgah, katanya Aeon kat Ipoh pun ada..huhu. Punya la rose tak sabaq nak menerjah kaison kat aeon manjung, dalam perjalanan tu jugak rose suruh suami rose singgah dulu. Klu ikut suami rose nak singgah masa balik nanti, tapi sebab rose dah tak sabaq sangat nak tengok wallpaper tu, kami singgah la jugak masa perjalanan kesana.  

RM19.90 - 45cm x 10meter

Puas hati jugak dapat tengok sendiri corak wallpaper yang cantik-cantik ni, agak lama jugak la rose nak memilihnya. Macam biasa la, tak tahu nak pilih yang mana sebab semuanya cantik-cantik. Rose tengah fikir nak pilih yang bunga-bunga atau corak-corak, sebab dalam pikiran hanya pikir nak warna ala-ala pink yang jadi pilihan. Misi nak pasang wallpaper ni kat dinding ruang belajar dan bilik tidur utama.


Akhirnya ini la pilihan wallpaper murah dari Kaison yang sempat rose beli dalam 6 roll, 3 roll warna pink dan 3 roll warna kuning corak bunga rose..cantik tak korang?? hehehe...

Macam-macam bunga ada dijual disini,semua cantik-cantik.

Bunga siap dalam pasu kecil pun ada,comel kan.

Semua carpet cantik-cantik.

Bakul sampah pun comel-comel.

Gambar hiasan dinding pun cantik dan murah ja.

Bermacam bentuk,saiz,warna dan corak jam dengan harga yang berpatutan. 

Cermin dinding yang paling rose suka tengok,cantik.

Cantik,tempat letak bunga agaknya.

Pasu bunga kaca,comel.

Kotak comel untuk menyimpan barang beranika corak.

Bekas comel gambar kartun.

Anak patung comel.

Macam-macam corak beg ada disini,cantik.

Wallpaper murah dari kaison ni memang senang gila nak pasang. Sebab wallpaper ni dah ada pelekat, boleh terus tampal, tak perlu nak bancuh gam. Simple dan mudah sangat. Rose sendiri ja yang pasang, gigih memanjat habaq hang..heheheh, sehari dah boleh siap pasang, tak payah minta tolong suami.


Untuk ruang belajar ni rose hanya guna 2 roll saja. Yang lebih 1 roll lagi rose tampal kat dinding belakang katil bilik tidur rose. 


Untuk bilik tidur ni rose cuma guna 3 roll tapi rose pasang sebelah ja, sebab cat dinding dah berconteng, macam-macam anak lukis..huhu, sebelah lagi rose tak pasang sebab cat masih elok lagi. Belakang katil pulak rose pasang wallpaper pink yang lebih 1 roll tu. Lega rasanya bila dinding dah nampak cantik dan bersih, kalau tak sakit mata tengok lukisan anak-anak conteng.


Rose ada jugak beli wallpaper kat mr diy. Kalau kat mr diy murah sikit, cuma 1 roll rm8.90 untuk 5meter dan 1 roll rm3.50 bagi 2meter. Tapi kat mr diy tak banyak pilihan corak. Wallpaper yang rose beli kat mr diy ni rose buat tampal kat pintu cabinet dapur ja. Nak bagi nampak meriah sikit, maklum la dah 10 tahun tak tukaq. Kita bagi seri sikit pintu ni..hahaha..seri sangat la kan.    


Kaison Aeon Seri Manjung
Lot G-02, Ground Floor, Aeon Seri Manjung,
Pusat Perniagaan Manjung Point 3,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.


3 comments:

  1. X pernah singgah lagi Kaison nie.. selalu lalu jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Kaison ni..sape yg minat deco2 bleh ler singgah Kaison ni..rambang mata tgk barang kat sini..semua cantik2..heheheh

      Delete
  2. tq sis tagging kiteeeee...hhihihi..bestnyee dpt tampal2...nak jugak...sha asyik xsependapt ngn suami..asyik xjd la beli..kih3...dua2 xdpt ape..

    ReplyDelete

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah