Hye semua :)
Dah lama rasanya rose tak update status kat sini..kesibukan sampai tak ada masa nak tulis apa2..lagi pun macam2 benda nak kena buat..nak uruskan anak2..urusan keja kat ofis..keja rumah lagi..nampak sangat sibuknya..hehehe..rose cuma ada tips yang nak dikongsikan bersama tapi bukan dari rose ye..tips ini rose copy dari fb Wanita Idaman..rasa macam best lak ayat2nya..jom kita baca..:)
Andai suami tahu...betapa sayangnya isteri kepada mereka.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka
jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih
menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk kamu .
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar
maksudkannya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk
berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan
sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah
kerananya.
* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk
anak2 anda.
Wallahu'alam
Petikan dari FB : Wanita
Idaman
Nice sharing sis.
ReplyDeleteRead my latest entry : Things That I Like About My New Boyfriend
Terima kasih...dah baca dah entry Jazz Lover..hehehe...
DeleteKita TAG awak
ReplyDeletehttp://fuzamusa.blogspot.com/2015/02/liebster-award-feb-2015.html
terima kasih tag rose :)
Delete