Hye semua :)
Apakah tabiat yang sering anda lakukan selepas makan? Apa yang kita lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita. Jika anda sering mengamalkan perkara dibawah, cuba hentikan dari sekarang.
1. Makan Buah
Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini salah kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan, akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.
2. Minum Teh
Asid yang terkandung didalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Seterusnya makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.
3. Mandi
Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan,kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.
4. Banyak Berjalan
Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.
5. Tidur
Sikap anda yang gemar terus tidur sebaik sahaja makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarak kan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.
6. Merokok
Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.
7. Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.
- Petikan dari Keluarga Harmoni -
Good sharing dear. CN follow sini 159 ;)
ReplyDeleteCN singgah sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html
Terima kasih cikgu Norazimah..:)
Deletesaya dah follow ye...