Hye semua :)
Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, pastinya akan dituruti oleh anak2. Jadi, sebagai ibu bapa, tingkah laku serta budi pekerti yang baik haruslah menjadi teladan yang baik untuk anak2. Mengajar anak2 untuk melakukan kerja2 amal sememangnya suatu tugas yang mencabar. Perkataan pahala harus diterapkan di minda mereka agar tidak loket untuk melakukan suatu perkara itu tanpa mengharapkan balasan. Jadi, mulakan aktiviti kerja amal mereka dengan aktiviti 2 seperti :
1. Mengunjungi taman permainan yang mereka selalu kunjungi tetapi bukan untuk bermain. Kali ini, kita ajak mereka membersihkan persekitaran taman permainan tersebut dan mengajar mereka mengenai menghijaukan bumi seperti komposisi, kitar semula ataupun taman organik. Terapkan kepada mereka kepentingan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
2. Mengajar mereka mengenai bencana alam yang menimpa dunia seperti kejadian tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya. Keratan akhbar dan bacaan dari internet boleh membantu anak2 kita lebih memahami fenomena alam ini. Sekali gus ia akan menginsafkan kita dan anak2 kita mengenai kekuasaan Allah sekiranya manusia tidak mensyukuri nikmat yang diperolehinya.
3. Sajikan anak2 kita makanan yang sering dihidangkan di rumah2 kebajikan. Cara ini dapat mengajar anak kita mengenai penderitaan orang lain dan kepayahan orang lain mendapatkan sesuap nasi. Dengan cara ini, mereka akan lebih menghargai setiap hidangan yang kita sediakan dan tidak membazir sewenang-wenangnya.
4. Rancang aktiviti lasak untuk keluarga kita seperti berjalan kaki, menunggang basikal dan sebagainya. Beri galakan dan sokongan moral sekiranya anak kita menyertai aktiviti sukan lasak dan jadikan ia sebagai motivasi untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
5. Jika anak kita sudah meningkat dewasa bawa mereka bersama-sama menyertai pasukan bantuan seperti pasukan sukarelawan dan sebagainya. Dengan cara ini mereka dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah selain menghargai kehidupan yang mereka kecapi kini.
Wallahu'alam
salams rose, bgs tips ini.....
ReplyDeleteTerima kasih amiiza :)
DeleteTerima kasih sudi singgah sini :)
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletebanyak cabaran mendidik anak di zaman sekarang ni
Zaman skrg ni dah mcm2...risau bila dipikirkan apa akan terjadi..sebagai ibu kita sentiasa mendoakan yg terbaik buat semua anak2 kita...mudah2an anak2 kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah....
Delete