Wednesday, November 19

KURSUS PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENAMPILAN DIRI WANITA

Hye semua :)

Kursus penjagaan kesihatan dan penampilan diri wanita orang asli negeri perak pada 10hb hingga 12hb November 2014 di Hotel Symphony Ipoh Perak. Kursusnya dah lama berlalu, hari ni baru teringat nak upload gambar dan update status, ingat balik kursus hari tu nk update le terus tapi sibuk macam2 benda nak kena buat..bila dah lama paham2 je la, terus terlupa. Jom kita layan sekejap foto2 program kursus yang rose hadir dan sedikit pendedahan mengenai orang asli.


Kursus Penjagaan Kesihatan dan penampilan Diri Wanita Orang Asli Negeri Perak ini disertai seramai 100 orang peserta dari 5 buah daerah iaitu Batang padang, Kinta, Perak Tengah / Hilir Perak, Hulu perak dan Kuala Kangsar. Penglibatan peserta dalam kursus ini adalah dari pelbagai peringkat umur. Kursus ini juga mendapat kerjasama dari agengi-agensi luar iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan seperti pap smear, payudara dan lain2 lagi. Agensi berkaitan kerjaya iaitu La Joise Sdn.Bhd turut serta hadir bagi memberi ceramah dalam soal penjagaan dan penampilan diri. 


Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli khusus golongan wanita dalam penjagaan kesihatan sebagai tunggak utama dan penting dalam hidup seharian.

Majoriti masyarakat orang asli masih kurang pengetahuan mengenai penjagaan dari spek kesihatan. Justeru itu, pihak jabatan ini menitikkan soal kesihatan bagi mengurangkan kadar penyakit yang sering menghantui kaum wanita pada zaman ini.

Sasaran utama kursus ini adalah golongan wanita yang telah berkahwin sebagai ibu untuk memberi pendedahan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran tempat tinggal. Bagi golongan belia pula ianya merupakan satu titik permulaan dalam penjagaan kesihatan.

Ucapan dari wakil peserta orang asli

Ucapan oleh YB.Dato' Hajjah Rusnah 

Ucapan oleh Timbalan Pengarah JAKOA Perak
Puan Tijah Bt Hassan

Pengacara majlis Puan Noorliza bt Masdar
merdu suaranya..suka dengar :)

Urusetia Program Cik Milah Bah Boi dan Cik Norizan
korang memang best :)

Bersama urusetia program dari Ipoh dan Daerah.

Urusetia yang comel2 belaka :)

Menunggu kehadiran YB Dato' Hajjah Rusnah :)

Hamper dan sijil untuk peserta yang hadir.

Buku program untuk tetamu VIP.

Hamper dan sijil untuk lima daerah.

Sebelum majlis selesai kami bergambar dulu di tingkat 10..
tinggi tu..hehehe...

Pink lagi :)

Bersama rakan ofis dan rakan sebilik :)

Ceramah oleh LPPKN mengenai khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan.

Urusetia Milah bersama CEO La'Joise Sdn. Bhd

CEO La'Joise turut memberi ceramah dalam soal penjagaan 
dan penampilan diri..sebelum aktiviti bersolek dan berdandan dimulakan.

Grooming dan penampilan diri...kita tengok peserta mana bertuah yang akan 
di solek dan di dandan oleh La'Joisela...

Inilah peserta yang bertuah tu :)

Sebelum dan selepas...

Tu diaaa...dah comel dah..

Before and after...selepas di mekapkan :)

Puan Tijah bersama salah seorang peserta orang asli yang kebetulan hari 
lahirnya sama tarikh program.

Inilah kek harijadi nya..coklat lagi :)

Selesai sudah Program Kursus Penjagaan Kesihatan Dan Penampilan Diri Wanita Orang Asli Tahun 2014 di Hotel Symphony Ipoh Perak selama 3 hari 2 malam. Bermacam-macam pengalaman yang rose dapat dari kursus ini. Terima kasih pada semua urusetia..korang memang best..kalau ada rezeki kita jumpa lagi dilain kursus ye..itu pun kalau Cik Milah sudi ajak kita lagi la..hehehe... 

4 comments:

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah