Hye semua :)
Kerongsang dan wanita memang tidak dapat dipisahkan lebih2 lagi bagi mereka yg bertudung. Sebenarnya kerongsang ini memainkan peranan penting dlm penataan gaya. Bukan sahaja sebagai pengikat tudung tetapi boleh dijadikan perhiasan lain seperti pada blaus,beg tangan,kasut dan sebagainya. Ciri kerongsang yg sering menarik perhatian wanita adalah pada kilauan batunya selain keunikan mutiara yg menyinar.
Tip Pemakaian Kerongsang
Sematkan kerongsang diatas dada kiri blaus polos seumpama corsage.
Sematkan pin pada vest untuk lebih bergaya.
Letakkan selendang pada bahu dan sematkan kerongsang besar berjurai.
Sematkan kerongsang pada belakang tudung untuk menaikkan sanggul.
Kerongsang disemat sepanjang hadapan kebaya pengganti dokoh.
Disematkan pada songkok untuk kelainan.
Pin kan diatas clutch menjadi butang yang cantik.
Selamat berfesyen ^_^
No comments:
Post a Comment