Selamat tengahari semua...
Hari ni baru le dapat update blog..rasanya dah empat hari rose tak jenguk blog sendiri. Sibuk sikit sebab tengah bercuti di Kg opah Taiping Perak...tengahari ni rose nak kongsi resepi dengan korang semua. Resepi ni dari maksu nora..mak saudara rose yang ajar. Jom kita tgk resepi nya ^_^
SAMBAL RENDANG IKAN TONGKOL
Bahan-bahan :
Ikan Tongkol
Gula
Garam
Cili Kering
3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
2 inci lengkuas
Halia - dihiris
Serai - dihiris halus
Air asam jawa
2 keping daun limau purut
Sehelai daun kunyit - dihiris halus
Cara-cara :
1. Goreng ikan tongkol dgn kunyit dan garam ketepikan.
2. Kisar/tumbuk cili,bawang merah,bawang putih,lengkuas,halia dan serai.
3. Tumiskan semua bahan-bahan ini bersama garam dan gula serta daun limau purut sehingga naik minyak dan masukkan air asam jawa.
4. Masak sehingga cili betul2 masak kemudian masukkan daun kunyit dan sekiranya kuah terlalu pekat masukkan sedikit air kemudian ikan tongkol yg telah digoreng tadi.
5. Angkat dan Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba ^_^
sara singgah follow sini.
ReplyDeletenampak cam sedap.nyum2 :D
afitot.blogspot.com
Terima kasih sudi singgah dn follow sini...akak dah follow Sara ye ^_^
DeleteJom cuba resepi akak ni..:)
urmh ! dapnyeeeee ^_^
ReplyDeleteNmpk sedap tp xmkn lak.ikan tongkol
ReplyDelete