Hye semua..:)
Tiba-tiba nak menangis dengar kisah
benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...
Seorang suami ajak
isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat
sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan
tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain
untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula
sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak
meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur
sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya
berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan
bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah
itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap
panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok
ke ibu. Ibu seronok ke?
Jawabnya ibunya, yer anak.
Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi
ye.
Jawab ibunya, nanti ibu
pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia
terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap
hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa
sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan
dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia
sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat
sedih dan menyesal.
Tidak berapa lama dia dapat
kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah
dibayar...
Dia pun makan. Masa makan
dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya
arwah ibunya.
Kata ibunya, terima kasih
gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu
dan isteri kamu. Selamat bergembira..
Lelaki tadi dan isterinya
menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah
tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan
gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang
rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita
cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil
sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum
paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita
selagi mereka bernyawa.
Jadilah anak yang soleh. Ini
bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.
Hargailah ibubapa dan mertua kita. Sayangilah mereka selagi mereka masih bernyawa. Minta maaf buat baik, jauhi yang haram.
ibu bapa terbaikkk....anak soleh
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah dri blog Syira Lokman....sentiasa menghargai,menghormati dan merekalah segala2nya...
ReplyDelete