Thursday, March 5

PEARL WHITE PUTIH MULUS KELUARAN JAMU JELITA

Hye semua!

Hari nie rose nak share sikit pasal produk yang diformulasikan dengan kolagen dan yang telah dihidrolisiskan, ceri Acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu Pine yang mempunyai pelbagai khasiat, Pearl White Putih Mulus keluaran Jamu Jelita ini efektif untuk mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ia bebas dari kandungan lemak dan kaya dengan karbohidrat dan Vitamin C.

Shaker disertakan bersama.

Khasiat Pearl White Putih Mulus
Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
Mencerahkan kulit wajah
Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
Menyihatkan lagi kulit wajah
Menghaluskan kulit wajah
Menyegarkan kulit
Melindungi kulit dari sinaran ultraungu
Kandungannya :

Hydrolyzed Collagen : Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.

Glutawhite : Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Vitamin C : Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.

Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.

3X Stem-Cell : Stem Cell adalah sel induk yang berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.

Acerola Cherry : Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.

Pinebark : Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di samping melembap dan meremajakan kulit wajah.

Tomato : Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.

Astaxanthin : Bahan ini berperanan untuk merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.

Argan : Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.

Pearl : Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

Rose Alps : Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar.


Cara Penggunaan Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita :

- Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml air.
- Goncang shaker atau kacau didalam gelas sehingga larut.
- Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
- Simpan ditempat yang kering.

Rasanya memang sedap..:)


Pearl White Putih Mulus Keluaran Jamu Jelita 400gm
Harga 1 Jar : RM36.90 
Postage : RM7.00 WM / RM12.00 EM

Selfie gambar sendiri dulu..heheheh


2 comments:

  1. sll duk tgk dia promot dlm NLKO...tingin jugak nk minum hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru seminggu jer minum..rasanya sedap sgt..
      Kena tunggu habis 1 jar baru tahu kesannya..kalau ok bleh sambung minum lagi...heheheh..cuba ler minum Mila Hilas...

      Delete

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah