Hye semua !
Sedikit perkongsian yang ingin rose sharekan bersama...
semoga kisah ini menjadi pengajaran dan peringatan bersama.
AIR TANGAN ORANG TIDAK SOLAT
Semua orang
tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang
tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan
solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya,
pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada
zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku
akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing
anjing hitam.
Syariat pada
zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena
denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru
mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi
Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi
akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa
perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung
rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang
hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah,
betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh
dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air
bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh
bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat
(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan
sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan
nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan
solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain
pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai
satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas
air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang
baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni
hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj
sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat
Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat
Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang
lemah di bawah tanggunganmu.."
p/s :
Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama..
Sumber dari
: Facebook Rahsia Hawa
owhhh mcm tu rupanya...mmm nmpaknya kene makan kat umah jer lah lepas ni kan?tp betullah juga..bab mkn minum ni semua kena ambil kira.Sharing is Caring
ReplyDeleteWallahu'alam...sekadar peringatan bersama :)
Deletenice sharing kak.... terima kasih sangat...
ReplyDeleteSama2 Izzati Amira :)
Delete