Saturday, August 29

RUMAH PERAK BOUTIQUE VILLA @ BATU FERINGGHI, PULAU PINANG

Hye semua :)


Seronokkan kalau kita pergi bercuti ke suatu tempat dengan satu family ramai-ramai, selalunya rose kalau pergi bercuti sewa hotel je. Kali ni lagi seronok sikit sebab family belah mentua rose iaitu abang ipar rose ada sewa rumah Perak Boutique Villa di Batu Feringghi Pulau Pinang. Kebetulan isteri abang ipar rose kira biras rose la Kak long Maizura keja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, kitaorang pakai nama dia. Lagi pun rumah Perak Villa ni hanya boleh disewa untuk staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Villa ni bukan setakat rasa macam duduk dalam suasana rumah tapi siap boleh BBQ tanpa gangguan dan memasak sendiri lagi. Memang best gila, pengalaman yang tak akan dilupakan.


Jadual aturcara aktiviti Family Day kitaorang :)

Rumah Perak Boutique Villa ni terletak di Batu Feringghi, betul-betul dihadapan pasar malam. Rumah Perak Boutique Villa ni mempunyai 6 unit bilik tidur peribadi dengan pemandangan laut. Setiap bilik tidur peribadi dilengkapi kemudahan penghawa dingin dan tv flat skrin rata. Bilik tidur ini jugak dilengkapi bilik air dan kemudahan pancuran air panas. Wifi percuma boleh diakses di kawasan awam, itu pun kalau boleh akses la..hehehe. Villa ini jugak mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan peti sejuk dan cerek elektrik. Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni peribadi. Boleh dikatakan Villa ini cukup sempurna untuk percutian bersama-sama family tercinta. Ok, jom kita layan sekejap gambar2 percutian rose bersama family2 belah suami rose :)

Meja makan serba hitam...

Hiasan simple jer...

Lampu gantung di bahagian ruang tamu, lupa rose nak ambil gambar 
sofa ruang tamu ni..

Hiasan dinding...

Dapur serba putih, nampak bersih dan cantikkan..

Laluan tangga ke tingkat atas...

Bilik tidur nya simple jer...

Bilik tidur ini dilengkapi 2 sofa dan meja kopi..

Cantik lampu bilik tidur ni kan...

Bahagian belakang rumah perak villa...

Bahagian belakang villa Perak ni betul2 mengadap laut..

Cantikkan...

Pagar belakang rumah Perak Villa ni...

Pagi2 lagi kami dah mandi laut...

Indah sungguh ciptaanNYA...

Tenangnya tengok laut ni kan...

Adik ipar rose, zeti dan suami sedang sibuk menyiapkan sarapan 
pagi untuk semua :)

Jom layan games yang diadakan untuk family day kita orang..

tapi masa ni rose tak sampai lagi, sebab ada kenduri di Taiping.

Adik ipar dan anak buah rose berselfie ditingkat atas villa ni...

Adik iparku Eboy dan anakku Hafiz...

Bersama biras ku Kak Long Maizura dan Yong..

Sedikit ucapan dari Abang Ipar sebelum kami semua check out 
dari rumah Perak Villa ni..

Sebelum keluar kami semua bergambar dulu :)


Kalau ada rezeki boleh pergi lagi, teringin pulak nak bawa adik beradik, mak bapa rose ke rumah Perak Villa ni..insyaallah.


Rumah Perak Boutique Villa @ Batu Feringghi, Pulau Pinang
No.72, Jalan Batu Feringghi,
11100 Pulau Pinang.

32 comments:

  1. cantiknyer rumah perak ni...
    tumpang lalu...

    http://contengan-rasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik rumah perak villa ni..klu ada rezeki bleh dtg sini lg...
      Terima kasih sudi singgah sini yer :)

      Delete
  2. Cantik nyer villa tu ... Tapi orang ramai memang xleh ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah perak villa ni mmg utk staf yg bekerja di pejabat kerajaan Negeri je...
      orang luar atau orang ramai mmg tak bleh sewa villa ni..rose pun sebab ada biras keja kat pejabat setiausaha kerajaan negeri perak..kalau tak, tak merasa la jugak :)

      Delete
  3. sgt menarik.
    sept ni aida ke penang.
    amik hotel.
    if only tau awal, boleh sewa sini :)
    da terjah fb dia, skang x buka utk sewaan.
    stop kejap katanya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik rumah perak villa ni :)
      kalau boleh sewa utk org awam ok la aida..
      sebelum ni biras rose kata tak boleh..hanya staf saje yg boleh..huhu..

      Delete
  4. Cantiknya lah villa tu kak .

    Salam singgah :) emmadianastory.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..mmg cantik villa ni emma...
      terima kasih sudi singgah..nnti akak terjah blog emma yer :)

      Delete
  5. Cantiknya rumah ni. Saya memang ada merancang untuk buat family day dan tengah cari tempat. Terima kasih atas infonya. Salam perkenalan. :)

    www.ainyyzain.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah villa ni mmg besar dn cantik..sesuai klu nk buat family day...
      sama2 ainyy..salam perkenalan buat ainyy jugak :)

      Delete
  6. cantik dann kemass....
    boleh riki riki sini nanti kalau bercuti ke utara..
    thanx..

    ReplyDelete
  7. Suka tengok family on holiday. So much love. Villa sangat cantik. Bila la nak ke utara.

    Singgah sini jugak ye

    emmemarinamhd@blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru first time buat family day ni..villa ni memang cantik..rajin2 la jalan2 ke utara ni :)

      Delete
  8. bestnye villa nih..cntik..lepas tu dkt pantai..rmh impian ni..bw dr www.housewifearts.blogspot.my slm perkenalan

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Harga sewa villa ni kalau tak silap rm700 kot..rose pun dah lupa berapa..

      Delete
  10. as salam kak, kat situ ada tempat bakar bbq x? Sbb maksu sya wat family day hujung bulan ni... ingt nak wat bbq cuma risau xdisediakan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Syazana..kat rumah perak ni memang ada disediakan tempat untuk bbq..
      maaf ye akak lambat reply..sibuk sikit...

      Delete
  11. Hai, next week nk stay sini..nak tanya..semua bilik kt rumah ni katil size besar ke? Risau pulak ade bilik yang katil single je..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye lambat reply..sibuk sikit tak sempat nak buka blog, Alhamdulillah,jangan risau..semua bilik disediakan dengan katil size king..katilnya mmg besar :)

      Delete
  12. dah tnye ..ini utk staff negeri perak jer..rm 250 1 ari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry rose lambat reply, dah lama tak buka blog ni. Ye..betul tu, hanya untuk staff negeri perak.

      Delete
  13. Salam, hi, rumah perak dh open to public tak skng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..dear, tak pasti la...kena call kerajaan negeri tanya..

      Delete
  14. Berapa harga villa ni ? Kira mcm mana

    ReplyDelete
  15. Memang utk staf ja eh ? Org luar x boleh ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Villa ni untuk staff kerajaan negeri jer...org luar mmg tak bleh booking..klu ada saudara mara keja kat kerajaan negeri bleh pakai nama dorg..

      Delete

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah