Hye semua :)
Ahad baru-baru ni suami rose ada keja yang nak di selesaikan di ofis. Rose dan anak-anak pun apa lagi menyibuk la jugak nak ikut. Dah alang-alang dekat je tempatnya (nak kata dekat tu tak la jugak tapi boleh la suruh hantar kejap..heheheh. Sambil menyelam sambil minum air (ambil kesempatan namanya..hahahah)
AEON Mall Ipoh Klebang :)
Sampai je rumah adik di Klebang Restu terus adik ipar ajak pergi, dah lama diorang tunggu rupanya. Bila suami rose dah pergi kami pun apa lagi merayap le ke Aeon Klebang..nasib baik adik ipar pandai bawa keta. Tapi punya ramai orang kat sana, sampai nak parking keta pun takde tempat. Kami terpaksa parking kat kawasan perumahan tepi jalan, jenuh jalan kaki jauh.
Sebenarnya Aeon shopping mall ni baru je tiga hari pembukaan. Baru sangat-sangat bukanya memang le ramai orang. Tak silap rose 21hb Oktober 2015 pembukaannya..rose pergi hari ahad 25hb oktober, maknanya dah lima hari la beroperasi. Kawasannya panjang dan besar jugak, tak silap rose 3 tingkat..rose naik sampai tingkat 2 je, tak larat nak jalan dah letih. Tapi ramainya orang kat aeon tu..sakit kepala dibuatnya.
Kedai-kedai kat situ not bad, ok-ok je. Ada kedai Tomei, Poh Kong, Esprit, Valentino Rudy, Tissot, Guess, Fossil, Ooppa, Fanski, Brands Outlet, Giordano, Smart Master, Adidas, Guardian, Osim, Lenovo, Carlo Rino, Sembonia, Sasa, Kaison, Mr Diy, Daiso, H&M dan macam-macam lagi. Tak ingat dah kedai yang lain, banyak sangat. Lebih kurang macam Aeon Station 18 jugak cuma Aeon Station 18 tak ada Kaison dan Mr Diy.
Kedai makanan pun pelbagai ada Bakeri Born & Bread, Secret Recipe, Sushi King, Kopitiam Avenue, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Vivo Pizza, KFC dan fast food yang kebiasaannya ada kat shopping mall. Food court je rose tak singgah, tak boleh nak singgah pun orang terlalu ramai, takde tempat nak duduk. Kat sini jugak ada mini library.
Akuarium 3D..cantikkan
Sepanjang perjalanan ada saje wallpaper 3D kat dinding aeon mall klebang ni nampak menarik sangat, ros pun apa lagi tak lepas peluang la ambil gambar kat situ..heheheh
Selfie sebelah ikan sat..heheheh
Pemandangan berlatar belakangkan Akuarium...
Selfie tepi pantai sat..heheheh
Rasa macam kat Akuarium KLCC je..heheheh
Cantik pulak gambar ni :)
Udah macam kat Bukit Kledang je..heheheh
Bersama anak dara rose Nur Alya Nabilah :)
Adik ipar rose yang sweet sangat Nur Azizah :)
Anak dara rose nabilah dan anak saudara rose syafiqah :)
Macam ye2 je anak saudara rose Iman ni kayuh basikal..heheheh
dah jadi satu trend kan poster2 3 D di serata shopping mall ni, menarik sekali untuk berposing2 kan rose :)
ReplyDeleteHaah la ana..mana2 shoping Mall rose pg mesti ada poster 3D ni..:)
Deleteseronok diaorg dpt bergambar.. haida pegi tp tak larat.. ramai sangat.... In Shaa Allah lain kali pegi lagi..
ReplyDeleteJangan kata seronok diaorg bergambar..kak ros sendiri pun suka bergambar..heheheh
Deleteamboih kak ros.. bestnyaa... sy pon tak sampai lagi ni... hehehe :P
ReplyDeletebest bergambar je syahir...nak shopping tu je susah sikit..ramai sangat orang..
Delete