Tuesday, April 11

KEDAI EMAS MURAH SAKEENAH_NADEERAH DI PERAK

KEDAI EMAS SAKEENAH_NADEERAH

Kedai emas murah Sakeenah. Nak tahu tak kat mana, mestilah kedai emas murah di Ipoh. Wanita dan emas memang tak boleh dipisahkan. Emas dambaan setiap wanita, tak cantik takpa, janji ada emas di badan. 

Penah dengar orang cakap, biarlah kita beli emas tu walau sekecil-kecil mana pun sebab bila kita susah, emas itulah yang boleh tolong kita. Sebab tu pentingnya simpan emas ni. Kita boleh gunakan ia diwaktu kecemasan. Kalau cash, sekejap jelah simpannya.


Bercakap pasal emas ni kan, korang nak beli emas pastikan beli di kedai yang dipercayai, jangan main beli dengan orang ketiga pulak. Nanti tak pasal-pasal korang kena tipu.

Kalau tengok kedai ni dari luar nampak kecil dan biasa-biasa jer, tapi kalau korang masuk dalam kedai emas ni, mesti korang tertarik. 

Masa ros pergi kedai emas sakeenah ni nak cari loket love gantung untuk rantai tangan lipan dunhill ros. Sambil tu nak tengok la jugak dengan mata sendiri, boleh belek-belek sekali design emas cantik dan terkini. Dapat cuci mata tengok emas pun jadilah kan. Mula-mula cuci mata dulu, lama-lama cuci poket pulak hehehe. 


Ros berkenan dengan rantai tangan coco lipan yang lebar tu. Tapi itulah, kena menabung sikit lagi baru dapat beli atau kena trade in barang lama ambik yang baru. 


KEDAI EMAS SAKEENAH IPOH ni menjual pelbagai koleksi rantai tangan, rantai leher, rantai kaki, gelang, cincin dan subang dari harga yang cukup murah. Design terkini dan merupakan kedai emas 916 online trusted. Kalau korang yang tengah cari emas, yang nak buat tunang, kahwin atau pakai untuk diri sendiri, nak bagi kat orang tersayang dengan harga yang murah dan reka bentuk pilihan terkini, kedai emas Sakeenah inilah tempatnya.

Ros dah banyak kali datang kedai emas ini beli untuk diri sendiri, anak dan siap bawa adik2 ipar untuk tukar emas lama kepada emas baru. Jangan risau kedai emas sakeenah ni senang dicari dan kawasan parking yang mudah. Paling best staf kat situ semuanya peramah melayan pelanggan yang datang dan sentiasa memberi senyuman, itu yang buat ros suka. Tukang emas pun bagus tak sombong melayan pelanggan.

Kalau yang duduk jauh jangan risau korang boleh beli online je di kedai emas sakeenah ni. Selalu kita tengok orang beli makanan dan barang biasa je dekat online, sekarang emas pun dah boleh beli online.

Korang jangan risau Insyaalah selamat beli emas secara online ni. Ros biasa beli emas online dekat kedai emas lain, alhamdulillah selamat je sampai.

Semua jenis design ada, dari orang dewasa dan kanak-kanak. memang diaorang akan selalu masukkan gambar, update rekabentuk terkini dan masukkan stok baru di telegram emas sakeenah. Sangat berkenan dengan harga, bagi ros harga emas dekat kedai sakeenah ni murah berbanding kedai lain yang ros pernah pergi.

Contohnya, kedai emas lain menawarkan emas dengan harga 280/gm, tu belum campur upah, bila campur dengan upah harga emas tu jadi mahal, tapi kalau kedai emas sakeenah ni menawarkan harga emas semasa RM285/gm, bila dikira plus minus, masih lagi murah. 

Menariknya dekat kedai emas ni, KOS UPAH hanya rm15-rm45, item bawah 1gm upah rm10 dan item batu upah rm10-rm30. Yang paling ros suka kedai emas sakeenah ni banyak menjual emas bajet-bajet harga masih mampu beli. Berbaloi beli emas dekat kedai Sakeenah ni.

Ros yakin setiap orang pasti ada emas kan. Penyimpanan emas ni sangat berbaloi untuk jangka masa panjang. Pentingnya emas ni dalam kehidupan kita. Nilai emas ni semakin lama semakin meningkat.


Untuk memudahkan korang nak beli emas boleh berhubung secara terus dan mendapatkan infomasi terbaru termasuklah promosi semasa yang dijalankan di kedai emas sakeenah ini, korang boleh follow di sini :

Facebook : https://www.facebook.com/KedaiEmasSakeenah

Instagram : https://www.instagram.com/emas_sakeenah/

Telegram : https://t.me/ainrosegold

Sebarang pertanyaan korang boleh je whatsapp atau terus berhubung dengan admin : 

📌Admin Nurul: https://AdminNurulEmasSakeenah.wasap.my

📌Admin Lin: https://AdminLynEmasSakeenah.wasap.my

📌Admin Izzati: https://AdminIzzatiEmasSakeenah.wasap.my


Rantai tangan boba yang ros beli di kedai emas sakeenah, cantikkan korang!!!

Untuk pengetahuan korang kedai emas sakeenah ni bukan hanya setakat menjual emas saja, kedai emas sakeenah ni jugak ada menjual shawl satin, shawl chiffon, bawal dan anak tudung. Lepas korang beli emas korang boleh la naik tingkat atas cuci-cuci mata tengok tudung pulak. Jangan risau kualiti tudung di Butik Nadeerah ni sangat cantik dan setanding jenama-jenama di luar sana. Tunggu ros review ye!!!

Jom korang kita beli emas di kedai emas sakeenah, boleh buat tambah koleksi di hari raya nanti.

Kedai Emas Sakeenah
No.87, Jalan Pengkalan Utama 1,
Taman Pengkalan Utama,
31650 Ipoh Perak.


No comments:

Post a Comment

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah