Friday, October 30

MUTIARA JUMAAT

Hye semua :)

Selamat pagi dan salam jumaat...


Doa Pagi Jumaat

Ya Allah, di pagi Jumaat yang Mulia ini, Ampunilah dosa-dosa ku, dosa-dosa ibubapa ku, seluruh ahli keluarga ku, saudara-saudara ku dan seluruh umat Islam. Panjangkan umur kami. Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Tunjukilah kami jalan yang benar. Berkatilah kehidupan kami di Dunia dan di Akhirat. Dan masukkanlah kami ke dalam Syurga Mu..
Aamiin.


Thursday, October 29

REVIEW PEARL WHITE PUTIH MULUS KELUARAN JAMU JELITA

Hye semua :)

Sebelum ni rose ada promote produk PEARL WHITE PUTIH MULUS KELUARAN JAMU JELITA..hari ni rose nak review tentang produk Pearl White Jamu Jelita lagi. Rose dah minum produk ini dari bulan mac 2015 hingga la sekarang. Produk Pearl White Jamu Jelita ni memang best, rasanya sedap sangat dan harganya pun murah RM36.90 untuk 1 Jar 400gm disertakn sekali shaker pink yang comel dan didalam Jar ni juga disertakan scoop pink cute gitu.


Sebenarnya rose lebih suka mencuba produk kecantikan terbaru yang berada dipasaran lebih-lebih lagi yang mengandungi collagen. Maklum la umur rose pun semakin meningkat ke angka 40, sudah pasti tubuh badan kita memerlukan collagen untuk melambatkan proses penuaan. Rahsianya terkini adalah Pearl White Putih Mulus yang sememangnya keluaran Jamu Jelita. 


Rahsia awet muda dan pencerahan yang menyeluruh dengan produk Pearl White, memandangkan harga yang sangat berpatutan sesuai untuk rose amalkan produk ini demi kecantikan kulit. Kalau beli produk yang mahal sangat pun tapi kesannya lebih kurang sama dengan produk Pearl White buat rugi je kan..heheheh

Untuk melihat testimoni yang berjaya mohon terjah 'Testimoni Pearl White Jamu Jelita'. Pasti kurang juga turut jatuh hati nanti :)

KHASIAT PEARL WHITE JAMU JELITA

Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit.
Mencerahkan kulit wajah.
Menggebu dan menganjalkan kulit wajah.
Menyihatkan lagi kulit wajah.
Menyegarkan kulit wajah.
Melindungi kulit dari sinaran utraungu.

CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE JAMU JELITA


1. Masukkan satu scoop Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 150 ml air.
2. Goncangkan shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
3. Disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.


Emm memang berkesan jugak le produk ni pada rose. Memang dapat rasa kulit rose dulu kering je, bila mengamalkan produk Jamu Jelita ni nampaklah sikit perubahan pada kulit rose. Kulit rasa lembut, jerawat pun makin menguncup dan bintik-bintik hitam jugak semakin berkurang. Cerah tu..on the way kot..heheheh. Tapi ok la, best, jimat dan berkesan. Yang penting awet muda..heheheh

Wednesday, October 28

JALAN-JALAN CUCI MATA @ AEON MALL IPOH KLEBANG

Hye semua :)

Ahad baru-baru ni suami rose ada keja yang nak di selesaikan di ofis. Rose dan anak-anak pun apa lagi menyibuk la jugak nak ikut. Dah alang-alang dekat je tempatnya (nak kata dekat tu tak la jugak tapi boleh la suruh hantar kejap..heheheh. Sambil menyelam sambil minum air (ambil kesempatan namanya..hahahah)

AEON Mall Ipoh Klebang :)

Sampai je rumah adik di Klebang Restu terus adik ipar ajak pergi, dah lama diorang tunggu rupanya. Bila suami rose dah pergi kami pun apa lagi merayap le ke Aeon Klebang..nasib baik adik ipar pandai bawa keta. Tapi punya ramai orang kat sana, sampai nak parking keta pun takde tempat. Kami terpaksa parking kat kawasan perumahan tepi jalan, jenuh jalan kaki jauh.

Sebenarnya Aeon shopping mall ni baru je tiga hari pembukaan. Baru sangat-sangat bukanya memang le ramai orang. Tak silap rose 21hb Oktober 2015 pembukaannya..rose pergi hari ahad 25hb oktober, maknanya dah lima hari la beroperasi. Kawasannya panjang dan besar jugak, tak silap rose 3 tingkat..rose naik sampai tingkat 2 je, tak larat nak jalan dah letih. Tapi ramainya orang kat aeon tu..sakit kepala dibuatnya.



Kedai-kedai kat situ not bad, ok-ok je. Ada kedai Tomei, Poh Kong, Esprit, Valentino Rudy, Tissot, Guess, Fossil, Ooppa, Fanski, Brands Outlet, Giordano, Smart Master, Adidas, Guardian, Osim, Lenovo, Carlo Rino, Sembonia, Sasa, Kaison, Mr Diy, Daiso, H&M dan macam-macam lagi. Tak ingat dah kedai yang lain, banyak sangat. Lebih kurang macam Aeon Station 18 jugak cuma Aeon Station 18 tak ada Kaison dan Mr Diy.

Kedai makanan pun pelbagai ada Bakeri Born & Bread, Secret Recipe, Sushi King, Kopitiam Avenue, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Vivo Pizza, KFC dan fast food yang kebiasaannya ada kat shopping mall. Food court je rose tak singgah, tak boleh nak singgah pun orang terlalu ramai, takde tempat nak duduk. Kat sini jugak ada mini library. 

Akuarium 3D..cantikkan

Sepanjang perjalanan ada saje wallpaper 3D kat dinding aeon mall klebang ni nampak menarik sangat, ros pun apa lagi tak lepas peluang la ambil gambar kat situ..heheheh

Selfie sebelah ikan sat..heheheh

Pemandangan berlatar belakangkan Akuarium...

Selfie tepi pantai sat..heheheh

Rasa macam kat Akuarium KLCC je..heheheh


Cantik pulak gambar ni :)

Udah macam kat Bukit Kledang je..heheheh

Bersama anak dara rose Nur Alya Nabilah :)

Adik ipar rose yang sweet sangat Nur Azizah :)

Anak dara rose nabilah dan anak saudara rose syafiqah :)

Macam ye2 je anak saudara rose Iman ni kayuh basikal..heheheh

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah