Thursday, October 2

INFO MENGENAI PENYAKIT ASMA

Hye semua ^_^ 

Sedikit perkongsian mengenai Asma

Apa itu asma?
Asma adalah satu penyakit pernafasan yang biasa berlaku dalam masyarakat, di mana terdapat penyempitan sementara salur pernafasan di dalam peparu, disebabkan keadaannya yang hyperaktif (oversensitive).  Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan , peningkatan jumlah pengeluaran mukus, dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari peparu.

Saluran pernafasan pesakit asma selalunya lebih sempit atau mempunyai banyak cecair mukus.
Apakah punca yang menyebabkan serangan asma?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan asma. Antaranya adalah:
jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
alergi (cth: bulu haiwan, habuk, tungau dll)
asap rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
perubahan suhu dan cuaca yang mendadak
iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (cth: habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
ubat-ubatan (cth: aspirin, ubat jantung dll)
sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
senaman, terutamanya dalam cuaca yang sejuk
stres, emosi
Apakah simptom atau tanda-tanda asma?
Simptom-simptom yang paling penting adalah susah bernafas, sesak dada, bunyi ‘wheezing’ bila bernafas, dan juga batuk berterusan (terutama pada waktu malam). Peningkatan kadar penggunaaninhaler juga merupakan tanda-tanda serangan asma.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti kebiruan pada bibir, kegelisahan, pertukaran warna kulit pada muka, susah untuk bercakap, tiada respon kepada inhaler atau ubat-ubatan asma, dan rasa berdebar-debar, maka ini merupakan simtom serangan asma yang teruk (severe), dan memerlukan pesakit dirawat dan dimasukkan ke hospital secepat mungkin- panggilan 999 untuk ambulans adalah yang terbaik untuk situasi ini.
Berapa kerap penyakit asma berlaku dalam masyarakat?
1 dalam 4 atau 5 kanak-kanak menghidap asma, dan selalunya dalam kategori yang ringan (mild). Selalunya kanak-kanak yang menghidap asma ini adalah dalam lingkungan 2 ke 7 tahun. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap asma tidak mendapat serangan lagi apabila telah dewasa, namun terdapat sebilangan daripada populasi yang terus menghidap asma apabila telah dewasa. Untuk orang dewasa, 1 dalam 10 orang menghidap asma.
Kenapa asma ini berbahaya?
Serangan asma yang teruk mampu merencatkan pembesaran kanak-kanak, tetapi yang paling berbahaya sekali (walaupun jarang) adalah ia boleh membawa kepada kematian , terutamanya kepada pesakit yang tidak menyedari tentang keseriusan serangan asma mereka dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Dengan rawatan yang rapi, hampir semua kanak-kanak mampu untuk hidup dan membesar secara normal.
Apakah rawatan untuk asma?
Pencegahan dari serangan asma adalah rawatan yang paling mujarab dan berkesan untuk asma, dan semua pesakit asma dan keluarga serta sahabat mereka perlu mengetahui tentang penyakit ini supaya proses pencegahan dapat diambil dengan sebaiknya.
1. Kenali asma anda
Buat pembacaan tentang penyakit ini
Mengenal pasti apa yang boleh menyebabkan asma anda
Arif tentang asma, serta arif tentang penggunaan inhaler dan perubatan asma anda. Antara masalah utama yang dihadapi adalah teknik penggunaan inhaler yang salah
Mengenal pasti simtom dan bahaya asma serta bertindak pantas ketika serangan
Berjumpa dengan doktor anda secara rutin
Belajar senaman pernafasan dengan fisioterapi anda
Pelan pengurusan asma yang baik, serta mempunyai pelan tindakan kecemasan apabila serangan asma berlaku
Selalu membawa inhaler ke mana sahaja, serta memastikan ia tidak kosong
2. Berada di tahap optimum anda
Jika anda memerlukan ubat-ubatan, inhaler merupakan  rawatan yang terbaik kerana mudah, selamat dan berkesan.  Terdapat dua jenis inhaler yang mungkin disarankan oleh doktor anda:
  1. Pencegah (preventerinhaler seperti Becotide, Pulmicort, Flixotide, Tilade atau Intal yang digunakan bagi mencegah dan mengurangkan radangan dalam peparu
  2. Pereda (relieverinhaler seperti Ventolin, Bricanyl, Respolin, atau Atrovent yang membantu membuka salur pernafasan anda ketika serangan asma
Maka, yang paling penting  adalah untuk mengenal asma dengan sebaik-baiknya, serta mengelak dari punca-punca yang mampu menyebabkan asma.  Gunakan inhaler secara optimum, dan berjumpa dengan doktor secara rutin bagi menilai tentang kawalan asma- adakah secara optimum ataupun tidak. Dapatkan rawatan kecemasan sekiranya asma gagal dikawal dengan ubat-ubatan. 

-Dr. Zaki Ibrahim

Info yang sangat berguna buat anak Rose Nur Alya Nabilah yang kini mengalami penyakit Asma...





No comments:

Post a Comment

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Clara Blouse Batch (1) Koleksi Jubah (3) Koleksi Seri Hana (1) Koleksi Shawl Irdina (1) Koleksi Tudung (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (5) Produk Kesihatan (7) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah