Hye semua!
Muzium Perak Taiping merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang nenempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada tahun 1886. Fasa seterusnya bermula pada tahun 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan Kurator pertama Muzium perak ialah Leonard Wray Jr. keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.
Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan
Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping.
Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkap dan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.
Tandas Awam Muzium Perak
Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaan Melayu dan Orang Asli dan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangka badak sumbu. Selain itu, basikal lama, pameran penggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.
Rangka Kuda
Rangka Gajah
Congkak
Gasing
Proses Membuat Labu
Rumah Minitur Orang Asli
Di luar bangunan muzium pulak, boleh dilihat, satu jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung kolnel walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai, sampan purba, kereta lama dan jugak basikal.
Sampan Purba
Kereta Lama
Beca
Basikal Lama
Sebenarnya gambar jalan-jalan ke Muzium Perak nie dah lama Rose ambil..tak silap rose cuti sekolah bulan 12 tahun lepas. Rose pun dah lupa pasal gambar-gambar nie..bila tengok pendrive tu baru teringat banyak gambar dalam tu yang rose tak tengok lagi. Tapi alhamdulillah..akhirnya dapat jugak rose bawa anak-anak pergi Muzium Perak Taiping nie..:)
muzium perak ni mmg xpernah pergi lg...tp perak mmg kaya dgn sejarah kan? Terbaiklah
ReplyDeleteRose pg Muzium Perak pun masa sekolah rendah dn menengah dulu..dah lama sgt dah..yg ini pun sbb anak2 nak pg sgt..cuti sek bln 12 thn lepas nie..heheheh...
Deletesalam,sis masuk muzium ni kena bayar tak
ReplyDeleteKena bayar..tapi tak ingat dah berapa harga tiketnya..
DeleteTerima kasih yer..
ReplyDelete