Monday, February 23

SENTOSA VILLA, TAIPING PERAK

Hye semua!

Cuti tahun baru cina baru-baru nie rose dan anak-anak balik kampung bercuti di rumah opah di Kampung Larut Tin. Terubat rindu rose berjumpa dengan opah, makcik, pakcik saudara dan sepupu-sepupu rose. Rasa happy dan tenang sangat bila berada di kampung sendiri. 


Kebetulan hari jumaat malam 20.2.2015 tue paktam rose belanja kami semua makan malam di Sentosa Villa Cafe..rose pernah ler dengar Sentosa Villa nie tapi tak pernah lagi sampai..ini ler pertama kali sampai..:)


Sentosa Villa nie berdekatan area Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping...actually jalan menuju ke resort nie kena lalu taman perumahan dulu.


 Rupa-rupanya Sentosa Villa nie letaknya di tepi hutan..lokasinya agak terpencil..memang sesuai untuk sesiapa saje yang nak mengasingkan diri dan mencari ketenangan jiwa..macam rose nie..hehehe...







Masa mula-mula sampai di Sentosa Villa nie rose terasa macam duduk dalam hutan jer..ada air sungai mengalir..ada pokok-pokok hijau..sesuai sangat dengan jiwa lembut yang sentimental macam rose nie..hahaha...perasan je. Tapi sayang rose dan semua family opah datang pada waktu malam memang tak boleh ler kami nak jalan-jalan kat Villa tu..pemandangan pun tak berapa nak nampak. Kalau ambil gambar tak cantik jadi gelap jer..maklum ler ambil gambar pun guna hset jer...






Makanan dah sampai..Jemput makan semua..:)





Masakan di Sentosa Villa Cafe nie boleh tahan sedapnya..walaupun makanan yang kami order tue nampak simple jer..tapi ada rasa..hehehe...kami semua dah kenyang..sebelum balik kami semua berselfie ler dulu..:)


Buat Paktam ku Wan Rosli bin Wan Chik Terima Kasih kerana sudi belanja kami semua makan di tempat yang sangat indah dan cantik nie..semoga paktam dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dirahmati dan sentiasa dilindungi Allah...Sayang Paktam selamanya..:)



Kalau korang rasa nak tenangkan fikiran, nak duduk sunyi-sunyi atau nak jalan-jalan bersama family boleh ler bercuti di Sentosa Villa Resort nie..tempatnya memang cantik dan tenang sangat..tapi resort nie tak ler setaraf hotel 5 bintang...kalau ada rezeki lebih rose pun teringin nak bawa anak-anak dan suami bercuti disini..sambil tue boleh ler berbulan madu sekali lagi..hehehe..


Sentosa Villa Resort nie ada jugak menyediakan Whole Body Thai Massage..sambil berurut boleh relax kan minda kita..:) 

4 comments:

  1. Sentosa villa.. pernah dengar tak pernah sampai.. view dah cantik, makanan sedap ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose pun baru pertama kali datang sini...tempatnya memang menarik..tenang jiwa..hehehe...makanan kat situ pun sedap..tapi mahal ler sikit....

      Delete
  2. Thanks Rose sebab sudi mengabadikan potret kenangan our big family. Satu je yg akak ingat.... Bila sampai ke sentosa villa ni semua masalah terlupa kejab. Tenang je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis Yana..kenangan yg terindah bila kita semua berkumpul bersama our big family..kenangan yg tak mungkin dilupakan...kalau ada rezeki boleh kita berkumpul lagi bersama big family di Sentosa Villa tue..:)

      Delete

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah