Hye semua :)
Selulit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kiralah bagi individu yang bertubuh kurus atau gemuk. Ia merupakan sekumpulan lemak yang terperangkap di bawah lapisan kulit. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindungi pelanggaran (bumps),memberi rasa selesa dan memberi kita kelembutan yang berkaitan dengan sifat kewanitaan.
Makan makanan berkalori secara berlebihan adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lapisan lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam. Secara purata, wanita lebih banyak menyimpan lemak yang kebiasaannya terkumpul di paha, punggung dan dada. Manakala, bagi lelaki lebih tertumpu pada bahagian perut dan dada. Sama juga dengan rose, selulit berkumpul dipaha dan perut. selepas bersalin anak ketiga selulit makin menjadi-jadi, macam-macam petua dah cuba, sapu krim, senaman dan urut. Selulit hanya hilang sekejap selepas itu ada balik. Akhirnya baru rose tahu apa punca sebenarnya yang buat selulit tidak mahu hilang.
Punca Penyebab Kemunculan Selulit :
Horman - Selulit mempunyai hubung kait yang rapat dengan hormon estrogen yang terdapat dalam tubuh wanita. Hormon ini mampu menahan air dan menjadi punca munculnya selulit.
Menu Makanan - Kesuntukan masa sering membuatkan kita menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Makanan yang mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan ini boleh mengganggu fungsi tubuh. Jika sering menjadikan makanan segera sebagai pilihan, selulit akan muncul walaupun kita bertubuh kurus.
Sistem Pencernaan - Sistem pencernaan yang bermasalah juga menjadi punca munculnya selulit. Oleh itu kita dinasihatkan agar minum lebih banyak air putih, bersenam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
Tekanan - Tekanan tidak kiralah melibatkan mental atau fizikal juga boleh mempengaruhi proses dalaman tubuh. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan pengumpulan lemak dalam tubuh.
Diet Yang Salah - Berat badan yang sering naik dan turun juga boleh menyebabkan selulit. Ia selalu dikaitkan dengan diet yoyo. Diet ini kebiasaannya tidak konsisten. Justeru, pastikan program diet yang kita jalankan berterusan dan dilakukan dengan konsisten.
Cara-cara untuk mengatasi terjadinya selulit :
Makanan Segar - Jadikan makanan segar seperti jenis organik sebagai pilihan. Berbanding makanan segera, makanan ini sememangnya bebas daripada bahan kimia, perasa atau pengawet tiruan.
Makanan Berprotien - Pastikan protein yang masuk ke dalam tubuh kita memadai dengan keperluan tubuh. Jika kita seorang vegetarian, pastikan kita mengambil makanan tambahan bagi menggantikan sumber makanan berprotein yang tidak diambil.
Kurang Lemak Dan Manis - Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan manis. Makanan seperti ini akan menyebabkan lemak lebih mudah tersimpan di dalam tubuh.
Makan Secara Teratur - Makan mengikut jadual sekurang-kurangnya tiga kali sehari secara teratur. Ini bagi memudahkan sistem percernaan tubuh berfungsi dengan baik dan teratur.
Minum Air Putih - Kurangkan minum air manis atau berkarbonat, sebaliknya lebihkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air putih boleh membantu organ di dalam tubuh berfungsi dengan baik.
Bersenam - Selain menjaga pemakanan dan diet, lakukan senaman secara teratur bagi mengeluarkan peluh. Lakukan juga regangan pada setiap hari agar tubuh lebih segar dan cergas.
Bertenang - Berfikiran positif akan membantu kita menjalani hidup dengan aktif dan sihat. Carilah ketenangan dengan bercuti, beriadah, bergurau, mendengar lagu dan mengaji.
Mudah-mudahan dengan pemakanan, senaman dan diet yang seimbang akan berkuranglah selulit di paha, punggung dan dada kita..insyaAllah :)
tips-tips yang bagus.. tapi selulit ni degil sikit hehehe
ReplyDeletememang degil pun selulit ni..dah macam2 krim saya sapu..tak hilang jugak..huhu...
Deletestress dgn selulit ni.....mmg susah nak hilang
ReplyDeleteMemang stress pun..dah macam2 cuba..tetap jugak ada...
Deleteaida sungguh byk ada selulit :( hu hu hu...
ReplyDeletediet yoyo la ni kot...
jangan kata aida je yg byk selulit...rose pun sama banyak jugak..terutama kat kawasan peha dan perut..huhuhu
Delete