Monday, November 17

MANISNYA BERSAHABAT JIKA KITA TAHU MENGHARGAINYA !

Hye semua :)

Sedikit perkongsian yang ingin rose ceritakan, mengenai seorang teman yang terlalu percaya pada sahabatnya sehingga sahabatnya sendiri memburukkan dirinya dibelakang. Bukan untuk mengaibkan sesiapa pun tapi sekadar ingat mengingati sesama kita supaya jadilah seorang sahabat yang baik, seorang sahabat yang boleh menjaga aib kita kerana sebaik-baik kawan adalah kawan yang simpan aib kita.


Dia rakan baikku. Sama-sama berkongsi cerita, gelak tawa, menangis dan rasa sedih serta gembira. Bagi diriku dia adalah satu-satunya rakan yang boleh dipercayai. Rahsia aku adalah rahsianya jugak. Tapi sayangnya, dalam diam dia menyebarkan fitnah dan menikam aku dari belakang. Sudahnya, habis rahsia aku diceritakan pada orang lain malah ada yang mempercayai sehingga ada yang membenci dan memandang serong pada diri ku.

Kadangkala aku sendiri pun tidak sedar dengan kehadiran rakan seperti ini. Mana taknya, didepan aku bukan main baik lagi, kononnya akulah sahabat sejatinya, sahabat karibnya, sahabat yang paling banyak mendengar luahan hatinya dan sahabatnya dunia akhirat. Dalam diri, langsung tidak menghargai apa yang telah aku lakukan. Selepas ini aku kena lebih berhati2 dengan sahabat seperti ini. Selepas ini juga aku harus berfikir sebelum berkongsi rahsia dengan rakan baik, supaya rahsia aku tidak bocor dan tidak mudah untuk dia mencanang sana sini. Kerana hati manusia kita tidak tahu.

Rasa sakit hati apabila kawan atau orang yang kita percaya tikam kita dari belakang dan sakitnya itu terkesan sampai bila-bila, kalau ikut hati yang tengah marah ni aku takkan memaafkan orang yang buat macam tu kat aku..suka mencanang kisah aku pada orang lain..sedangkan aku tidak suka memburukkan hal peribadi dia pada orang lain. Aku percaya kat dia 100% sampai aku sanggup cerita kisah hidup aku kat dia, tapi sayang belakang aku dia bercerita balik kisah aku pada orang lain. Rasa sedih sangat2..tapi silap aku jugak kerana terlalu percaya 100% pada rakan sendiri tanpa usul periksa mengenai dirinya. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang diri dia macam tu, kerana dia terlalu baik dengan aku. Dah banyak kali orang pesan pada aku jangan terlalu percaya pada dia, berhati2 kalau nak bersembang, tapi masa tu aku tak percaya dengan kata2 orang lain kerana aku percaya dia seorang yang baik.

Jadi selepas ni aku kena lebih berhati-hati dalam memilih kawan supaya aku tidak ditikam dari belakang lagi. Kerana aku percaya sahabat yang 'depan lain belakang lain' ini memang ada di mana-mana.  Semoga kita boleh menjadi teman atau sahabat sebaiknya :)


Sahabat...

Hargailah bila bersahabat,
Sayangilah bila bersama,
Maafkanlah bila terluka,
Rinduilah bila berjauhan,
Fahamilah bila keliru,
Nasihatilah bila terleka dan,
Tegurlah bila tersilap.

...manisnya bersahabat jika kita tahu menilai dan menghargainya..:)

2 comments:

  1. manusia ni mcm2 kn K.Rose...tpksalah berhati2..nak2 yg jenis 1 opis..ngn kita dia mengata kwn opis yg tu,.,xmustahil ngn kwn yg lain dia ade mengata kita juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sha...sedih sgt sbb kita dh percaya dn anggap dia bff tp dibelakang kita dia sebaliknya..huhuhu...

      Delete

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah