Salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini 2hb November 2020. Hari ni ros nak share penginapan dengan korang semua D'Ajit Homestay @ Meru Raya Ipoh. Kalau korang nak bercuti atau ada urusan kerja di sekitar Ipoh bolehlah menginap di Homestay ini kerana kawasannya berdekatan dengan Mydin Meru Raya, pasarayaku, mcd, kfc, ada gerai makan yang banyak di situ dan Bulatan Amanjaya salah satunya tempat yang meriah dan menarik di Ipoh.
D'Ajit Homestay @ Meru Raya menyediakan penginapan dengan kolam renang luar, pemandangan kolam renang dari balkoni dan akses bilik gimnasium. Homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, tv skin-rata dan lengkap dengan dapur. Bahagian dapur juga disediakan cerek elektrik, pinggan, gelas dan sudu. Jika korang mahu jimat belanja dengan memasak sendiri pun boleh kerana di sini terdapat peti sejuk untuk simpan barang basah. Kemudian tuala mandi, sabun dan shampu juga disediakan.
Homestay yang ros ginap untuk 2 hari 1 malam ini adalah standard apartment dengan 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa dihuni 6 orang dewasa. Memang selesa dan parking kereta pun disediakan khas untuk pelanggan homestay, cuma korang kena maklumkan berapa buah kereta yang bersama korang pada jaga dan no bilik homestay ini, sebab sebiji kereta saja yang dibenarkan lot parking yang terletak di tingkat 2.
No comments:
Post a Comment