Selamat petang semua..:)
Sekadar renungan buat kita kaum hawa
Wanita Dari Rusuk Lelaki
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun
Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan
mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana
mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan
dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang
sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat
Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca,
kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan
Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu
cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan,
karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa
‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan
tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada
perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh
menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal
Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan
kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang
rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan
hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin
wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya
dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau
peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.
Terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMI,maka apabila BAIKnya seorang SUAMI itu BAIKlah juga ISTERInya, apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHlah juga ISTERInya, suami itu sebagai ACUAN buat ISTERInya.
Wallahu a'alam
Wallahu a'alam
Suke kata kata last tuh..memg de betulnya
ReplyDelete