Hye semua :)
Petang ni rose nak story pasal kebaikan buah epal merah..Selalu kita dengar kebaikan buah epal hijau je kan..jom kita baca :)
10 Khasiat dan Kebaikan Buah Epal Merah
1) Baik untuk kesihatan
Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti
kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah
antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya
dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma
dan diabetes jenis 2.
2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit
Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut
dan melegakan sembelit.
3) Risiko kanser rendah
Risiko kanser di kalangan wanita yang makan
sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian
Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser
paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.
4) Mengandungi serat yang tinggi
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti
flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin
C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan
Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu
menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan
kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan
memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram
yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser
Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu
menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit
jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan
untuk keadaan tertentu.
7) Membantu proses mengawal berat badan.
Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi
penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan
kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.
8) Bebas kolestrol dan lemak
kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal.
sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk
mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.
9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan
mencegah kita daripada makan berlebihan.
10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh
badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang
tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain
itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
Tak kira epal merah atau epal hijau..masing2 ada kebaikannya. Nampaknya lepas ni rose kena le makan sebiji epal sehari untuk kesihatan badan dan diet yang sihat..:)
betul..selalu fokus epal hiau je..terima kasih sharing khasiat epal merah ni..
ReplyDeletesama2..:)
DeleteRos, tq berkongsi info, kak ana kalau buah ni memang wajib ada dalam fridge :)
ReplyDeletesama2 kak ana :) tu la..anak2 rose tak suka buah epal merah ni..dorg paling suka buah betik dn buah pisang...
Delete