Hye semua :)
Keluar rumah je pagi tadi terus terhidu bau asap. Ya Allah, keadaan jerebu makin teruk..rose dengan suami pergi keja naik motor. Nak tak nak terpaksa le redah jugak. Kita semua kena jaga kesihatan dan kena hadkan aktiviti di luar. Kena banykkan minum air kosong untuk menggelakkan macam2 penyakit. Rose juga risau dengan anak dara rose yang ada asma tu..harap2 dia disekolah ok la.
Gambar jerebu dari tingkat atas ofis rose...
Rose kongsi sekali lagi pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
berkenaan :
NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI
SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan
buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak,
orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga
mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk
mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
2. NASIHAT KESIHATAN SECARA
UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam
bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii.
Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang
terdedah kepada jerebu.
iv. Orang
ramai dinasihatkan supaya minum banyak air kosong.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah
menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua
tingkap.
vi.
Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang
melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka
yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata,
jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa
segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok
dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix.
Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media masa dan mengikut nasihat
daripada pihak berkuasa.
3.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU
Bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU)
|
Status
|
Tahap Pencemaran
|
Langkah-langkah pencegahan dan
kawalan Kesihatan
|
0-50
|
Baik
|
Tahap pencemaran rendah dan tidak
membahayakan kesihatan umum
|
|
51-100
|
Sederhana
|
Tahap pencemaran sederhana dan
lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum
|
|
101-200
|
Tidak sihat
|
Tahap pencemaran boleh menjejaskan
kesihatan golongan berisiko tinggi.
|
|
201-300
|
Sangat tidak menyihatkan
|
Tahap pencemaran tinggi yang
menjejaskan kesihatan orang ramai
dan boleh memburukkan gejala yang
dialami oleh mereka yang berisiko tinggi
|
Orang ramai dinasihatkan untuk
mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
|
301-400
|
Berbahaya
|
Pencemaran yang sangat tinggi dan
membahayakan kesihatan.
|
|
401-500
|
Berbahaya
|
Pencemaran yang sangat tinggi dan
membahayakan kesihatan.
|
|
500 ke atas
|
Darurat
|
Pencemaran yang terlalu tinggi dan
sangat membahayakan kesihatan.
|
|
Semoga bermanfaat buat kita semua :)
peringatan yang baik buat semua.
ReplyDeleteAlhamdulillah..jerebu dah berkurang sekarang ni :)
Delete